Bercerita tentang nak kurus atau naikkan berat badan

Haa pagi ni nak cerita panjang sikit kot.. haha...

Siapa nak kurus dan siapa nak naikkan berat badan? saya ni nak naikkan berat badan, tapi.. kurus ni tak mau naik2 berat badan tau.. bukan saya sengaja nak kurus, tapi dah sememangnya badan susu naik naik kot.. tapi BMI ok dan sihat saya bersyukur sesangat... suami cakap jangan mimpi la nak naik berat badan tu, 3 tahun lepas macam tu juga.. kata target nak naikkan berat badan, tapi bila menyusukan si abang, tak juga pun berisi, si abang yang berisi juga... naaa.. ni la gambar si abang masa usia 6 bulan rasanya... tapi ok la kan..ibu maintain.. si abang bam-bam kebam..

anak ibu ayah


anugerah Allah

Sekarang, dah ada puteri ibuayah dan adik si abang ni.. konon target lagi nak naikkan berat badan ke 50 or 52kg.. dah 5bulan si adik..berat masih lagi 47kg.. .alamaa... berat like saya bujang-2 dulu oo... jeles tak jeles tak? nanti saya kongsikan sedikit petua naaa....

Alhamdulillah.. cinta hati mommylina sentiasa ada depan mata.. syukur yang tak terhingga...melihat mereka membesar dengan kasih sayang cinta hati kitakan... sesungguhnya naluri seorang ibu ini sangat kuat..untuk anak-anak yang kita cintai.... opsss.. terlebih bermadah pulakkkkk .haha.. ok2 jom nak kongsikan bagaimana saya dapat kekalkan berat badan saya ni yang tak mau naik-naik.. tapi saya gtau suami ..nanti naik juga ni... hahah.. menyahut cabaran sang suami tercinta...

Tips dan cara saya yang tak la nak kurus sangat pun, tapi "Terukurus" dan tak kisah juga, cara mudah bagi saya..antaranya...

1/ Sibukkan diri dengan pelbagai tugasan harian kat rumah.. kalu yang bekerja tu.. sibukkan kerja-kerja pejabat..yang mana tak sibuk tu sila juga sibukkan diri.. sebab kalu kita sibuk ni.. kita lupa nak makan tau..kita lupa nak fikir-2 makan dan makan.. Tapi saya tak la sibuk mana pun, dengan dua orang anak-2 ni cukup buat saya kenalpasti kerja saya sedari awal pagi hingga lewat malam...

2/ Bagi yang kerja pejabat tu... sila oh sila JANGAN la letak "jajan" tu kat tepi meja.. saya letak tak paa..haha... sebab "jajan" ni kalu korang makan tak henggatttt tau.. asyik nyum-2 memanjang,... amcam badan tak naik bagai di pum-2.. lepas tu time rest g makan lagiii... nasi bertambah-2... lauk?? ohhh susah nak cakap... makan dengan lauk yang berminyakkk bagai.. No..no..no

3/ Biasakan diri makan awal waktu..jangan makan lewat malam...dan ynag paling penting NO FAST or JUNK FOOD tau... sebab ni semua tak elok.. apatah lagi minuman berkafien dan bergas.. lagi la sedap lelemak tepu dalam badan tu semakin bertambah dan bertambah...

4/ Bersenam.. cara saya bersenam dari rumah je..saya tidur lewat malam dan bangun seawal pagi sebelum suami bangun lagi.. malam nak tidur tu..kalu rajin terlebih .. bawa si abang tu kemas dulu segala mainan dia yang sepahkan.. kalu tak..esok pagi tu saya wajib kemaskan segalanya..ruang tamu, sidai baju..basuh pinggan.. lipat baju dan segal kerja-2 rumah...mop rumah.. dan buat sarapan ringkas ni kalu rajin..kadang kami tak suka bersarapan awal pagi.. yang penting kami minum dan minuman yang berkhasit dan bertenaga.. tu pun dah buat saya ligat berfikir apa lagi kerja-2 ynag nak di buat b4 anak-2 bangun..

5/ Bersarapan yang sangat simple untuk kami sekeluarga... minuman.. saya dan suami kongsi bersama.. ChochMalt mix #ESP Shaklee dan #Mealshake dan si abang ni pun kadang lewat bangun terus lunch dia... yang penting minuman si abang pasti saya akan add on #Mealshake untuk memberikan dia multivitamin dan sumber tenaga dan pelengkap protein si abang dan saya serta suami juga.... nak lunch tu kul 12 tghari baru kami lunch... makan malam pula kul 8 lepas Maghrib ... kalu lewat makan malam... jawabnya lagi lewat kami tidur....

set kurus shaklee

Opsss.. macam terlebih pula saya bercerita panjang ni tau.... ok2 nanti kita sambung cerita nak kurus cara saya tau... eh.. bukan nak kurus.. .tapi "terKURUS" .. hahah... senang je pun nak kurus ni..JANJI jaga pemakanan dan detox mesti setiap hari serta lawas.. sebab apa yang ada dalam badna kita perlu di buang mengikut masa..kalu detox tak ok..toksin dalam badna semakin banyakkk maka.. potensi nak naik tak sekata dan tak seimbang tu pasti berlaku... dan segala masalah pasti timbul... ye dak?

ok uols... kita sambung next entry tau... cinta hati lina dan mommylina akan bercoleteh lagi nanti... ni salingan untuk anda ynag nak kurus secara sihat dan mudahhhh je...

Pengalaman dan aktiviti harian mommylina dikongsi bersama....
~Kulim | mommylina ~

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...