Bila dah jadi mak kepada anak-anak bijak ni, banyak perkara perlu mak-mak tahu... Antaranya adalah mengetahui perihal tentang simanja kita dari A le Z, setuju?
Dan apatah lagi bila si kecil semakin besar, dia semakin sibuk bermain sampaikan terabai waktu tidur siangnya.



Kadang kala anak anda juga susah untuk tidur pada waktu siang kerana ada banyak aktiviti yang mahu dilakukan. Mereka juga akan mengamuk apabila disuruh tidur.
Mak dan ayah, jangan biarkan hal ini. Nampak macam tak penting tapi sebenarnya kanak-kanak perlu tidur siang yang cukup untuk membolehkan mereka membesar sihat dan cerdas.

Beberapa pakar mengatakan yang tidur siang kepada anak kecil semasa mereka sedang membesar sangat penting kerana:

1. Penting untuk pertumbuhan fizikal
Ketika tidur siang badan si kecil melepaskan hormon pertumbuhan yang memungkinkan anak berpeluang untuk menambah ketinggiannya, berpengaruh pada pertumbuhan otot, tulang dan kulit. Jadi pertumbuhan ketinggian anak yang kurang tidur siang tidak akan mencapai tahap optimal.

2. Jarang sakit
Sel-sel otot akan mengalami pemulihan semula sehingga dapat menyembuhkan diri dari kerosakan setiap hari, cepat menyembuhkan luka, berperanan penting meningkatkan imuniti badan iaitu pengeluaran protein tertentu dalam hal tindak balas jangkitan dan melawan penyakit. Oleh itu anak yang konsisten tidur waktu siang akan jarang sakit.

3. Memulihkan tahap kesihatan
Sama seperti tidur malam, ia penting untuk memulihkan keadaan kesihatan anak dalam semua aspek seperti fizikal, emosi dan kognitif (perkembangan kecerdasan anak).

4. Lebih cergas
Ketika tidur, otak akan mengolah maklumat. Ini sangat penting kepada perkembangan dan pertumbuhan otak. Dengan kata lain, ketika anak tidur, otak menjadi tempat menyimpan segala maklumat yang telah diolah, apabila anak bangun dari tidur maka fikirannya menjadi lebih segar, lebih kreatif mengeluarkan idea baru, lebih cergas dan mudah memberikan tumpuan.

5. Mudah belajar
Tidur siang yang berkualiti mampu membuatkan anak lebih pantas menerima pembelajaran dan ia adalah ciri penting membuatkan anak lebih pintar. Pada usia ini, cukuplah kalau mereka dapat tidur siang lebih kurang 1-3 jam sahaja. Jika kualiti tidurnya betul-betul lena, 30 minit pun sudah cukup.

Tetapi bagi anak yang sudah berumur lebih 5 tahun, keperluan untuk tidur siang tidak terlalu penting, asalkan anak cukup tidur pada waktu malam.
Kalau anak tak cukup tidur waktu malam, dia akan kekurangan jumlah sel darah putih sehingga menyebabkan turunnya daya tahan tubuh, cepat letih, mudah sakit, pertumbuhan terganggu, tak boleh memberi tumpuan dan tidak cergas ketika melakukan sesuatu aktiviti.

Sudah pasti kita nak anak-anak kita mendapat 5 perkara penting di atas kan?
Manjakan anak? BUAT 5 PERKARA diatas 

Sumber: duniaanak.org
Sedang mencari produk kesihatan, kecantikan... Dapatkan PRODUK SHAKLEE anda terus dari saya....