Showing posts with label Ragam Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Ragam Anak-Anak. Show all posts
Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni nak kongsikan tips atau lebih pada petua untuk anak yang kerap kencing malam.

Biasa kita lepas ajar anak-anak tak pakai pempes ni macam-macam kita buat nak elak anak kencing malam kan? 

Macam saya ni dari anak pertama kedua.. dan dapat pula ilmu dari kawan merangkap orang lama tentang petua ni.. Bagi saya terfikir, betul juga ye.. sedangkan masa anak pertama macam-macam buat supaya tak kencing malam. 

Antaranya...
1. Tak bagi minum malam masa nak tidur la...
2. Bagi pakai pempes malam je la...
3. Bagi kencing dulu sebelum tidur laa... 

Tapi ye la anak-anak kan.. nak juga minum..ain sebelum mereka nak terlena tu kan...
Ada sekali mami saya kata... 

Kalu dekat dan ada pokok pisang... bagi dia panjat dan tebang pokok pisang tu masa anak sedang kat pokok pisang tu... 

Pernah dengar tak? 

Saya sendiri pernah lalui petua ni masa saya masih kecik-kecik.. haha... 

pokok pisang

.
Tapi... mungkin.. petua ni korang BOLEH IKUT PETUA ni tau... Sebabnya... saya lalui dan amalkan kat anak no.2 saya memang menjadi.. mungkin BOLEH membantu juga para ibu yang sedang dalam proses nak "pisahkan anak-anak dengan pempes ni" boleh jimat kan...
.
Caranya...
.
Macam biasa ... anak-anak kencing ke tandas sebelum nak tidur... dalam proses nak tidur tu tetap juga minum air..  

Tapi.. CUBA... para ibu...

ELAKKAN ANAK BERMAIN LOMPAT-LOMPAT sedari petang sampai nak tidur malam.. 

Terutamanya sejam dua sebelum anak-anak mommy nak tidur tu.. elakkan dari melompat... 

Saya dah CUBA... memang hasilnya puas hati. Ada satu malam tu.. saya biarkan anak-anak bermain... esoknya.. memang lencun la tilam anak-anak ni.. sedangkan anak tak minum pun masa nak tidur tu.. 

tips

SELAMAT MENCUBA PARA IBU YANG GOJES.
.
Dah cuba... dan berjaya.. kongsikan kat sini tau.. moga membantu... Tak perlu la kita basuh cadar dan jemur tilam lagi kan
.
.
Perkongsian dari mommylina. Andai mommy lain ada tips ke petua.. meh lah kongsi ilmu juga...
.
Dalam termenung, hari ni macam-macam saya buat, dan sebagai ibu saat ini saya dapat rasakan apa yang mami saya rasakan. Apa tu? Kerinduan bersama anak-anak masa mereka kecil, dan merindui mereka bila mereka jauh dari kita.
.

Dalam labour room tadi, asyik teringat si abang dan si adik yang sedang menunggu di luar. Dalam hati berkata, biarlah bersalin awal ataupun tak perlu bermalam do ward lepas bersalin si baby ni nanti.. 
.
Kenapa? Hati dan naluri ibu kan..pasti dapat rasai akrabnya si ibu dan si anak. Walaupun kat rumah andai si ayah ada di rumah, mereka lebih bermain dengan ayah (suami), tapi bila tak nampak ibu je.. pasti anak-anak mencari... 
.
.
Betapa hebatnya "kuasa" PENYUSUAN SUSU IBU ni kan... 
.
Alhamdulillah... bila doktor kata, nak balik dulu atau nak masuk ward... terus saya katakan.. balik dulu la doktor.. 
.
Mujur juga doktor bagi... walaupun ada rasa sakit mengeras si baby.. tapi ibu tak nak tinggal lelama lat ward... Allah SWT the best way tempat berdoa... In sha Allah...
.
Keluar je dari la labour room, si adik terus meluru kat saya dan cium-cium saya.. ibu....... si abang pula senggih-senggih.. tanya..ibu baby belum nak keluar ke... hahaha...
.
.
Dalam kereta suami cerita, yang suami ajak la anak-anak ni balik sebab lama tunggu kat luar (dari jam 1.05pm hingga 4.15pm) lama tu... tapi si adik tak nak.. nak tunggu ibu juga katanya... 
.
Siap si adik ajak ayah nak masuk ke labour room.
Itu la kuasa dan akrabnya ibu dan anak-anak kan... mujur la suami boleh kawal anak-anak masa menunggu tu.. behave juga... 
.
Alhamdulillah... terima kasih Ya Allah... moga saya dan suami terus di berikan kekuatan dan menjadi ibu dan ayah yang terbaik untuk anak-anak amanah Allah SWT ni sampai mereka berjaya dan dahulukan akhirat. In sha Allah... 
.
.
Doakan saya dan kita semua ya kawan-kawan blogger...
Dan.... 
Kawan-kawan sedang dan nak dapatkan PRODUK SHAKLEE TERBAIK ini? Nak berikan untuk diri sendiri, suami, mak ayah mahupun ahli keluarga? 
.
Boleh terus hubungi saya di talian 017-5836865

Istiqamah itu lebih penting dalam mendidik anak-anak dan dalam apa jua kita lakukan...

Berkongsi pengalaman dalam mendidik anak perempuan saya yang sorang ni. Ya pada awalnya ketika di usia setahun kami suami isteri dah biasakan dia dengan bertudung.

Setiap kali bila masa nak keluar rumah kami suami isteri akan pastikan si anak gadis kecil kami ni mesri pakai tudung. Walaupun pada awalnya dia macam tak selesa dan akan buka lepas 10minit sama ada dalam kereta atau kat memana...

Tapi kami tetap teruskan...

Sekarang.. usia dia dah nak tiga tahun pada 28hb ni... dia nak keluar rumah.. ikut saya atau ayah nya ke mana-mana dia mesti cari tudung dia... yang pada awalnya hanya 1 tudung je dia nak pakai.. dan tudung tu pasti yang besar dah labuh untuk dia pakaikan.

Sekarang.. apa yang saya pakai dia akan kata...

"Ibu nak tudung macam ibu tu"...

Baju pun sama.. saya yang selesa pakai jubah bila keluar rumah.. dia pun nak juga... dan anak saya akan kata...

"Bu, nak baju macam ibu ni... "

Alhamdulillah... bukan kita nak memaksa mereka... tapi biar la kita didik anak-anak kita ni sedari mereka belum tahu apa itu aurat apa itu dosa...

Bila dah besar.. mudah untuk mereka katakan...

Tak pakai tudung .. tak tutup aurat itu dosa...

Moga kita terus istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan..

Saya sekadar berkongsi pengalaman yang apa saya lalui juga sedang dalam proses menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak di generasi z ke y sekarang ni kan...

Dulu ye laa... Wawasan 2020 katakan.. kini anak-anak kita Tn50 pula kan?

Jom doakan yang terbaik untuk keluarga kita.. juga anak-anak kita semua biarlah mengenal Allah SWT, kenal dan kejar ilmu akhirat dan baru la ilmu dunia di seiringkan...

Jom kongsi pengalaman kita bersama diruangan komen... boleh kita sesama menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita kan...

Mommylina
Ibu anak 3 yang sedang membesar...

Alhamdulillah...


Istiqamah itu lebih penting!

by on March 08, 2017
Istiqamah itu lebih penting dalam mendidik anak-anak dan dalam apa jua kita lakukan... Berkongsi pengalaman dalam mendidik anak perempuan ...
Bila dah jadi mak kepada anak-anak bijak ni, banyak perkara perlu mak-mak tahu... Antaranya adalah mengetahui perihal tentang simanja kita dari A le Z, setuju?
Dan apatah lagi bila si kecil semakin besar, dia semakin sibuk bermain sampaikan terabai waktu tidur siangnya.



Kadang kala anak anda juga susah untuk tidur pada waktu siang kerana ada banyak aktiviti yang mahu dilakukan. Mereka juga akan mengamuk apabila disuruh tidur.
Mak dan ayah, jangan biarkan hal ini. Nampak macam tak penting tapi sebenarnya kanak-kanak perlu tidur siang yang cukup untuk membolehkan mereka membesar sihat dan cerdas.

Beberapa pakar mengatakan yang tidur siang kepada anak kecil semasa mereka sedang membesar sangat penting kerana:

1. Penting untuk pertumbuhan fizikal
Ketika tidur siang badan si kecil melepaskan hormon pertumbuhan yang memungkinkan anak berpeluang untuk menambah ketinggiannya, berpengaruh pada pertumbuhan otot, tulang dan kulit. Jadi pertumbuhan ketinggian anak yang kurang tidur siang tidak akan mencapai tahap optimal.

2. Jarang sakit
Sel-sel otot akan mengalami pemulihan semula sehingga dapat menyembuhkan diri dari kerosakan setiap hari, cepat menyembuhkan luka, berperanan penting meningkatkan imuniti badan iaitu pengeluaran protein tertentu dalam hal tindak balas jangkitan dan melawan penyakit. Oleh itu anak yang konsisten tidur waktu siang akan jarang sakit.

3. Memulihkan tahap kesihatan
Sama seperti tidur malam, ia penting untuk memulihkan keadaan kesihatan anak dalam semua aspek seperti fizikal, emosi dan kognitif (perkembangan kecerdasan anak).

4. Lebih cergas
Ketika tidur, otak akan mengolah maklumat. Ini sangat penting kepada perkembangan dan pertumbuhan otak. Dengan kata lain, ketika anak tidur, otak menjadi tempat menyimpan segala maklumat yang telah diolah, apabila anak bangun dari tidur maka fikirannya menjadi lebih segar, lebih kreatif mengeluarkan idea baru, lebih cergas dan mudah memberikan tumpuan.

5. Mudah belajar
Tidur siang yang berkualiti mampu membuatkan anak lebih pantas menerima pembelajaran dan ia adalah ciri penting membuatkan anak lebih pintar. Pada usia ini, cukuplah kalau mereka dapat tidur siang lebih kurang 1-3 jam sahaja. Jika kualiti tidurnya betul-betul lena, 30 minit pun sudah cukup.

Tetapi bagi anak yang sudah berumur lebih 5 tahun, keperluan untuk tidur siang tidak terlalu penting, asalkan anak cukup tidur pada waktu malam.
Kalau anak tak cukup tidur waktu malam, dia akan kekurangan jumlah sel darah putih sehingga menyebabkan turunnya daya tahan tubuh, cepat letih, mudah sakit, pertumbuhan terganggu, tak boleh memberi tumpuan dan tidak cergas ketika melakukan sesuatu aktiviti.

Sudah pasti kita nak anak-anak kita mendapat 5 perkara penting di atas kan?
Manjakan anak? BUAT 5 PERKARA diatas 

Sumber: duniaanak.org
Sedang mencari produk kesihatan, kecantikan... Dapatkan PRODUK SHAKLEE anda terus dari saya....
Alhamdulillah, sepetang bersama anak-anak, dan petang ni nak cerita sedikit bagaimana saya kenal makanan tambahan/ supplement Shaklee ni. Si hero ku ini la, dia juga la punca saya TERJEBAK dengan MAKANAN TAMBAHAN yang PERTAMA & TERAKHIR jenama SHAKLEE!

Tiada lainnya selepas ini... kenapa? 

Kisahnya bermula....

produk shaklee

Mula lepas bersalin.. dah tentu antara kerisauan ibu-ibu adalah SUSU DROP @ KURANG kan.. masa tu ilmu #penyusansusuibu pun kurang... tapi lepas kenal PRODUK SHAKLEE yang awalnya saya kenali SET PENYUSUAN Shaklee, semakin banyak ilmu saya perolehi.. kawan2 yang positive lagi ramai... 

Alhamdulillah.. rezeki anak-anak kan... siapa nak nafikan... 

Si abg ni kulitnya sangat sensetif... kita sekali je kena campak @chikenpox kan... dia ni.. sampai 3x.. dari yang kecil2... sampai la.. yang besar.  
.
Lagi dengan doktor sahkan #eczema masa tu... ubat? Sebakul tiap kali appoitment... tapi saya tak bagi.. .sbb as ibu bapa kita kenali anak2 kita terlebih dahulu kan.. VITAMIN ni banyak membantu masalah kesihatan dan kulit si abg ni.. now dia sendiri akan ingatkan if ibu dia tak bagi dalam sehari.. .
.
Alhamdulillah.. konsisten apa yg kita percaya... PASTI KESANNYA PUN PUAS HATI.
.
Hero ni la juga buat ibu terpaksa berhenti kerja dan buat full time bizshaklee ni yang mana.. masa kita adalah masa mereka juga... Alhamdulillah... suami pun gembira dengan keputusan ku masa tu.. sebab dia nak isteri dia no ada kat umah masa dia off  juga..bersama anak2...
.
Apapun... PERCAYA dengan apa kita buat... InshaAllah.. kesihatan anak-anak ini penting... sebab tu saya percaya apa yang terbaik untuk mereka... duit boleh di cari.. tapi masa bersama mereka dan kesihatan meraka adalah keutamaan kami suami isteri...
.
anak kulit sensetif

Perkongsian ni saya akan kongsi lagi, tak semua kita boleh mulakan sesuatu yang luar biasa, tapi kita ada peluang untuk bersama anak-anak kita yang mana masa bersama mereka ini tak akan berulang. Anak-anak cepat sangat membesarkan.
.
.
Anda nak cuba produk Shaklee untuk anak-anak? Anda juga dan keluarga?
.
Hubungi saya di talian --> 0175836865 {Linakhtar}
.

#shakleekulim
#shakleemalaysia
#shakleeeffects
#pengedarshaklee

Tengah buat keja rumah di pagi Jumaat ni, si adik anak no.2 ni bangun awal, walaupun semalam tidur jam 11.30 malam. Abang si anak pertama ni pantang cuti Sekolah dan tidur lewat pasti bangun jam 9 ke atas tak sah baru bangun. Zaman anak-anak meriah kan....

Dan...

Gelagat anak-anak ni sungguh berbeza, tapi kasolih sayang ibu dan ayah tak pernah berbeza. Tapi... persoalannya... si anak no.2 ni punya laaa garang dan manja lebih pula.

Kenapa ek?

Main-main dengan abang dia pun tetap garang, pantang abang salah sedikit atau abang semestinya nak menang je (almaklum laaa beza jauh 3 tahun anak-anak ni).

Sekali abang tak nak main atau usik barang main adik dia.. perhhh garang dan menangis mengalahkan dan macam di cubit-cubit pula si adik nye ni. Kadang ibu pun terkejut ingatkan kenapa laaa...

Rupanya... mainan je punya pasal... abang dan adik "bergaduh-gaduh", di usik je pun garang... menjerit? Tak payah cakap...

Kalu ayah nya tegur lebih sedikit, haaaa mula la nangis siap muka kesian...

Alahai anak kedua ni... betul ke garang? Perempuan lagi ni...

Ibu-ibu ada pengalaman sama? Anak ke-dua yang garang???

Hahaha...

Apapun bersyukur sesangat di kurniakan anak-anak bijak pandai dunia dan akhirat...amin.. 

Alhamdulillah... 

Doakan anak-anak saya dan kita semua menjadi anak-anak yang bijak, pandai, beriman, bertaqwa berjaya kehidupan mereka dunia dan akhirat.. dan paling penting menghormati dan mendengar kata-kata kita yang baik sentiasa..

Amin....

#ibuanakanakbijak #lifeWAHM #bisnesdarirumah


susuibu

Ini cerita semalam.. bila bawa anak-anak jalan petang, nak kata tak tidur sebelum tu ada, nak kat rumah tak da ikon ada.. Tapi.. tgk la ragam si adik tu..

Tu gaya macma mengantuk sesangat la kononnya.. nak sangat kat ayah.. bila lepas menyusu tu awalnya dia tertidur kat riba saya.. dah jalan-jalan tak nak la tidurkan dia.. So saya kejutkan dah bagi dia berdiri kat sebelah tengah tu...

Rupanya....

Tertidur juga daaa... yang si abang nya nak kaco adik dia tidur gaya gini.. geram.. saya dan suami pun geram ni kan pula si abang nya yang sukaaa sangat mengusik adik dia...

Dunia anak-anak kan... sangat kelakar... kenangan ku abadikan dalam blog ini juga...

Semoga anak-anak ibu penyambung generasi dna delegasi ibu dan ayah lepas ni ek... Insyaallah..amin...

Love sharing dan dunia saya adalah dunia surirumah tangga sepenuh masa bersama anak-anak dan suami.

Alhamdulillah...

Love blogger;
Mommylina
Pengedar Shaklee Kulim
SidPRO anda 867601
017-5836865 (Untuk sebarang pertanyaan tentang tips penyusuan susuibu juga produk Shaklee)



Masih terkejut dengan kes anak hero ku minggu lepas... bagi saya, membebel seorang ibu bersebab, tapi bila ibu berhenti membebel ini la jadinya...

Hero dan heroin ku ini punya kerja yang tersangat la bijak dan bila sel-sel otak mereka bergabung... ibu pun boleh pening dan "surrender" kot... hahaha


Ni kesnya... Bila saya kata kat anak-anak, jangan lari nanti jatuh.. haa.. kan masin mulut seorang ibu ni kan.. betul tak? sebenarnya.. saya selalu membebel kat anak-anak saya, sebab mereka ni aktif dan lasak.. saya tak sekat apa ynag mereka nak buat..sepahkan rumah.. nak selerakkan mainan.. tapi jangan main panjat-panjat dan lari-lari tu je sayaa akan membebel...

Tapi.. bila saya berhenti membebel.. ni la hal nya... kes ni berlalu masa maghrib.. masa ibu dah penat bebel.. "jangan panjat.. jangan lari... "

Sudahnya.. tak sampai 5minit habis azan maghrib masa tu...

Hanya Allah SWT je yang tahu.. bila nampak keadaan tangan hero ku ini...

Mulanya saya buat tak tau je.. ingatkan si abg ni memain nangis saja-saja tarik perhatian sebab si adiknya menang nak sayang ibu la kononnya.. sekali...

Berderau jatung dan darah saya ... lengan tu nampak bengkok... terus ambil kain dan buat apa ynag patut.. as long as asas kecemasan tu tak biarkan tangan hero saya ni terkulai...

Ambil lampin si adik dan buat kan kat tangan si abangnya...


Ingatkan tak patah.. sekali pegi klinik biasa je masa tu nak x-ray.. rupanya PATAH!

Lari la lagi ke Hospital Kerajaan bahagian kecemasan.. yang tau sah-sah ramai orang waktu weekend masa tu... dari kul 9 kat Hospital.. sudahnya kul 12.30am.. Perh.. satu dugaan yang boleh mencabar juga.. Tapi Alhamdulillah, Allah kan maha adil..Dia permudahkan urusan saya dan anak-anak, sebab Allah sangat-sangat mengetahui yang masa tu suami kerja outstation...

Dan yang melegakan juga.. doktor katakan tulang anak-anak ni mudah baik dan cepat baik.. Insyaallah... lega juga saya mendengarnya..sib baik la masa kecemasan ni ada kawan suami isteri ni bantu.. kalu tak .. memang saya tak menang tangan la..

Terima Kasih Ya Allah...

Sebab tu la, kita sebagai ibu ni membebel tak salah pun untuk kebaikan mereka kan... betul tak ? tapi ni cara saya.. paling saya jagai mereka.. tak nak mereka ni jatuh.. once bila dah penat bercakap tu.. hmm ni la...

Pengalaman untuk saya dan si abang ni.. saya coretkan kat sini.. untuk anak teruna saya ni membaca bila suatu saat dan masa nanti saya dah tiada ke kat dunia ni... atau nak mengingatkan mereka akan kisah mereka kecik-kecik.. saya akan showing tulisan ni untuk mereka...

Notatangan ibu - ibu sayang anak-anak ibu.. ibu sayang abang dan adik.. dan tiada lebih berharga dari kesihatan dan kecerian anak-anak ibu ni..sekali pun nyawa ibu untuk anak-anak ibu....

Coretan ibu mommylina
Masa kejadian 7.30pm / 15/8/2015
Rumah & Bilik Abang Berlari dengan adik nak peluk ibu dan mengatakan sayang ibu..sambil lelompat dari katil...
Siapa ibu yang tak sayang anugerah yang Allah SWT bagi kan...  Terima Kasih Ya Allah...

Assalamualaikum..dan selamat pagi ceria di hari Jumaat (Penghulu segala hari), moga juga memberi manfaat untuk semua atas perkongsian pagi ni..

Korang tahu tak apa itu TANTRUM? Sebabnya anak-anak"memberontak" tank tentu pasal? Ada je nak "mengamuk" / menarik perhatian para ibu dan ayah..

Biar gambar berbicara dan menerangkannya dan ...











Sharing more love wif mommylina
Pengedar Shaklee Kulim & 1Malaysia
SIDPro 867601
Hubungi 017.583.6865 untuk Tempahan Produk Shaklee.




Anak-anak ni kalu kita bagi gadget dan biasakan dorang dengan segala gadget sangat mudah la kerja kita kan, tak kesannya mereka kurang pergaulan dengan kita apatah lagi dengan rakan-rakan sekeliling mereka.

keluarga bahagia

Cara mudah saya, sememangnya gadget untuk anak ada je, sebab dari kita kan, tapi bagaimana nak limitkan dia dari mengadapt tab je, cara mudah saya?

1. Saya belikan dia buku-buku yang menarik perhatian dia

2. Warna kegemarna dia yang dia nak (Contohnya; Gambar ada kartun upin ipin ke)

3. Saya temankan dia berwarna bersaing dengna dia agar dia pun tak la nak minta tab je

4. Saya limitkan dia nak tgk tab yang banyaknya dia tgk you tube cerita kartun upin ipin je... lepas satu tahap yang saya janjikan dengan anak hero saya ni, (contohnya; Abang kul 9.30 stop pegang tab ye; dan saya akan kotakan kata-kata saya dan dia sendiri serah or letak tab kat meja) ; dengan menutup line internet tanpa memberitahu akan dia yang kita tutup line internet. (Mudah je kan... haha; tak la nampak kejam dan tegas sangat)

5.  Tak perlu charge tab dia bila dah habis battery, lepas beberapa masa baru charge semula... or sorok dan simpan lepas je charge tab or telefon yang dia biasa main. (lagi senang, bila dia tanya saya cakap mudah je, mana dia letak then suh dia cari, tak la tipu anak kan... ^__^ )

Anak-anak kita zaman sekarang ni dah zaman IT gadget bagai, tapi kita kena la pandai lebih serta memainkan peranan penting dalam menanggani situasi bersama anak-anak tanpa mereka rasa tertekan, dan ajak anak-anak ke taman permainan dan biarkan mereka bermain sepuasnya bila dorang ni dah letih petang main kat pandang.. sah-sah lepas maghrib terus terlena tanpa kita 'paksa" lagi dorang nak tidur kan...

Nak senang kerja kita, kita kena la layan anak-anak dulu secara rela hati mereka akan ikut dan dengar apa yang kita dah biaskan dengan mereka.. bukan nak mengarah kat anak-anak, TAK; tapi kita nak mereka disiplin kan diri mereka agak kita tak menyesal di kemudian hari kan....

Insyaallah... perkongsian ni adalah tips dari saya sendiri sedari anak saya 3y dan sekarang dah 4 tahun, dia sendiri akan faham apa ynag perlu dan tak perlu nak buat... Tapi kadang tu ada masa meragam tu saya biarkan je.. ye la anak-anak kan, tak kan kita nak control setiap masa... mereka ada kebebasan bersuara.. so ada masa kita layan dan follow anak-anak, sebab saat mereka besar nanti, mereka akan mesra dengan kita....

Dan smartphone saya juga saya tak anak biasakan anak-anak main, sebab ianya adalah hak kita, anak-anak main apa yang mereka ada je.. kalu dah terbiasa bagi.. mau kerja kita pun tak jalan kan.. asyik berebut gadget je ngan anak-anak..

Dan mungkin ibu-ibu boleh berkongsi tips juga sesama kita.. boleh tinggalkan komen di ruangan entry sini, boleh kita berkongsi pendapat untuk kita mendidik anak-anak kita kan...

=======================================
Berminat dan perlukan bantuan saya tentang produk SHAKLEE?

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Lina (017-5836865) Pengedar Shaklee Kulim dan Bukit Mertajam & 1 Malaysia.

Saat paling merisaukan untuk ibu-ibu adalah bila anak-anak demam; adalah saat yang cuak juga bagi saya. Bila suami kerja luar dan saya bersama anak-anak je kat rumah sangat laaaa tak tidur malam saya dibuatnya.

Masa anak demam saya pasti tak senang duduk, orang cakap nak pandai dan banyak akai. Tu tak di nafikan tapi memalam risau juga kan, paling kurang cool fever adalah peneman setia.

Cool fever

Dan nak tau, masa anak pertama saya suka letak cool fever kat dahi si abang. Tapi sekian lama ada post yang mengatakan tak elok letak kat dahi.

Betul ke tak elok?

Apa pula sebabnya; ada yang kaitkan dengan minda anak-anak kan; nanti ada blog or fb yang berkaitan tu saya share lagi kat sini ek.

 Tapi nak cerita tentang kerisauan hati saat anak demam ni; saya lebih rela mereka selsema dari demam.. kenapa? Sebab selsema ni ada je "ubat" nye.. tak la risau sangat. Tapi kalu demam; kita kena lebih berjaga sama ada mereka tidur lena atau sebaliknya demam dorang perlu di pantau...

Apa pilihan kita sebagai ibu nak pastikan anak-anak sihat adalah penjagaan kesihatan mereka. Demam atau selsema mereka sangat perlukan perhatian kita kan.

Setiap hari kasih sayang untuk anak-anak; wang ringgit kita boleh cari, tapi kesihatan mereka tiada nilainya.

Curahan kasih sayang mommylina untuk anak-anak; dan saya pasti ibu-ibu di luar sana juga seperti sayakan.. Tak tidur lena saat anak2 tak sihat kan.

Anak-anak bijak kena la banyak akai kan.. Alhamdulillah

Love sharing; mommylina (017-5836865)














Bila Anak Demam!

by on February 02, 2015
Saat paling merisaukan untuk ibu-ibu adalah bila anak-anak demam; adalah saat yang cuak juga bagi saya. Bila suami kerja luar dan saya bersa...
Bila si abang mula membebel... Ibu tgk ni apa sudah jadi!

i love ibu

Memarahi si adik yang sedang sepahkan biskut si abang yang  menarik perhatian si adik...

Kelakar dua beradik ni, orang lain cakap tgk apa dah jadi ni.... si abang pula apa sudah jadi!

Ibu dengan selamba je cakap... Salah abang kan letak merata bekas biskut abang tu, dah tau adik suka semua barang-barang abang.. kenapa letak merata lagi...

Pada saya mereka ni adalah satu cabaran saya, saat si adik bangun si abang nak tidur.. .saat si adik nak tidur si abang nak bangun dan sebagainya nak makan, nak susu nak minum..segalanya la...

Tapi kalu kita tak mampu nak menjaga, Allah S.W.T tak akan bagi kat kitakan... Sebab tu saya sedaya upaya untuk terus melayan mereka ni... Kadang tu "tertewas" juga dengan mereka ni saat saya "jiawa kacau".. hahah.. adat la kan... kita sebagai ibu bukan ROBOT pun.. tapi cepat-cepat saya sedar dan mohon maaf pada mereka ni.. daaaa paa lagi..ke toilet dan ambil air sembayang relex bawa dorang bermain... elok semula "jiwa kacau" tak lama... 5minit je...

Lepas tu saya PASTI akan telan B-COMPLEX 5biji paling banyak sekali telan.. kenapa??? sebab saya tak nak stress menguasai diri dan mula la "anti-penuaan" merebakkkk .. Oh no... .hahaha

Tapi banyakkan saya akan melayan mereka ni sampai la mereka penat dan melayan mainan masing-masing..suami jenis kerja luar.. saya la "ayah" dan "ibu" mereka saat suami keluar bekerja...

Nak tgk gaya si adik mengambil biskut kepunyaan abang dia?

jana pendapatan dari rumah

Sudah la mata bolat... usha line pula ok ke tak nak capai bekas biskut abang nye ni...

Alhamdulillah... mereka adalah nyawa dan pewaris saya dunia dan akhirat....

Anak-anak mommylina
#babyshaklee
#PengedarShakleeKulim

Apa Sudah Jadi!

by on January 09, 2015
Bila si abang mula membebel... Ibu tgk ni apa sudah jadi! Memarahi si adik yang sedang sepahkan biskut si abang yang  menarik perhatian...
Dalam saya perhatikan, ramai kan anak2 kita minat kartun ni. Salah satu kepuasan anak kita semua kot dapat miliki kartun ni..



Apa yang istimewa kartun ni saya pun tak tau..dah berzaman pun kan...dan seingat saya..zaman kita kecil-kecil dulu cerita GABAN tu kan..kastaria berwarba hitam...

Ni kalau kemana-mama.. nampak je yang ni, tak kira kata pasar malam ke... supermarket ke.. kalu tak di beli mau satu kedai or pasar tu dia menangis-nangis.... yang si adik tgk je abangnye nangis... pelik tgk abang dia nangis....

Ni kalu nak diikutkan bukan dua tu je..mau ber-ber (banyak) sangat dah mainan ni..rasa banyak jenis dah... belum lagi cerita kat tv..dengan cerita ni..tgk tak bergerak langsung..di perhatikan sampai habis... sekarang no more tv ceria sebab siaran ceria astro ni banyak sangat cerita kartun dan cerita ultramen ni... sekarang kalu ya pun tgk tv..hanyasiaran disneyland tu.. dalam bahasa english pun dia layan hero ku ni..  tapi bagus juga..biasakan dia dengan bahasa english... lelama dia akan faham....

Anak-anak zaman sekarang mudah terpengaruh kan..  sebab utama saya tak bagi tgk siaran ceria sebab dia sangat mudah faham dan buat balik aksi2 tv tu...anak hero ku save dulu dan action bila masanya..


mommy sangat tekankan yang ni...sampai ada masa tgk tv..ada masa main tab..ada masa mengaji...kalu kata lebih.. stop dan tegaskan.... saya tak la garang tapi nak hero saya ni faham akan disiplin...  anak2 kita kan semua bijak2....

 cerita zaman anak2 kita sekarang ni banyak kita perlu perhatikan...kalu tak..lebih banyak tak elok untuk minda dorng kan...

 mommylina share dan care about kids... happy sharing uols






Salah satu kepuasan anak!

by on December 05, 2014
Dalam saya perhatikan, ramai kan anak2 kita minat kartun ni. Salah satu kepuasan anak kita semua kot dapat miliki kartun ni.. Apa yang...
Setiap kita sebagai ibu pasti merasa sangat kuat naluri keibuan ni kan.. Bagi saya ianya satu yang tepat dalam diri kita, saat kita marah, sakit hati, sebak dan segala rasa la, anak-anak juga merasa tempiasnya...

Macam saya surirumah sepenuh masa, saat bersama anak-anak adalah masa yang tak ternilai.. melihat mereka membesar depan mata kita, melihat segala kelakuan mereka adalah satu kelebihan untuk saya dan para ibu sepenuh masa. Apatah lagi penyusuan susu ibu tersangat kuat untuk naluri keibuaan pada anak-anak jua.
berniaga shaklee

Berbeza dengan saya merasa saat masa saya bekerja dulu, si abang sedari 7pagi dah "terpaksa" bangun utnuk di hantar ke rumah pengasuh.. dan saya balik kerja 6petang.. masa bersama si abang sangat terhad. Sebab lepas je isyak mesti si abang dah tidur.. nak bermain pun terhad.. Penyusuan susu ibu pun tak la dapat direct sepenuhnya.. hanya pada hari cuti dan tengah malam sahaja...

Suami saya pula bekerja tak tentu masa, sebab tu saya memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.. Sememangnya semua orang kata, tak boleh sebab nanti akan ada masalah kewangan dan sebagainya.. Tapi naluri saya mengatakan tak pa, DUIT boleh di CARI, Tapi MASA yang berlalu TAK BOLEH di putar balik.. Itu antara naluri kuat saya untuk nekad berhenti kerja... Dan selagi kita berusaha, rezeki anak-anak tak pernah putus...

Sememangnya tak semua sanggup ambil risiko, tapi lihat pada keadaan juga.. Bagi saya kita ada pilihan, tapi kita jangan mencipta ALASAN utnuk kita maju kehadapan...

Dan betul, anak-anak suka sangat bila kita ada di rumah, mereka bebas melakukan apa sahaja di rumah, selerakkan rumah dengan bebas, tgk tv.. tapi saya tetap disiplinkan si abang terutamanya yang dah besar.. ada masa tidur, tgk tv, bermain dan mengaji serta belajr.. walaupun baru berusia 3tahun9bulan, tapi saya tetap kan untuk dia lebih berdisiplin... Insyaallah kita mengharapkan untuk anak-anak kita menjadi dan penganti generasi yang lebih baik untuk dunia dan akhirat kan...

keluarga bahagia

Dan walaupun kita sebagai suri rumahtangga, jangan la pula sambil lewa dan tak berkemas serta bercantik walun di rumah sahaja.. sebab untuk suami kita juga kan.. Dan LELAKI sila ambil perhatian juga kepada isteri anda di rumah.. Sebab NALURI keibuan bukan je dapat merasai apa yang anak-anak rasai. Tapi merasai apa yang tersurat dan tersirat di hati suami juga naluri keibuaan sangat kuat tau...

Hari ni sangat membuatkan kita gembira dengan anak-anak yang membesar depan mata kita sediri.. Marah ke.. penat ke kita.. tapi kita sebagi ibu tetap sayang sangat kata anak-anak..melihat mereka tidur.. saya sangat nyaman dan tenang kan... 

Perkongsian di tengah hari untuk semua.. semoga kita menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita..dna juga ayah yang sangat di sanjungi oleh anak-anak kita...
===============================
shaklee kulim


Luahan di petang hari..Kenapa anak-anak semakin dimarah semakin agresif pula mereka ni, disuruh diam 1saat pun tak menjadi-jadi... Dan perasan tak.. makin kita marah anak-anak kita.. makin tu mereka lagi akan buat..Hanya selepas beberapa saat or minit...

ragam anak-anak
Sebenarnya ada faktor kenapa mereka sebegini.. Tanpa kita sedari ini adalah cara mereka luahkan perasaan mereka yang kita tak faham.. Kita dulu pun begini agaknya masa mak ayah kita membesarkan kita kan.. Tapi betul, zaman kita dulu dan sekarang sangat berlainan cara..Kita dulu nak mengadap gadget atau komputer pun punyalah amat susahkan... sekarang? semua boleh dapat dengan cepat dan pantas..

Antara faktor anak-anak ni, semakin kita marah semakin aktif adalah kerana mereka dari cara kita menegur mereka juga... kasar kita tegur..kasar juga la perlakuan mereka..

jangan marah anak-anak pintar

Contohnya, saat mereka melakukan kesalahan dan dalam masa sama perasaan kita tak tenteram dengan pelbagai masalah dan tekanan.. secara tak langsung kita memerahi anak kita dengan nada dan emosi yang sangat tinggi, dan adakalanya kita terpukul mereka secara tak sengaja bukan?, sehinggakan mereka hanya takut seketika sahaja... Sebaik melihat kita diam..mereka kembali dengan aktiviti lasak mereka...

Kenapa kita tidak melakukan pelukan erat kepada anak yang sedang agresif ini dan mengatakan pada mereka....

"anak jangan la buat macam ni.. tak elok tau..nanti orang lain tak suka... tak sayang kat mommy ke?"

Tenangkan anak yang sedang memberontak.. bukan menghukum mereka dengan merotan, tapi kalu keadaan mereka belainan... ambil tindakkan untuk menghentikan siara television yang mereka sedang lihat.. biarkan seketik..dan ya.. mereka pasti menangis sebab siaran tv mereka di ganggu atau di tuutp.. Tapi secara tak langsung boleh kita dakap mereka dan katakan.. kalu buat lagi. jerit-jerit .. mommy tak buka tv..

Bila keadaan tenang..jiwa kita pun tenang.. pasangkan semula kepada mereka.. TAPI sentiasa ingatkan mereka untuk kebaikan mereka... Yela..siaran tv sekarang ni kan ada yang menganggu emosi..ada yang bermain secara kasar dan ganas pun ya juga..sedangkan kartun pun cerita yang tak memberi banyak kebaikan...

Ini juga cara saya..bila anak saya berkelakuan baik..saya bawa jalan-jalan.. puji dia adalah seorang abang yang baik... Insyaallah..selagi kita kena juga banyak bersama dengna karenah anak-anak kita ni...

Kadang tu meruntum jiwa juga dengan anak-anak ni..tapi betul..kita ynag mencorakkan anak-anak kita... kemudian bila di alam persekolahan.. adalah 50-50.. cikgu dan kita.. tapi sebolehnya...saya nak 60-40.. saya yang 60 dan mereka kat sekolah 40 .. sebab biar mereka bersama kita lebih lama berbanding dengan orang lain... dan sebab ni juga saya berhenti kerja saat orang lain berkata.. JANGAN BERHENTI!!!

Tapi saya memilih juga untuk menjaga anak-anak saya sendiri, asalkan saya dengan anak-anak... dan biarlah rumah bersepah sekali pun.. lumrah la kan.. ada anak-anak kecil ni.. mainan mereka segala bagai.. Esok-esok mereka dah dewasa... saat rumah bersepah tu pasti dah berlalu...

Love sharing wif

Jom kita berubah dari sekarang..dan saya sedia membantu anda
Cari saya di sini untuk kita sama-sama lakukan "transformasi".
 
--> Pengedar Shaklee Kulim | 017-5836865 <-- 
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ... anda boleh terus hubungi saya.
 
Fb ~ LinzShopee | Page ~ KedaiVitamin


Anak-anak ni adalah ANUGERAH... PEMBAWA REZEKI kita dalam keluarga...
Alhamdulillah... bersyukur sangat dengan kehadiran anak-anak ni dalam hidup kami.. setiap kita, selepas berkahwin pasti nak punyai anak secepat yang mungkin kan.. tanda cinta dan kasih sayang suami isteri kan...

Mereka ni adalah cintahati mommylina ... percaya tak, anak-anak kita ni pembawa rezeki kita kan... Masa saya bujang dulu, saya dan my.boyfriend (suami saya kini) tak beli kereta pun lagi.. sebab kami duduk berjauhan... saya kat Kuala Lumpur dan suami pula kat Kulim.. 

Rezeki kami yang pertama sebaik kami lepas berkahwin, kami mohon untuk membeli kereta... Alhamdulillah.. lepas sebulan mohon.. kami dapat berita gembira... Loan kereta approve.. dan saya disahkan hamil... sangat teruja.. dan rezeki si abang juga... Lepas ni rezeki anak ke-2 pula

anak-anak pembawa rezeki
Ni adalah putera sulung saya... anak pertama saya dan tanda cintahati mommylina dunia dan akhirat..
berniaga shaklee
Puteri mommylina.. saya kepilkan gambar dua ni si abang dan si adik punya gaya tidur yang sama... si abang yang dalam hari dan si adik yang berusia 6bulan masa ni...  


Gaya hero saya..masa ni kami kat Airport Kota Kinabalu.. balik kampunya mommylina... Ranau Sabah..

Cakkkk... si mata bulat ... rmaai yang sukaaa sangat tegur mata bulat anak mommylina ni...

pengedar shaklee kawasan kulim
Mereka la ANUGERAH saya... cintahati saya dan suami dunia dan akhirat... Ragam si adik dan si abang secara spontan...
Nak di jadikan cerita lagi.. lepas tu, kami tak la terfikir untuk membeli rumah.. tapi bila fikirkan masa depan anak-anak perlukan suasa dan ruang rumah yang selesa utnuk bermain dan al-maklum la tahun depan dengan GTS la segala bagai..dan pernah tersebar yang loan perumahan bakal di ambil alih oleh pihak bank.. kami membuat keputusan untuk membeli rumah.. dalam masa sama.ada jiran ni nak pindah keluar dari Kulim.. 

Alhamdulillah.. Sekali lagi saya katakan..rezeki anak-anak juga... Kali ni saya katakan rezeki untuk anak kedua saya... Walaupun saya hanya suri rumahtangga.. Tapi ianya tak menghalang kami untuk mencari rezeki secara berniaga pula.. Saya boleh membantu suami walaupun saya hanya dari rumah.. dan yang penting dapat menjaga anak-anak sendir depan mata saya juga... SURI RUMAHTANGGA yang BERKERJAYA juga kan... mengejar impian tak semestinya berkerja luar dari rumah... betul kan..

Alhamdulillah.. .rezeki ni ada dalam pelbagai bentuk kan... rezeki harga..rezeki kewangan .. .rezeki keluarga.. rezeki kesihatan anak-anak.. kesihatan keluarga... rezeki kegembiraan... dan ynag penting kita YAKIN yang ALLAH adalah pemberi rezeki kepada kita..bukan pada siapa-siapa... yang penting kita berusaha... dari rumah juga ..saya boleh bekerja.. dari rumah juga saya boleh menjaga anak-anak, suami.. dan dari rumah juga saya boleh bergaya dan berwangian juga... saya sukaaa juga perlbagai fasyen tau..

Saya suka wanita dan isteri di luar sana bergaya dan bekerjaya tau... Tapi kita dari rumah je, dan bagaimana? Anda mahu bersama saya mengubah cara hidup kita kepada yang lebih baik? Anda boleh buat bersama saya... Ubah sedari sekarang...


Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ... anda boleh terus hubungi saya di sini -->
Pengedar Shaklee Kulim | 017-5836865 <-- 
Fb ~ LinzShopee | Page ~ KedaiVitamin
Kami di sini sekadar menbantu dan berkongsi pengalaman apa yang kami lalui juga...




Petang-petang dengan hujan renyai2 di bumi Kulim ni.. suami dan my hero kelaparan..bangun je dari tidur kul 5pm tadi.   ibu mana adik.. ibu..abang lapaq la...owww ni Sabah mix Pahang ni.tapi kami tinggal di Kulim..so loghat Utara la my mr.hero ni speking.. 

Ni dia resepi minum petang kami hari ni...

Saya namakan goreng pisang chesse choc
Ni kegemaran mr.hero saya...entah berapa biji dia bedal...ibu dan la makan sedikit...dan si ayah bergabung dengan hero kami makan..licin...
 
Sebenarnya ada jagung rebus juga..tapi tak dan nak snap..sebab my little princess pula nak menyusu.. so ibu sambil minum petang sambil susu kan puteri ibu ni....

Alhamdulillah...minum petang kami selesai dengan kekenyang...

Seronokkan jadi surihati suami dan supermommy ni...nak buat apa semua okey je..janji ada bahan-bahan nak masak...







Ni la puncanya saya berhenti kerja... mereka adalah penyebab saya berhenti kerja..di mana bukan senang nak mencari kerja zaman ini.. Tapi masa begitu berharga buat saya dan anak-anak serta suami.. 

Tanpa mereka juga..saya tiada apa-apa... mereka adalah jantung hati saya.. hidup dan nyawa saya dunia dan akhirat.. Apapun orang kata..saya tetap dengan keputusan saya...

usahawan shaklee

Bagi saya, duit boleh di cara di mana jua.. dari rumah pun boleh cari duit.. dengan pelbagai medium masa kini, pilihan ada untuk kita.. Ya, suami mampu nak memberi nafkah .. Tapi tak salah kalu isteri juga membantu.. dalam masa sama, kita boleh bia impian kita walupun dari rumah..siapa kata wanita dan isteri tak boleh berjaya walaupun dari rumah?

Duit boleh dir cari.. Tapi masa yang berlalu tak boleh di putas balik...kannnn


Saya berhenti kerja bukan suka-sukadan kosong-kosong...almaklum la kita ni dari bujang sebaik je lepas habis belajar, kita cari kerjakan..kerja apapun janji halal..masa tu bujang..

Ni dah kawin dan ibu anak dua..kerja? Saya tak boleh duduk diam.. ya saya berhenti kerja untuk anak2 saya dan suami juga....

Suami adalah penyokong utama saya... dan kerana suami saya juga.. saya berjaya berhenti kerja dan terus mencipta impian saya bergelar USAHAWAN WANITA yang berjaya walaupun dari rumah..

Impian seorang isteri adalah mahu 100% bersama keluarga.. anak-anak dan juga mr.suami...

Terima kasih Ya Allah... emmberi dan membuka peluang saya untuk semua ini..dan akan saya teruskan untuk membantu lebih ramai wanita dan isteri yang bergelar surirumah sepenuh masa TAPI berkerjaya dan berjaya mencapai impian sedari rumah bersama anak-anak dan suami....

Bagaimana nak buat.. anda pasti boleh.. tapi hapuskan dulu ALASAN dan SUKA BERTANGGUH... insyaallah..semua pasti boleh... mencipta impian bersama saya? boleh cari saya di sini


Sayangi keluarga 200% ..apa tah lagi anak-anak dan suami... sharing love from mommylina

Di awal pagi, saya yang paling sibuk..bukan sibuk nak ke tempat kerja pun.. tapi kerja harian rumah saya sebelum anak-anak saya bangun.. sebab my little princess ni, lepas subuh je.. compom bangun kalu tak dia poo-poo.. dia nak main.. nak minta di tukar pampes dia..dan merayap satu ruang tamu... 


Dan si abang pula.. ada masa bangun awal seawal kul 6.30am.. paling lewat kul 9.00am, ni semua tgk keadaan dia tidur...kalu ayah mereka ni kerja malam.. anak-anak ni dengan saya ..tidur awal..bangun pun awal... tapi seronok..sebab malam macam2 saya boleh buat..



Dan awal pagi juga..saya pastikan..mandian puteri ibu dah siap... untuk makanan untuk si puteri saya ni.. disiapkan dan untuk hero saya pula sungguh macam ayah dia.. tak nak sarapan pagi.. 

Tapi untuk elakkan si abang ni tak bertenaga dan perut kosong di awal pagi.. saya sediakan susu add on MEALSHAKE untuk si abang... si ayah dan saya setiap pagi..wajib dengan ESP .. rasa kenyang...


Dan... yang paling beza si adik dan si abang ni masa kecil-kecil...si adik ni..bangun awal pagi, si abang dulu.. masa usia 7 ke 8 bulan hingga 1 tahun..lena je pagi kalu ibu bangun pun. Tapi si adik ni lepas je solat subuh mesti bangun (anak-anak kita ni ada rasa yang kuat..perasan je kita dah tak da kat sebelah kan) ..

 haa..dia bila dah bangun..memain atas tilam dan tak lama tu, mula dengar suara kecil dia.nak minta ambil dan mula "operasi" di ruang tamu.... lepas tu..kul 8.30am or kul 9.00am.. wajib tidurkan semula..sebab kalu tak.. mau dengan suara nyaring dia menjerit2 nangis...

tidur kat sini lena sikit..
Silih berganti... adik tidur semula...abang pula bangun.. kat sini la masa saya manjakan anak2 ni.. masa untuk mereka di manjakan..sebab kalu dua-dua.. compom mereka ni ada je karena..

Bila dua-dua berjaga..biarkan je dorang ni main sesama dorang..berebut main dan segala apa yang mereka nak sepahkan.. its normal.. mommy dan anak-anak kat rumah...

Mereka ni la membuatkan hari saya ceria...gembira...sibuk... dan segalanya bersama keluarga tersaya.. Alhamdulillah.. segala yang saya buat dan suami.. pasti menjadi kerjasama kami..pelaburan kita untuk keluarga tak kira wang ringgit.. tapi masa tu sangat bernilai... masa yang di sia-siakan tak dapat di ulang semula... sebab tu saya kerja je dari rumah.. lagi sangat puas hati..

https://www.facebook.com/linz.shopee?fref=photo

Seronok bekerja dari rumah

by on November 14, 2014
Di awal pagi, saya yang paling sibuk..bukan sibuk nak ke tempat kerja pun.. tapi kerja harian rumah saya sebelum anak-anak saya bangun.. se...
Alkisah ayah ke masjid... ibu masak..dan ini antara kerja dua beradik ni..main berdua je, tapi tgk la mainan ni pun hanya sebahagia je milik si abang keluarkan... selebihnya ibu bagi syarat if nak main..pilih je mana nak main..
Tapi jangan nak keluarkan 2 tong lagi dalamam bilik hanyak milik my mr.hero saya ni... sebab tu untuk mainan puteri ibu ni..tak da lagi di beli sebabnya...mainan si abang pun dah rasa terlebih sudaaaa...

 Ni la kerja dua beradik ni...ni si adik belum pandai lagi berjalan or merangkak sepenuhnya ni.. baru 8bulan..tapi cara main..bukan main lasak lagi... ikut saja abang dia main..


Lihat ni pulaaa... naaa mau pening kepala ibu tgk mainan2 mr.hero ni..

Tapi saya tak kemas masa ni terus..tunggu anak2 tidur dulu.. lewat mana pun saya tidur...pastikan mainan2 ni di kemas terlebih dahulu..baru esok pagi berlapang dada dan sedap skit mata ni.. Walaupun esok pagi anak-anak ni bangun...benda sama dorang sepahkan..  but its ok...

Saya gembira dengan apa yang saya dan anak2 lakukan....

Alhamdulillah... ni antara video kerja si abang buat bila habis sepahkan barang2 milik dia...


 

Kerja surirumah jadi mudah bila kita tak cerewet... tapi jadi rumit bila kita sendiri buat rumit...kan ke itu buat stress dan pening kepala je....

Sib baik la mommylina kerja dari rumah je... dan siapa mahu join bersama.. boleh hubungi mommylina juga...