Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Showing posts with label Motivasi. Show all posts
Bismillahirahmannirahim, semangat paghi Jun 2023, dalam kita tak sedar kita dah di fasa kedua tahun 2023 kan? dah tengah tahun dan pun. Alhamdulillah tahniah untuk anda yang terus istiqamah dalam apa saja yang anda lakukan kerana Allah SWT. Apa kaitannya kopi, gula dan kehidupan? dalam entry saya kali ni? apa kaitannya dalam kehidupan kita? Jom baca lagi.
Kopi, Gula Dan Kehidupan

Terkadang tu tersasar sedikit dari landasan sebenar itu tak mengapa, asalkan kita lagi dan lagi mencuba untuk buat yang terbaik dan istiqamah buat banyak kebaikan kerana Allah SWT, dan bukan kerana orang lain, betul? Macam kopi, gula dan kehidupan? anda ingat tak kisah Tan Sri P.Ramli tu? Kopi, gula dan kehidupan ni saling berkait? siapa ingat? cer komen tau.

Jom sharing kata-kata motivasi anda dengan tinggalkan komen kata bawah boleh, Terima kasih anda yang support.

Apa kaitan kopi, gula dan kehidupan? kata-kata ni banyak memberi semangat dan motivasi dalam kehidupan kita seharian sebenarnya. 

Pendapat saya kopi, gula dan kehidupan ni saling berkait sebenarnya dalam kita tak sedar, contohnya dalam KOPI anda;

Nak manis je, nanti kehidupan ni jadi tak best sebab tak ada cabaran atau dugaan atau ujian, betul tak? Kan terkadang dengan cabaran, ujian ni buat kita makin kuat dan bersemangat bilamana kita berjaya atasi dengan sabar, tenang dan tersenyum? Dan bilamana ada ujian dalam kehidupan kita ni, tanda Allah SWT masih sayang akan kita, ujian tanda mengingatkan kita pada sang pencipta kita dan buat kita kembali kepada DIA. kan...

Dan bilamana KOPI anda pahit pula, nanti patah semangat pula nak jalani kehidupan kita dari sehari ke sehari, pahit je tak da manis tak da rasa apa kan bosan pula betul tak? 

Jadi ? Dalam kehidupan kita ni tak boleh la nak sendiri-sendiri, macam kopi sendiri, gula sendiri tak nak bergaul dan mix? apa jadi? manis dan pahit ?

Sebab tu dalam kehidupan terlalu cantik da Allah SWT aturkan untuk kita lalui,  sama ada kita sedar atau tidak je kan? Bilamana kopi dan gula bercampur mengikut acuan yang betul pasti ada rasa sedikit pahit, sedikit manis bak kata orang lama, CUN-CUN RASA KOPI yang di buat, dengan izin ALLAH. 

Alhamdulillah, banyak lagi nak bercerita tentang kata-kata motivasi ni sebenarnya, nanti kita sambung okey. Oh ya kat entry ni pun ada sambungan dari rakan berblog kami, anda boleh terjah kata-kata motivasi kat sini.

Untuk anda yang sedang membaca dan sedang lalui fasa down, atau pun saat ini kurang semangat dalam diri, cuba anda lihat kiri kanan, atas bawah anda. Apa yang kurang dari DIA ciptakan untuk kita lalui setiap detik perjalanan hidup kita ni, sejujurnya, semua yang ada lalui tu pun saya juga lalui, dan fasa ini akan berlalu sebegitu saja andai kita tidak MOVE ON dan serahkan segala apa yang kita lalui itu kepada DIA yan maha menyelesaikan segala apa yang kita lalui. Setuju? 

Nak jangan toleh kebelakang, namun pandang la ke DEPAN, dan tanyakkan pada diri anda juga, "SEJAUH INI DAH KAU LALUI SELAMA INI? TAK KAN ALLAH SWT, BARU JENTIK SEDIKIT SAAT INI AKU DAH DOWN SEMULA? Sedangkan orang lain lalui kehidupan mereka ada yang lebih teruk lagi dari aku." 

Betul kan? 
Sebearnyan ramai orang akan judge, kau tak duduk dalam kasut aku, kau mana tahu? 

kan? dan ayat ni biasa kita dengar, namun satu saya pegang kata kata GURU saya, sejak kita di alam rahim lagi kita adalah JUARA! dan DIA dah aturkan yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari. ADA JUARA? YES, anda juara dalam beribu, berjuta sperm, anda adalah JUARA yang dia takdirkan. Agree? 

Jadi jangan putus asa okey, cakap kat diri sendiri 

SAYA ADALAH JUARA!
SAYA ADALAH YANG TERBAIK!
SAYA TERHEBAT!
SAYA BOLEH LALUI SEMUA INI!
SAYA  PASTI BOLEH!

Dan apapun kata kata motivasi anda, YOU ARE THE BEST!
Jom kongsikan

Bagi anda yang sedang nak jana income atau tak nak modal yang besar untuk mulakan perniagaan atau berminat nak jana income secara full @ partime? Anda boleh terus ke pautan gambar di bawah okey. TERUS SEMANGAT untuk anda!!!
Jadi yang terbaik kerana ALLAH SWT ciptakan anda yang terbaik sekali. Alhamdulillah. Tahniah untuk anda!  

Terima kasih melawat kawasan. Jom dapatkan produk terbaik dan jana income bersama linakhtargroup

Saya suka melawat ke mukabuka seorang hamba Allah ni, setiap kali saya rasa down, saya rasa lemah.. saya akan ke wall hamba Allah ni..
.
Dan..
.
Antara petikan yang buat saya bangkit dan bersemangat dan mula 1001 kali untuk menjauhkan diri dari berfikir negatif juga adalah kerana...
.
"Allah bagi ujian bukan untuk kita jadi lemah tapi ....." 

.

=====================
.
Saat kita ada impian, nak majukan bisnes untuk kehidupan datang banyak cabaran... 
.
Anak meragam...
Masalah dengan suami...
Rakan sekerja cemburu...
Bos opis tegur...
Ujian dengan bisnes sedia ada...

Kenapa ?

Adakah ia tanda aku ni bukan ditakdirkan untuk berjaya?
Adakah ujian bertalu ni kerana bisnes ni tak sesuai?

Ya ini perkara yang timbul bila dilanda ujian.

Maka dengan pemikiran begitu ramai yang putus asa....

Tapi pernah tak TERFIKIR ujian itu datang sebab

⛔️ kita obses sangat dengan bisnes sampai kita lupakan masa untuk Allah.

⛔️kita obses dengan apa yang kita minat sampai anak suami dan kerjaya terabai.

⛔️kita nampak business tools lebih hebat dari Allah. Kita agung2kan copy writing, fb ads, fb, ig sedangkan rezeki datang dari Allah.

⛔️ kita nampak usaha kita hebat sedangkan manusia tiada daya kecuali Allah.

⛔️ kita abaikan tanggungjawab sebagai anak pada mak dan ayah kita... maka keberkatan kehidupan makin  berkurang.

⛔️ kita HANYA nampak Allah bila dapat ujian dan ujian itu kita anggap bala.

Kita yang MEMILIH untuk menjadikan ujian itu satu yang positif ataupun negatif dalam kehidupan kita.

Jadi ... hakikatnya tiada jalan mudah untuk dapatkan syurga kecuali bersusah payah.
.
===============================
.
Betulkan? 
dan pernah juga saya tersangat dow, bila rasa itu saya tak boleh nak kontrol saya teringat hamba Allah ni dan juga antara ayat pertama dia akan cakap... 
.
Dah ISTIGHFAR??? Zikir? 
.
Sememangnya.. .itu juga adalah kunci kekuatan saya dan buka saya sahaja.. tapi kita SEMUA... 
.
Dalam banyak masalah.. apa sekali pun.. SENTIASA KITA INGAT AKAN ALLAH SWT. San berzikir juga beristighfar la sebanyak yang boleh... 
.
In sha Allah.. kita akan kuat dan dijauhi dari segala fikiran yang negatif dan tekanan yang kita rasa dan cipta sendiri.. 
.
Moga anda juga yang sedang membaca ni SENTIASA CERIA & BERSEMANGAT. 
.
In sha Allah.
.


Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni kita berpagian di blogger untuk sebarkan kepada kawan-kawan, mudahnya menjemput rezeki dariNya.
.
Setuju tak saya katakan...
Jika dah usaha banyak maka jangan lupa selawat dan zikir banyak, kerana usaha yg banyak biasanya kerana sibuk mencari rezeki sedangkan jika selawat, zikir dan amal yg banyak memudahkan menjemput rezeki.
.
Antara yang boleh kita amalkan sentiasa...

*** Istighar
**** Dan banyak istighfar
******Selawat dan banyak selawat
.
In sha Allah, Allah mudahkan.
.
.
In sha Allah
Moga segala urusan kita bermula hari ini dan seterusnya dipermudakan olehNya...
.
Janji kita sentiasa ingat akan Dia, walau dalam keadaan apa sekali pun...
.
.
Amin...
.
.
Nak saya bantu anda jana pendapatan dari rumah & sedang mencari produk untuk menambahbaik kesihatan anda sekeluarg; -
Cari saya di 017-5836865.
.

Assalamualaikum salam Jumaat, penghulu segala hari. Sedar tak sedar kita ni dah nak hujun bulan 10 dah kan, cepatnya masa berlalu.

Bagaimana pengisian setual hari kita?

Andai kita di beri peluang ke masa lalu, apa yang akan anda lakukan?

Secara jujurnya dari hati naluri anda sendiri...
.
.
.
Jika saya? Saya nak pandai mengaji sedari usia 6tahun...
.
Anda pula?

"Jika ingin berada di darjat para muqarabin ada 3 syaratnya:

1. Merendahkan diri ketika engkau memiliki kedudukan tinggi.

2. Menampakkan kecukupan saat engkau berada dalam kekurangan.

3. Hidup sederhana ketika engkau diberikan kekayaan."

[Imam Habib Abdullah Bin Alwi Al-Haddad Rahimahullah Taala]

-Muhasabah Diri dan Teruskan Berselawat-
.
.
Doakan saya Linakhtar terus istiqamah dan berjaya dunia juga akhirat. Begitu juga anda sekalian. Alhamdulillah...

Kadang kala kita alpa kekuatan pada diri kita adalah apabila kita lebih fokus kepada kepada kekuatan dalaman (sandarkan segalanya kepada Allah SWT), berbanding bergantung hanya kepada faktor luaran atau diri kita sendiri.

"Dan Allah SWT tidak menjadikan (bantuan malaikat) itu melainkan sebagai berita gembira dan supaya hati kamu tenang tenteram dengannya. Kemenangan itu pula hanyalah dari sis Allah SWT. Susungguhnya Allah SWT maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana."

(Surah al-Anfal 8: Ayat 10)
.
.
Semoga perkongsian pagi ni mengubah cara dan sikap kita kerana Allah Taala.
.
Linakhtar
0175836865
Pengedar Shaklee Anda 867607

Assalamualaikum, selamat pagi. Jom mulakan hari dengan selawat dan zikirullah.

Allahumma solli ala saidina Muhammad.


Perkongsian bersama : - 

"Keutamaan bagi seseorang yang ingin berada di atas jalan kebenaran (islam) adalah meluruskan hati dan berusaha mengubati segala "penyakit" yang berpotensi membarah didalam hatinya"

-Muhasabah Diri-
.
.
.
Salam Subuh 
*** mommylina.blogspot.com *** 

Saya tertarik dengan kata-kata cikgu saya ni merangkap sifu a.k.a mentor superduper saya ni.

Katanya...
"Jika baru 6 bulan....sabarlah teruskan usaha kerana tiada jalan mudah untuk berjaya. Betulkan?

Sedangkan master ni dah 20 tahun sebagai Pengedar Sah Shaklee pun banyak lagi yang  dia sendiri masih belajar dan terus belajar juga berkongsi ipmu bermanfaat kepada kami hingga hari ini.
=======

Pernah tengok tak cerita Bujang Selamat?

Tengok tak part dia nak belajar bersilat masa awal tu tok guru dia suruh tebas rumput

" 2 kali kanan, 2 kali kiri, pandang depan jaga nafas."

Ya pada permulaan nampak macam kerja sia-sia kan?
Tapi bila dah tebas betul2 baru perasan ia adalah cara nak tajamkan seni persilatan.
======

Ya sama dengan orang yang menyelam cari mutiara. Adakah anda fikir baru selam sekali terus jadi hebat?

Adakala berpuluh kali cubaan baru berjaya.

Kena buat ulangkali dan sabar.

Jika orang tanya produk  dan kita jawab dengan baik tapi tak beli...yang rugi orang yang tak beli..kita tak rugi. Kita juga untung sebab sedang memperbaiki skill berkomunikasi, skill menerangkan, skill closing...

Lagi banyak skill kena belajar. Tambahkan ilmu, hadiri kelas nutrisi dan sebagainya untuk terus mengasah skill kita dan terus membantu orang lain kerana Allah Taala.

Rasa down dan sebagainya?

Allah kan ada?
Jangan lupa ALLAH sebaik2 penolong!
.
.
Ikhlas untuk membantu dan berkongsi ilmu.

Pengedar Shaklee Anda 867601
Linakhtar 
0175836865

Alhamdullillah pagi hujung minggu ni kita berkongsi ilmu lagi. Ilmu yang kita dapat yang baik kita sebarkan dan kongsikan reramai baru la seronokkan...

solat dhuha


Rezeki ni sememangnya Allah SWT yang lebih dan maha mengetahui, dan tak salah untuk kita sebarkan dan amalkan untuk melancarkan dan mencukupkan rezeki kita dan meminta rezeki yang halal lagi baik dan di berkati oleh-Nya kan..

In Shaa Allah
 =================

Nak dapatkan PRODUK KESIHATAN Jenama Shaklee?

Saya adalah Pengedar Shaklee Malaysia 867601

Linakhtar
0175836865


Apa yang kita cakap adalah doa, dan apa yang kita nak itu juga adalah impian. Berbicara dan bertanya Allah SWT dahulu juga adalah salah satu kebiasaan yang ramai dah buat.

Alhamdulillah, ianya dengan izin-Nya pasti mendapat sama ada cepat mahupun sebaliknya. Tetapi perancangan Allah SWT pasti yang paling baik untuk kita.

Percaya tak?

Kawan-kawan pernah baca buku ni?

Saya sentiasa bawa buku ni, dan bila buntu mahupun gembira ada je kelapangan, saya pasti akan membelek buku ni dan ada yang berulang-ulang saya baca.

Rasa tenang dan buat kita berfikir jauh tentang Dia. Begitu juga akan kuasa milik-Nya.

SubahanAllah.. .
Allahuakhbar...

Menjemput rezeki kerana Allah SWT

InshaAllah.. doa yang baik-baik, minta yang baik-baik. Buat adik-adik yang belum dapat kerja dan kerjaya impian... Anda boleh mencari dan menambah pendapatan bermula dari sini. Niatlah kerana Allah Taala.. 

Amin..semoga apa yang kita impikan akan tercapai, dengan izin-Nya. 


Alhamdulillah saya sangat bertuah dalam berniaga ni boleh bantu orang lebih sihat dan gembira. Dan paling utama, bukan ilmu berniaga semata-mata kami di tunjuk ajar. Tetapi ilmu bekalan akhirat juga kerap kami di ingatkan...

Bukan senang nak dapat ilmu untuk akhirat ni anda kita tak faham sedalam-dalamnya hati kita...

Setuju?

Dan...

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mengingatkan kita pada Allah.

Bila susah ingat Allah, bila senang lagi kena ingat Allah kerana Allah juga yg bagi senang mahupun susah tu.

InshaAllah.. sebab tu saya suka dan gembira apa yang saya buat sekarang...

Doakan kita semua lebih dekat dan semakin rapay kepada Dia...

Amin...

Linakhtar 

Sentiasa utamakan Allah SWT.

by on September 04, 2016
Alhamdulillah saya sangat bertuah dalam berniaga ni boleh bantu orang lebih sihat dan gembira. Dan paling utama, bukan ilmu berniaga sema...

Semalam mentor saya kongsikan tentang "nilai", masa tu saya baca sekali imbas. Tapi tak puas hati saya ulang lagi perkongsian itu dan baca berkali-kali...

Ok baru saya faham bahawa, "nilai" yang di maksud kan itu sebenarnya yang amat berharga dalam hidup saya. Mungkin saya leka dalam mengejar sesuatu di dunia ini.. sehingga says terlupa akan "nilai" di sisi saya yang amat perlukan perhatian saya lebih dari segalanya... dan apabila saya "di ketuk" oleh seorang kakak tentang tahap mengaji anak saya, sejak akhir-akhir ni dia tak nak mengingat sesuatu yang akan membawa kebaikan untuk dia... iaitu mengaji iqra 4 tu yang mencabar bagi dia... (walaupun dia baru berusia 5tahun tapi hafazan dia cukup baik.. cuma nak mengingat itu dia buat sambil mudah!)

Baru saya tersedar! Automatik saya ubah 100% cara saya tanpa berlenggah.. sebab selama ini saya leka dan alpa akan "nilai" saya ini.

Antara yang mentor a.k.a cikgu saya kongsikan adalah....

Duit itu adalah BONUS kepada 'nilai' yang kita ada.

Tapi apa maksud "Nilai" selain bonus yang kita faham? Adalah untuk -->

Diri, suami, mak ayah dan anak-anak sangat bernilai pada kita. Mereka adalah NILAI yang kita ada dan paling MAHAL.

Masa bila kita sedar 'Nilai' ini biasanya apabila jika terjadi kehilangan atau kemalangan. Waktu tu kita akan bagi tahu, duit boleh cari nyawa tak boleh ganti.

Kita bekerja dan pendapatan [ duit] adalah untuk penuhi keperluan NILAI ini. Oleh sebab itu perlu bekerja dengan jujur dan bersungguh kerana kita nak barakah dari pendapatan[duit] itu.

Apalagi bila berniaga. Sama perlu jujur, amanah dan adil.
Jujur bila berurusan.
Amanah apabila diberi kepercayaan.
ADIL sesama peniaga.

Apakata kita usaha tingkatkan nilai yang kita ada, insyaALLAH 'bonus' juga turut bertambah. InsyaALLAH.

Allahuakhbar... terima kasih Ya Allah atas remainder ini... akan ku semat terus dalam diri ni untuk memberikan yang terbaik pada "NILAI"  yang paling mahal ini.

Ibu Linakhtar
Pengedar Shaklee Malaysia

Sedar SEBELUM TERLAMBAT!

Big thanks & Credit to my guru a.k.a mentor : Norita Idris

Tips pagi ni nak di kongsikan. Di setiap apa yang kita lakukan, haruslah kita minta Allah SWT dahulu, setuju?

Apatah lagi yang nak perkara-perkara penting...

Kita haruslah...

Fokus kepada perkara yang boleh kita kawal.
Elakkan fokus pada luar kawalan kita.

Emosi kita boleh dikawal.
Jika ada suara kecil selalu bertanya " Ko boleh ke berjaya macam si polan?"
Ya kawal suara itu dengan mengatakan " InsyaALLAH ya dengan bantuan ALLAH'.

Dan selalulah katakan pada diri, Allah bersama orang yang berusaha dengan kesabaran.

Jangan lupa selalu berhubung dengan ALLAH ...

Allah Maha Pemberi. Dia beri segala yang terbaik untuk kita.

InshaAllah.. kita sesama mengubah diri kita untuk lebih dekat kepada Dia..

Amin

Linakhtar
Pengedar Shaklee Anda 867601
0175836865

Minta Allah SWT dahulu!

by on August 09, 2016
Tips pagi ni nak di kongsikan. Di setiap apa yang kita lakukan, haruslah kita minta Allah SWT dahulu , setuju? Apatah lagi yang nak perkara...

Assalamualaikum dan selamat pagi di hujung minggu, mesti kita sedang berehat bersama keluarga, anak-anak kan?

Berilah masa dan ruang untuk anak-anak dan keluarga kita... sesibuk mana pun kita... mereka adalah harta kita paling bermakna... InshaAllah.

Pagi ni nak kongsikan pesan juga, dan peringatan diri sendiri juga untuk kita semua...

Teknik dan cara pengurusan masa dan perniagaan kita mahupun apa saja kita nak lakukan...
=============

Jiwa akan tenang bila kita tahu dan yakin setiap apa yang kita temui, kita lalui, kita tempuhi adalah dengan gerak dan izin ALLAH.

Allah jua yang mengizinkan apa jua ia akan berlaku.

Lalui dengan sabar dan yakin Allah sentiasa ada bersama.

Bila diuji , mintalah pada ALLAH kesabaran.

Sedikit perkongsian daru Cikgu saya... yang mana... dia katakan...

Saya masih ingat doa yang ayah mertua saya bacakan
semasa beliau kurang sihat dulu ;

" Ya ALLAH bukakanlah pintu hikmah dan berikanlah jalan keluar [jalan penyelesaian] untuk sakitku ini."

Kerana kesabaran beliau bangun tahajud setiap malam walau dalam keadaan sakit, ALLAH sampaikan hajatnya.

Tidak lama selepas itu datang seorang hamba ALLAH dengan tak semena-mena ke rumah untuk ziarah langsung mengubati beliau melalui perubatan syifa' dan alhamdulillah sembuh. Kini di Orlando dengan event Shaklee.

Allahu Akhbar!

Allah maha penyayang. Jika kita sentiasa usaha nak dekatkan diri kita kepadaNya nescaya kita akan rasai sendiri kasih sayang ALLAH pada kita.

Betapa Allah SWT amat menyayangi semua hambaNya kan... sentiasalah kita bersyukur dan terus mengutamakan Dia, walau di mana kita berada... sihat.. senang... gembira mahupun sebaliknya....

InshaAllah... apa kita hajati pasti termakbul dengan izinNya...

Berdoalah...
Solat lah di awal waktu...
Berusaha lah kita...

Rezeki Allah SWT ini sangat luas...

Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah kita masih di pinjamkan nyawa kita ni untuk terus beramal ibadah padaNya...

Teruskan berdoa dan terus istiqamah. Andai apa yang kita mohon belum terlaksana, terus usaha dan berdoa... sesungguhnya Dia amat mengetahui yang terbaik untuk kita.

Dan jangan la kita lihat solat Dhuha atau solat hajat tu pembuka rezeki dalam bentuk duit semata.

Rezeki konteksnya sangat luas.

Anak sihat juga rezeki.
Tenang jiwa juga rezeki.
Anak selamat sepanjang bermain juga rezeki.

Banyak sebenarnya tanpa kita sedar cuma sayangnya dunia hari ini terlalu mengajar kita kepentingan duit lebih dari segalanya.

Sabar.. Usahakan dengan sabar.

Sabar dalam ibadah dan sabar dalam usaha.

Tingkatkan ibadah dan tingkatkan usaha... 

InshaAllah.. amin

================

Saya yang sedang memperbaiki diri juga kerana Allah Taala...


Assalamualaikum dan selamat pagi... pagi ni agak clumsy buat semuanya, kenapa?

Jom kita duduk dan renung diri kita sendiri, dalam kesibukan kita ke tempat kerja.. bolwh je kita renung kelemahan kita kan...

Bak kata kawan saya...

" Tidak penting dimana anda bermula, tetapi yang penting di mana anda berakhir. "

Tersentuh dengan ayat ni, dan berkali saya fikirkan... apa yang saya buat ni betul? Apa yang saya mahukan dalam hidup ini?

Tepuk dada tanya diri kita sendiri kan... Jangan terlalu pandang orang lain sehingga kita lupa akan diri kita di mana... dan bagaimana akhirnya..

Love sharing,
Linakhtar

Munasabah diri...

Di mana kita akhirnya?

by on August 02, 2016
Assalamualaikum dan selamat pagi... pagi ni agak clumsy buat semuanya, kenapa? Jom kita duduk dan renung diri kita sendiri, dalam kesibukan...

Salam hujung minggu... seringkali kita tertanya.. kenapa dan di mana silapnya lagi. Apa lagi yang perlu di lakukan untuk mencapai impian dan target kita...

Ketahui lah para sahabat.. kawan-kawan sekalian,

Mengapa adakala apa yang kita minta itu lambat datang?

Kerana ALLAH lebih tahu bagaimana diri kita bila mendapat apa yang kita hajatkan itu.

Jadi kita kena terus sabar berdoa, beramal dan berzikir kerana yang pasti janji ALLAH itu pasti. Allah Maha Pemberi dan Maha Mengasihani.

InshaAllah JANJI DIA ITU PASTI!

Jangan sesekali mengeluh, tetapi bersabar dan teruskan berdoa juga usaha kita kerana Dia pastu ada yang terbaik untuk setiap hambanya...

Amin...

Love sharing
Linakhtar

Assalamualaikum dan selamat pagi... Sahabat, ingatkan aku andai aku terlupa, alpa dan lalai di dunia ini...

Kita semua tak lari dari kesilapan kan... tetapi punyai sahabat yang sentiasa mengingati kita akan akhirat itu antara hadiah yang sangat bertuah dan mengembirakan...

Adif Gorment:
۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
      وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞

"Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dahulu, dan jika engkau ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu"

[Imam Al-Ghazali Rahimahullah Taala]

Thanks sahabat ku dunia dan akhirat... mengenali kamu yang juga sedang membaca adalah satu rahmat dariNya...

Saya si pendosa yang mencari keampunan dariNya.

InshaAllah...

Assalamualaikum dan selamat pagi... hari ni kita berkongsi ilmu untuk kita bersama amalkan. Hari ni baca terjemahan Al Quran. Tak ingat surah dan ayat apa.

Tapi 2 kali dalam page tu mention,

"Allah melapangkan rezeki sesiapa yang dikehendaki. Dia juga boleh menyempitkan rezeki sesiapa yang dikehendaki."

Formula Rezeki adalah DUIT

1. Doa
2. Usaha
3. Istiqamah
4. Tawakal

Doa tu pun sebenarnya salah bentuk tawakal dulu. Andai orang lain dia usaha dulu, mengapa kita tidak minta bimbingan Allah dulu sebelum berusaha?

Bukankah Allah lebih tahu jalan yang lebih mudah dan tepat?

Maka berdoalah dahulu. Yakni ia juga bermaksud kita tawakal dulu dengan Allah. Kemudian baru berusaha.

Apa sahaja masalah kita datangnya daripada Allah, maka kepada Dia juga kita kembalikan dengan meminta pertolongan, berdoa kepada-Nya.

Jika tidak hafal dan tidak tahu Asmaul Husna yang mana digunakan, cukup sekadar beristighfar.

Ia ibarat pencuci hati daripada keladak dosa dan kegelapan hati.

Insya-Allah apabila sudah dibersihkan dengan istighfar, hadirlah rezeki yang tidak disangka-sangka (la yahtasib).

There will be no sad ending who trust in Allah ☺️

Dont worry, be happy.

iLuvAllah

Linakhtar (0175836865)
Pengedar Shaklee Kulim
867601

Salam Dhuha semua.... Sedang kita dalam kesibukan mencari rezeki dan menunaikan amanah kita yang sepatutnya dan di berikan... Berilah sedikit masa kita untuk bersedekah seluruh tubuh badan kita tanda kita bersyukur kepada Dia...
=============

📌Tazkirah Ringkas di kongsikan awal pagi.

📑KETIKA KITA TERKAPAI KAPAI MENCARI KEBENARAN, ALLAH LAH YANG MEMBERI PETUNJUK.

Firman Allah SWT :

وَوَجَدَكَ ضَالًّا فَهَدَىٰ
[Surat Ad-Dhuhaa 7]
Terjemahan :

"Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)"

Saya juga si pendosa yang memohon kemaafan dariNya...

Linakhtar

Saya tertarik dengan kata-kata cikgu saya ni, dan setiap apa yang dia katakan itu adalah benar dan andai kita anggap dia adalah cikgu dan mentor kita...

JANGAN sesekali membelakangi dan memburukkan dia... sebab dengan dia kita kenal sekarang dan dengan dia kita banyak pelajari sesuatu yang bermakna dalam hidup kita...

Antara kata-katanya....

Semua bayi dilahirkan dengan lumrah yang sama, tak pandai berjalan apatah berlari. Namun masa itu terus berlalu dan kerana keinginan dalaman yang kuat mereka ini belajar bertatih sehingga pandai berlari.

Ya sama dengan kita. Hakikatnya banyak perkara yang kita belajar dari alam dan persekitaran.

Bagi pengedar Shaklee, saya yakin ramai yg kongsikan kebaikan produk bukan kerana duit yang utama tapi rasa seronok berkongsi dari apa yang kita dah rasa.

Ya kalau dulu banyak jerawat kini dah cantik, seronok juga orang lain boleh rasa apa yang kita rasa.
Jika dulu duduk rumah tgk fb takde apa2, kita buat sharing ada juga rezeki sharing masuk. So nak juga ramai surirumah macam kita yang ada duit tambahan kan?

Ya semuanya harmoni dan seronok dilakukan bila kita buat dalam keadaan ada matlamat tapi bukan dalam keadaan terdesak.

Itu yang saya lakukan dan saya share dengan adik beradik, kawan dan sedara mara.

Buat dengan hati yang seronok dan demi kebahagiaan keluarga.

Fokus satu bisnes sampai jadi "expert" itu sangat penting supaya kita tahu bagaimana nak manage dalam keadaan ekonomi mencabar.

Kalau anda fokus, percayalah hasilnya sangat hebat dan takkan terjangkau oleh akal kerana ia adalah hasil nikmat sabar.

Segala apa kita buat dan lakukan pasti ADA CABARAN nya... dan kita mesti hadapinya dengan tenang dan jangan la cepat mengalah, melatah dan saling menyalahi sesama kita...

Ingat... kata cikgu itu bermakna...

Saya si Pengedar Shaklee
867601
Linakhtar
017-5836865