Motivasi Semangat | Kopi, Gula Dan Kehidupan?
Bismillahirahmannirahim, semangat paghi Jun 2023, dalam kita tak sedar kita dah di fasa kedua tahun 2023 kan? dah tengah tahun dan pun. Alhamdulillah tahniah untuk anda yang terus istiqamah dalam apa saja yang anda lakukan kerana Allah SWT. Apa kaitannya kopi, gula dan kehidupan? dalam entry saya kali ni? apa kaitannya dalam kehidupan kita? Jom baca lagi.
Terkadang tu tersasar sedikit dari landasan sebenar itu tak mengapa, asalkan kita lagi dan lagi mencuba untuk buat yang terbaik dan istiqamah buat banyak kebaikan kerana Allah SWT, dan bukan kerana orang lain, betul? Macam kopi, gula dan kehidupan? anda ingat tak kisah Tan Sri P.Ramli tu? Kopi, gula dan kehidupan ni saling berkait? siapa ingat? cer komen tau.
Jom sharing kata-kata motivasi anda dengan tinggalkan komen kata bawah boleh, Terima kasih anda yang support.
Apa kaitan kopi, gula dan kehidupan? kata-kata ni banyak memberi semangat dan motivasi dalam kehidupan kita seharian sebenarnya.
Pendapat saya kopi, gula dan kehidupan ni saling berkait sebenarnya dalam kita tak sedar, contohnya dalam KOPI anda;
Nak manis je, nanti kehidupan ni jadi tak best sebab tak ada cabaran atau dugaan atau ujian, betul tak? Kan terkadang dengan cabaran, ujian ni buat kita makin kuat dan bersemangat bilamana kita berjaya atasi dengan sabar, tenang dan tersenyum? Dan bilamana ada ujian dalam kehidupan kita ni, tanda Allah SWT masih sayang akan kita, ujian tanda mengingatkan kita pada sang pencipta kita dan buat kita kembali kepada DIA. kan...
Dan bilamana KOPI anda pahit pula, nanti patah semangat pula nak jalani kehidupan kita dari sehari ke sehari, pahit je tak da manis tak da rasa apa kan bosan pula betul tak?
Jadi ? Dalam kehidupan kita ni tak boleh la nak sendiri-sendiri, macam kopi sendiri, gula sendiri tak nak bergaul dan mix? apa jadi? manis dan pahit ?
Sebab tu dalam kehidupan terlalu cantik da Allah SWT aturkan untuk kita lalui, sama ada kita sedar atau tidak je kan? Bilamana kopi dan gula bercampur mengikut acuan yang betul pasti ada rasa sedikit pahit, sedikit manis bak kata orang lama, CUN-CUN RASA KOPI yang di buat, dengan izin ALLAH.
Alhamdulillah, banyak lagi nak bercerita tentang kata-kata motivasi ni sebenarnya, nanti kita sambung okey. Oh ya kat entry ni pun ada sambungan dari rakan berblog kami, anda boleh terjah kata-kata motivasi kat sini.
Untuk anda yang sedang membaca dan sedang lalui fasa down, atau pun saat ini kurang semangat dalam diri, cuba anda lihat kiri kanan, atas bawah anda. Apa yang kurang dari DIA ciptakan untuk kita lalui setiap detik perjalanan hidup kita ni, sejujurnya, semua yang ada lalui tu pun saya juga lalui, dan fasa ini akan berlalu sebegitu saja andai kita tidak MOVE ON dan serahkan segala apa yang kita lalui itu kepada DIA yan maha menyelesaikan segala apa yang kita lalui. Setuju?
Nak jangan toleh kebelakang, namun pandang la ke DEPAN, dan tanyakkan pada diri anda juga, "SEJAUH INI DAH KAU LALUI SELAMA INI? TAK KAN ALLAH SWT, BARU JENTIK SEDIKIT SAAT INI AKU DAH DOWN SEMULA? Sedangkan orang lain lalui kehidupan mereka ada yang lebih teruk lagi dari aku."
Betul kan?
Sebearnyan ramai orang akan judge, kau tak duduk dalam kasut aku, kau mana tahu?
kan? dan ayat ni biasa kita dengar, namun satu saya pegang kata kata GURU saya, sejak kita di alam rahim lagi kita adalah JUARA! dan DIA dah aturkan yang terbaik untuk kita tanpa kita sedari. ADA JUARA? YES, anda juara dalam beribu, berjuta sperm, anda adalah JUARA yang dia takdirkan. Agree?
Jadi jangan putus asa okey, cakap kat diri sendiri
SAYA ADALAH JUARA!
SAYA ADALAH YANG TERBAIK!
SAYA TERHEBAT!
SAYA BOLEH LALUI SEMUA INI!
SAYA PASTI BOLEH!
Dan apapun kata kata motivasi anda, YOU ARE THE BEST!
Jom kongsikan
Bagi anda yang sedang nak jana income atau tak nak modal yang besar untuk mulakan perniagaan atau berminat nak jana income secara full @ partime? Anda boleh terus ke pautan gambar di bawah okey. TERUS SEMANGAT untuk anda!!!
Jadi yang terbaik kerana ALLAH SWT ciptakan anda yang terbaik sekali. Alhamdulillah. Tahniah untuk anda!
No comments:
Post a Comment
Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.
Terima kasih sudi singgah dan komen...