Demam? Paling tak suka bila kita seorang ibu demamkan.. Sebab bila ibu demam, semua kerja tak jadi dan anak-anak serta suami pasti tak terurus.
Setuju tak wahai pembaca semua? Kalu anak-anak demam, suami demam, isteri tak tidur satu malam pun boleh lagi.. sehinggakan mereka tak hiraukan keadaan diri mereka sendiri sebab nak menjaga insan-insan tersayang mereka ni.. Saya la antara yang paling tak suka demam.. Tanpa saya, anak-anak dan suami dah tentu tak senang duduk...
Demam ni sebenarnya tak kira usia... tak kira tempat. sedang seronok-seronok.. tup-tup, jap lagi terus rasa badan tak sihat dan malam terus naik demam... Semua ni adat. Tapi perlu kita tahu apa punca...
Saya kongsikan untuk kita menjaga dan lebih prihati selepas ni... Antaranya...
5 sebab punca demam terjadi?
1. Jangkitan bakteria / Virus
- Ni lagi la kita tak boleh lihat, virus serta bakteria sangat kecil, lagi kecil dari semut... Amalkan cara hidup sihat dan pastikan sekeliling kita sentiasa bersih dan selamat.. Terutamanya anak-anak kecil.
- Pastikan mendapat rawatan selanjutnya sekirannya demam terlalu lama atau pun berpanjangan.... Jangan sesekali abaikan rasa demam ni, walaupun hanya pening kepala...
2. Terkena Hujan
- Sesetengah kita tak peduli kan saat hujan renyai-renyai.. main redah je.. Sebenarnya ianya buat kita demam juga jika antibodi tak kuat dan apatah lagi bagi isteri yang baru 2 bulan lepas bersalin, naik kerja.. terkena hujan.. lagi la teruk, pasti terus demam dan bayi juga turut sama demam... Hanya kerana hujan kan..
- Sebab tu kita moden-moden ni, tak percaya kononnya, lepas kena hujan perlu mandi dengan segera.. Tapi ada yang buat tak tau.. kalu antibodi kuat, nasib la tak demam, tapi sebaliknya? mau demam juga kan....
3. Terkena Gigitan Nyamuk
-Nyamuk? kalu nyamuk biasa mungkin tak la teruk, tapi bayangkan kalu nyamuk yang bawa sakit.. pasti terjadi demam kan.. seandainya terkena gigitan nyamuk, dan luka berlaku serta badan suam-suam lepas beberapa hari, sila dapatkan RAWATAN doktor secara SEGERA!
- Hasil kesan gigit nyamuk temui dalam darah demam pelik. Juga bila badan jadi sakit, lemah lesu tidak sihat hampir parah, sila JANGAN bertangguh!
4. Saat Rindu
- Eh, saat rindu boleh demam?
- Boleh!
- Bukan anak-anak kecil je tau rindu terus demam-demam ni, kita-kita yang dewasa pun boleh jadi tau.. percaya tak? cuba anak demam, pasti anda merindui seseorang kan... ^_^
- Anak kecil apatah lagi... Mereka tak tahu nak meluahkan, dengan demam, mereka menyatakan rindu pada ibu or ayah mereka... yang mereka rapat dan terlalu akrab...
5. Saat Anak Kecil Nak Tumbuh Gigi
- Haaa, ni PASTI!
- Betul tak? bila ada anak kecil baru saya tahu..sedari anak pertama, pelik juga kenapa demam? rupanyaaa.. anak nak pandai sesuatu atau nak tumbuh gigi...
-Sedangkan kita yang dewasa ni pun kalu nak tumbuh gigi bongsu pun boleh demam, alangkah pula anak kecil kan...
Kesimpulannya?
Demam ni sebenarnya UJIAN dari Dia yang Maha Esa... Kalu kita tak sakit tak demam, kita jadi lupa diri.. tak la juga.. sebenarnya, demam penghapus dosa-dosa kecil kita sesama insan dan secara tak sengaja dosa kita kepada-Nya...
Demam ni juga adakalanya baik, sebab kita boleh rehat seketika dari fikirkan kerja dan segalanya... Allah nak kita rehat.. Tapi saya sebolehnya tak suka demam, sebab demam nanti buat semua kerja saya stuck.. anak-anak lagi kan...
Alhamdulillah... Sedari bersalin anak kedua saya dah kurang demam, jarang sekali la.. anak-anak pun alhamdulillah... Sebab saya sangat pentingkan kesihatan mereka.. Mereka demam ke sakit ke, saya rela ambil sakit mereka.. .tak sanggup... betul kan para ibu.. ibu adalah naluri termahal seorang ibu!
Hargai lah diri kita saat SIHAT, Jaga KESIHATAN.. sebab KESIHATAN ni amat bermakna dari nilai RM kita yang kita agung-agungkan tu.. Tapi sekali Allah nak uji. kan mahal lagi merawat ni dari mencegah...
Hargai diri.. Utamakan DIA saat kita sihat mahupun sebaliknya... Utamakan Dia adalah satu anugerah termahal kita di dunia ni untuk bekalan akhirat jua...
Sharing info sihat mommylina untuk semua...
Sayang korang.. korang sayang kesihatan korang tau.. Sekarang ni musim hujan.. kita jaga la diri sesama kita.