Tanda ALLAH S.W.T Menyayangi UmatNya...

Terima kasih Ya Allah... Sesungguhnya kami hanya hamba Mu yang sangat lemah dan mudah alpa tanpa peringatanMu... Segala apa yang kita terima, bersyukur mahupun sebaliknya.. Itu semua dari diri kita sendiri... Percaya tak.. apa pun yang kita terima, rasai kesenangan mahupun sebaliknya.. itu tandanya Allah S.W.T sangat-sangat menyayangi kita semua....

Allah S.W.T sayangkan hambaNya

Kita ni sering dan adakalanya terlalu alpa dengan sedikit "kesenangan" yang Allah S.W.T berikan...

Sebab tu Allah S.W.T, memberi sedikit peringatan kepada semua hamba-hambaNya untuk terus bersyukur dan JANGAN sesekali melupai DIA yang Maha Esa...

Akhir tahun 2014 (Disember) sekali lagi Malaysia menjadi tumpuan, kali ini antara yang paling teruk selepas Tsunami (Disember 2004) berlaku antara Indonesia, Malaysia dan jiran-jiran seNegara dengan kita semua...kenapa semua ni? pernah tak kita terfikir bahawa ALLAH nak kita ni sentiasa beringat dan ubah diri kita kepada ynag lebih baik dan mengutamakan DIA terlebih dahulu... 

Dan kali ni Malaysia antara yang paling teruk di landa BANJIR (#bah2014), antara yang paling teruk adalah KELANTAN, TERENGGANU dan PAHANG.

3 negeri ni, antara yang tersangat memberi kesan, apa yang saya nak katakan.. Pasti semua dah tahu.. Paling teruk dan paling menjadi sejarah untuk semua... 

Dan mangsa-mangsa banjir pada hari kejadian semua mendapat perhatian serta sumbangan... dan selepas keadaan reda.. misi bantuan semakin berkurangan dan senyap... jadilah setiap keluarga ini "terpaksa" membina hidup baru dengan baki-baki bantuan yang ada sebelum ini.. Sedangkan... 

Semua keluarga yang terlibat selepas banjir reda tersangat perlukan lagi sokongan serta bantuan untuk membina hidup baru selepas mengalami kejadian teruk banjir ini... 

Apapun, kita hanya manusia biasa... yang mana kita boleh bantu seikhlas kita, kita bantu.. jangan di "paksa-paksa" untuk membantu.. membantu ini biarlah seikhlas hati kita.. .insyaallah... 

Sedikit saya selitkan... peringatan Allah S.W.T sangat "hebat", kita hanya hambaNya di dunia yang hanya sementara ni, jangan la terlalu pentingkan diri sendiri dan suka mengkhianati orang lain yang nak membantu secara suka-rela.. jangan hanya di sebabkan nak "popular" semua benda-benda tak betul terus di viralkan.. Ingatlah... Allah sentiasa ada dekattttt sangat dengan kita semua.. saat ni pun Allah melihat apa yang saya sampaikan serta luahkan.. betul kan... 

Banjir ni, mana-mana pun boleh berlaku.. Ketabahan mereka yang menghadapi keadaan banjir ni kita doakan untuk terus tabah dan kita terus membantu tanpa mengira fahaman politik ke.. bangsa ke... sebab Allah S.W.T pun tak mengira kepada siapa dia nak "ingatkan" .. .

Bersama-sama lah kita pertama-tama INGAT ALLAH S.W.T setiap detik.. saat dan masa... utamakan PERINTAH ALLAH terlebih dahulu bukan kerana perintah siapa-siapa....

terima kasih Allah


Sayang hamba (mommylina) yang sentiasa perlukan Mu Ya Allah....

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...