Showing posts with label Ingat Allah. Show all posts
Showing posts with label Ingat Allah. Show all posts
Assalamualaikum dan selamat pagi. Hari ni kita berpagian di blogger untuk sebarkan kepada kawan-kawan, mudahnya menjemput rezeki dariNya.
.
Setuju tak saya katakan...
Jika dah usaha banyak maka jangan lupa selawat dan zikir banyak, kerana usaha yg banyak biasanya kerana sibuk mencari rezeki sedangkan jika selawat, zikir dan amal yg banyak memudahkan menjemput rezeki.
.
Antara yang boleh kita amalkan sentiasa...

*** Istighar
**** Dan banyak istighfar
******Selawat dan banyak selawat
.
In sha Allah, Allah mudahkan.
.
.
In sha Allah
Moga segala urusan kita bermula hari ini dan seterusnya dipermudakan olehNya...
.
Janji kita sentiasa ingat akan Dia, walau dalam keadaan apa sekali pun...
.
.
Amin...
.
.
Nak saya bantu anda jana pendapatan dari rumah & sedang mencari produk untuk menambahbaik kesihatan anda sekeluarg; -
Cari saya di 017-5836865.
.


Alhamdulillah saya sangat bertuah dalam berniaga ni boleh bantu orang lebih sihat dan gembira. Dan paling utama, bukan ilmu berniaga semata-mata kami di tunjuk ajar. Tetapi ilmu bekalan akhirat juga kerap kami di ingatkan...

Bukan senang nak dapat ilmu untuk akhirat ni anda kita tak faham sedalam-dalamnya hati kita...

Setuju?

Dan...

Ilmu yang bermanfaat adalah ilmu yang mengingatkan kita pada Allah.

Bila susah ingat Allah, bila senang lagi kena ingat Allah kerana Allah juga yg bagi senang mahupun susah tu.

InshaAllah.. sebab tu saya suka dan gembira apa yang saya buat sekarang...

Doakan kita semua lebih dekat dan semakin rapay kepada Dia...

Amin...

Linakhtar 

Sentiasa utamakan Allah SWT.

by on September 04, 2016
Alhamdulillah saya sangat bertuah dalam berniaga ni boleh bantu orang lebih sihat dan gembira. Dan paling utama, bukan ilmu berniaga sema...

Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah kita masih di pinjamkan nyawa kita ni untuk terus beramal ibadah padaNya...

Teruskan berdoa dan terus istiqamah. Andai apa yang kita mohon belum terlaksana, terus usaha dan berdoa... sesungguhnya Dia amat mengetahui yang terbaik untuk kita.

Dan jangan la kita lihat solat Dhuha atau solat hajat tu pembuka rezeki dalam bentuk duit semata.

Rezeki konteksnya sangat luas.

Anak sihat juga rezeki.
Tenang jiwa juga rezeki.
Anak selamat sepanjang bermain juga rezeki.

Banyak sebenarnya tanpa kita sedar cuma sayangnya dunia hari ini terlalu mengajar kita kepentingan duit lebih dari segalanya.

Sabar.. Usahakan dengan sabar.

Sabar dalam ibadah dan sabar dalam usaha.

Tingkatkan ibadah dan tingkatkan usaha... 

InshaAllah.. amin

================

Saya yang sedang memperbaiki diri juga kerana Allah Taala...


Assalamualaikum dan selamat pagi...

Kenapa kita perlu dan sentiasa untuk SYUKUR?

SYUKUR itu bukan hanya ungkapan semata. Ia adalah merupakan tanda terima kasih kepada ALLAH atas segala kenikmatan yang diberikan kepada kita.

Oleh kerana itu, ungkapan SYUKUR itu perlulah seiringan dengan amalan yang disukai oleh ALLAH agar ia mencapai maksud SYUKUR yang sebenar.

Tetapi, jika SYUKUR itu diungkapkan sedang zahirnya dilihat sedang derhaka kepada ALLAH, maka SYUKUR tersebut tidaklah mencapai kepada maksud sebenar malahan ia sebagai ungkapan yang tidak lebih sebagai adat. Wallahu'alam...

Salam sayang
Kak Linakhtar
Biarlah kita mengejar akhirat terlebih dahulu... dan dunia pasti mengejar kita..

InshaAllah...

Bersyukur selalu...

by on July 23, 2016
Assalamualaikum dan selamat pagi... Kenapa kita perlu dan sentiasa untuk SYUKUR? SYUKUR itu bukan hanya ungkapan semata. Ia adalah merupak...
Jom kita tanya apakah jawapan ni dan bagaimana jawapan kita pada 4 persoalan ini? Jawab seikhlas kita dan secara terus dengan apa yang kita tengah fikirkan..

bulan ramadhan bulan mulia
Jaga ALLAH SWT, ALLAH SWT pasti menjaga kita juga.. - Alhamdulillah -

Okey jom kita cuba mengisi titik-titik di bawah ini dan mohon dijawab dengan jujur di dalam hati kita masing-masing ...

1. Allah menciptakan tertawa dan .....

2. Allah itu mematikan dan .....

3. Allah menciptakan lelaki-lelaki dan .....

4. Allah memberikan kekayaan dan .....


Kebanyakkan kita tentu akan dengan mudah menjawab:

1. Menangis ...
2. Menghidupkan ...
3. Perempuan ...


Tapi bagaimana dengan no.4 ...? Apakah Kemiskinan ...?
Untuk mengetahui jawapannya, mari kita lihat rangkaian firman Allah dalam surat An-Najm ayat 43-45, dan 48, sebagai berikut:

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﺿْﺤَﻚَ ﻭَﺃَﺑْﻜَﻰ

"dan Dia-lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (QS. An-Najm : 43).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻣَﺎﺕَ ﻭَﺃَﺣْﻴَﺎ

"dan Dia-lah yang mematikan dan menghidupkan." (QS. An-Najm : 44).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﺰَّﻭْﺟَﻴْﻦِ ﺍﻟﺬَّﻛَﺮَ ﻭَﺍﻟْﺄُﻧﺜَﻰ

"dan Dia-lah yang menciptakan berpasang-pasangan lelaki-lelaki dan perempuan. " (QS. An-Najm : 45).

ﻭَﺃَﻧَّﻪُ ﻫُﻮَ ﺃَﻏْﻨَﻰ ﻭَﺃَﻗْﻨَﻰ

"dan Dia-lah yang memberikan kekayaan dan kecukupan." (QS. An-Najm : 48).

Ternyata jawapan kita benar hanya pada no. 1-3 ... sedang jawapan untuk no. 4 keliru.

Jawapan Allah Ta'ala dalam Al-Qur'an bukan Kemiskinan, tapi KECUKUPAN.

Subhanallah. Alhamdulillah..Allahuakhbar

Sesungguhnya Allah Ta'ala hanya memberi Kekayaan dan Kecukupan kepada hamba-Nya.

Dan ternyata yang "menciptakan" Kemiskinan adalah diri kita sendiri.

Hal ini boleh karena ketidakadilan ekonomi, kemalasan, boleh juga
karena kemiskinan itu kita bentuk di dalam minda pikir kita sendiri.

Itulah hakikatnya, mengapa orang-orang yang senantiasa bersyukur; walaupun hidup serba kekurangan ia akan tetap tersenyum dan merasa cukup, bukan merasa miskin.

Jadi, marilah kita bangun rasa keberlimpahan dan kecukupan didalam hati dan pikiran kita, berhenti mengeluh, berhenti mengatakan rezeki kecil, agar kita menjadi hamba-Nya yg selalu Bersyukur.

 Sesungguhnya pada Dia tempat kita sering mengadu dan memohon apa sahaja kan.. Tapi adakalanya kita lupa dan terus mengadu kat facebook.. Sedangkan kita perlu minta pada Dia atas segalanya....

Ssemoga kita memperbanyakkan lagi ilmu untuk bekalan kita di akhirat nanti.. saya sendiri masih lemah dan jahil.. tapi tak salah kita mengubah diri kita kepada yang lebih baik dan kerana Allah Ta'ala...

Jom kawan-kawan, kita ubah diri kita untuk kebaikan kita dan orang sekeliling kita.. Tak semestinya jadi USTAZAH 2 USTAD dulu baru boleh berubah dan saling menasihati kan...
Sedarkan kita akan ini... satu persatu kebangaan kita di tarik dariNya?



Kenapa?

Kita ke yang salah? Alpa? Lupa pada jalan Allah SWT? Ke atau kepimpinan "orang-orang" kepercayaan rakyat yang ALLAH nak tunjukkan kebenarannya? Tapi kita "orang-orang kecil" di mata mereka juga terpalit sama?

Kita tersedar... tapi bagaimana nak menyedarkan mereka yang belum tersedari dari "kekayaan duniawi" yang mereka nikmati selama ini?

Dan bagaimana amal ibadah kita kepadaNya? Nak kita tinggatkan lebih atau di biarkan je ikut arus dunia luar?

Allahuakhbar... masih nak mengejar duniawi? Atau berubah mengejar akhirat kerana Allah Ta'ala dan akhirnya duaniwi mengejar kita?

Salam sayang Malaysia & #prayforSABAH

Bila Pn.Lina berbicara...



Terima kasih Ya Allah... Sesungguhnya kami hanya hamba Mu yang sangat lemah dan mudah alpa tanpa peringatanMu... Segala apa yang kita terima, bersyukur mahupun sebaliknya.. Itu semua dari diri kita sendiri... Percaya tak.. apa pun yang kita terima, rasai kesenangan mahupun sebaliknya.. itu tandanya Allah S.W.T sangat-sangat menyayangi kita semua....

Allah S.W.T sayangkan hambaNya

Kita ni sering dan adakalanya terlalu alpa dengan sedikit "kesenangan" yang Allah S.W.T berikan...

Sebab tu Allah S.W.T, memberi sedikit peringatan kepada semua hamba-hambaNya untuk terus bersyukur dan JANGAN sesekali melupai DIA yang Maha Esa...

Akhir tahun 2014 (Disember) sekali lagi Malaysia menjadi tumpuan, kali ini antara yang paling teruk selepas Tsunami (Disember 2004) berlaku antara Indonesia, Malaysia dan jiran-jiran seNegara dengan kita semua...kenapa semua ni? pernah tak kita terfikir bahawa ALLAH nak kita ni sentiasa beringat dan ubah diri kita kepada ynag lebih baik dan mengutamakan DIA terlebih dahulu... 

Dan kali ni Malaysia antara yang paling teruk di landa BANJIR (#bah2014), antara yang paling teruk adalah KELANTAN, TERENGGANU dan PAHANG.

3 negeri ni, antara yang tersangat memberi kesan, apa yang saya nak katakan.. Pasti semua dah tahu.. Paling teruk dan paling menjadi sejarah untuk semua... 

Dan mangsa-mangsa banjir pada hari kejadian semua mendapat perhatian serta sumbangan... dan selepas keadaan reda.. misi bantuan semakin berkurangan dan senyap... jadilah setiap keluarga ini "terpaksa" membina hidup baru dengan baki-baki bantuan yang ada sebelum ini.. Sedangkan... 

Semua keluarga yang terlibat selepas banjir reda tersangat perlukan lagi sokongan serta bantuan untuk membina hidup baru selepas mengalami kejadian teruk banjir ini... 

Apapun, kita hanya manusia biasa... yang mana kita boleh bantu seikhlas kita, kita bantu.. jangan di "paksa-paksa" untuk membantu.. membantu ini biarlah seikhlas hati kita.. .insyaallah... 

Sedikit saya selitkan... peringatan Allah S.W.T sangat "hebat", kita hanya hambaNya di dunia yang hanya sementara ni, jangan la terlalu pentingkan diri sendiri dan suka mengkhianati orang lain yang nak membantu secara suka-rela.. jangan hanya di sebabkan nak "popular" semua benda-benda tak betul terus di viralkan.. Ingatlah... Allah sentiasa ada dekattttt sangat dengan kita semua.. saat ni pun Allah melihat apa yang saya sampaikan serta luahkan.. betul kan... 

Banjir ni, mana-mana pun boleh berlaku.. Ketabahan mereka yang menghadapi keadaan banjir ni kita doakan untuk terus tabah dan kita terus membantu tanpa mengira fahaman politik ke.. bangsa ke... sebab Allah S.W.T pun tak mengira kepada siapa dia nak "ingatkan" .. .

Bersama-sama lah kita pertama-tama INGAT ALLAH S.W.T setiap detik.. saat dan masa... utamakan PERINTAH ALLAH terlebih dahulu bukan kerana perintah siapa-siapa....

terima kasih Allah


Sayang hamba (mommylina) yang sentiasa perlukan Mu Ya Allah....