Showing posts with label Doa. Show all posts
Showing posts with label Doa. Show all posts
Nak berdoa ada cara? Sudah semestinya, sebab kita ni tak da apa-apa tanda dan dengan izinNya. Banyak sangat salah kita tanpa kita sedari, jadi jom sesama perbaiki. Antara 3 cara berdoa yang cepat makbul ni kita perbaiki satu persatu lepas ni ya.

Antara yang saya belajar dan saya kongsikan kepada anda semua.

1. Mendoakan orang lain tanpa orang lain tahu kita doakan dia. boleh gitu? 
Tersangat boleh, berdoa untuk orang lain , dengan apa yang kita nak itu sangat dan paling terbaik. Dah terbukti pun, tak pernah dengar? tak pernah buat? lepas ni MULAKAN dengan MENDOAKAN ORANG LAIN tanpa orang itu tahu.
(ada cerita dan ramai para Ulama ceritakan tentang ni tau, nanti saya kongsikan juga ya, namun tak salah kan kita mendoakan orang?, doa yang BAIK-BAIK, maka doa itu akan berbalik kat kita, pernah dengar kan? 

Jom doakan orang sekeliling kita.

2. Perbaiki doa kita, contohnya selama ni kita selalu baca;

"Ya Allah berikan la kepada ku rezeki"
"Ya Allah murahkan rezeki kami Ya Allah"

Haaa doa ni selalu kita ulang dan ulang kan? selalu kita baca kan? selalu kita sebut kan dalam kita sedar tak sedar?

Apa kata lepas ni kita ubah doa kita kepada;

"Ya Allah, kurniakan la kepada rezeki midroro, rezeki yang cukup, halal dan baraqah Ya Allah.... "

"Ya Allah tambahkan dan mewahkan la rezeki kami Ya Allah... "

Baru best kita nak bentang doa kita ni dengan Allah kan?

3. Nak berdoa ni kena jelas dan dalam keadaan kita betul- betul serah pada sang Pencipta kita, dan ahkiri doa kita dengan penutup doa yang saya kongsika lepas n okey. Mulakan doa kita dengan memuji-muji Allah dengan nama-nama Allah iaitu dalam Asma-Ulhusna tu kan, sangat indah dan mendamaikan...

Contohnya; 

Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem
Hamba fakir Ya Allah
Hamba jahil Ya Allah
Hamba hina Ya Allah
Hamba lemah Ya Allah ( LahaulawalaQuwataIllabillahh)

Dan mula la doa apa kita nak Allah makbul kan... 

Nak lagi jelas, tulis la doa kita tu dan kita ulang-ulang baca tiap kali kita solat wajib mahupun solat sunat, sebab my mento cakap; kita kan mudah lupa, sebab tu kena tulis, Allah maha memakbulkan..

Tulislah doa kita apa kita nak dengan jelas dan bukan untuk hari ni, elok lusa sebulan dua tau, TAPI, biar la doa kita tu untuk jangka masa panjang ke depan, 10 tahun ke depan ke.. kita tak tahu bila masa ALLAH nak makbulkan doa-doa kita kan.. .

Semoga perkongsian ni dapat membantu kita lebih dekat dengan sang Pencipta kita, sebab kita ni tak da apa tanpa izin NYA. Nak bernafas ni pun Allah kasi pinjam, apa tah lagi segala apa yang kita ada sekrang semua DIA kasi pinjam untuk kita, jadi nak kita hargai apa yang DIA kasi pinjam kat kita ni adalah dengan mengakui kita ni hamba dia yang sentiasa memerlukan dia saat susah senang kan... 

Entry kawan saya ni pun best juga, DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA, anda boleh ke link yang saya bold kan tu dan kongsikan apa yang anda rasa lepas baca entry tersebut tau.

Andai anda perkongsian dan tambahan untuk sesama kita perbaiki diri kita, jom kongsikan di ruangan komen entry ni, saya hamba Allah masih jauh dan sedang memperbaiki diri untuk mendapat redha dari NYA. 

Moga kita istiqamah ya.

Seikhlasnya,
Hamba Allah yang sedang berjuang dan masih belajar




Terima kasih melawat kawasan. Jom dapatkan produk terbaik dan jana income bersama linakhtargroup

In shaa Allah, moga ianya menjadi kenyataan dalam kita berusaha untuk hidup bebas hutang dan lebih dekat diri kita kepada - Dia. Jom Amalkan Doa ini Sebelum Tidur, InsyaAllah Hutang Sebesar Gunung pun akan LUNAS, TOLONG SEBARKAN!!

Telah diceritakan dari Zuhair bin Harb, telah diceritakan dari Jarir, dari Suhail, ia berkata,

“Abu Shalih telah memerintahkan kepada kami bila salah seorang di antara kami hendak tidur, hendaklah berbaring di sisi kanan kemudian mengucapkan :

Allahumma robbas-samaawaatis sab’i wa robbal ‘arsyil ‘azhiim, robbanaa wa robba kulli syai-in, faaliqol habbi wan-nawaa wa munzilat-tawrooti wal injiil wal furqoon.

A’udzu bika min syarri kulli syai-in anta aakhidzum binaa-shiyatih. Allahumma antal awwalu falaysa qoblaka syai-un wa antal aakhiru falaysa ba’daka syai-un, wa antazh zhoohiru fa laysa fawqoka syai-un, wa antal baathinu falaysa duunaka syai-un, iqdhi ‘annad-dainaa wa aghninaa minal faqri.

“Ya Allah, Rabb yang menguasai langit yang tujuh, Rabb yang menguasai ‘Arsy yang agung, Rabb kami dan Rabb segala sesuatu. Rabb yang membelah butir tumbuh-tumbuhan dan biji buah, Rabb yang menurunkan kitab Taurat, Injil dan Furqan (Al-Qur’an). Aku berlindung kepadaMu dari kejahatan segala sesuatu yang Engkau memegang ubun-ubunnya (semua makhluk atas kuasa Allah).Ya Allah, Engkau-lah yang awal, sebelum-Mu tidak ada sesuatu. Engkaulah yang terakhir, setelahMu tidak ada sesuatu. Engkau-lah yang lahir, tidak ada sesuatu di atasMu. Engkau-lah yang Batin, tidak ada sesuatu yang luput dari-Mu. Lunasilah utang kami dan berilah kami kekayaan (kecukupan) hingga terlepas dari kefakiran.” (HR. Muslim no. 2713)

Imam Nawawi rahimahullah menyatakan bahwa maksud utang dalam hadits tersebut adalah kewajiban pada Allah Ta’ala dan kewajiban terhadap hamba seluruhnya, intinya mencakup segala macam kewajiban.” (Syarh Shahih Muslim, 17: 33).

Juga dalam hadits di atas diajarkan adab sebelum tidur yaitu berbaring pada sisi kanan.

Semoga kita dapat mengamalkannya dan bermanfaat bagi siapa yang membacanya.

Jangan lupa share info penting ini ya.

In shaa Allah.

Kredit to all bloggers hebat.

Yang baik iti datsngnya dari Allah SWT, yang kurang dan lemah itu datangnya dari diri saya sendiri. Mohon maaf andai entry ini membuatkan anda tak selesa. Sesama kita memperbaiki diri kerana Allah Taala. 

Amim... 

Assalamualaikum dan selamat pagi di hujung minggu... Pagi ni nak kongsikan sedikit ilmu yang juga saya perolehi dari cikgu saya.

Tentang SEDEKAH, KEBERKATAN dan nilainya dalam apa yang kita impikan dan hajatkan...

Ramai orang buat sedekah dan kebiasaanya kita minta moga dimurahkan rezeki. Bagi orang yang berniaga pula akan berdoa moga sedekah ini membantu bisnesnya makin maju.

Apakata mulai hari ini kita minta untuk anak dan keluarga?

" Ya ALLAH duit yang aku infaqkan ini Kau gantikanlah dengan hati yang tawaduq pada Mu dalam diri anak-anakku, pasangaku dan diriku sendiri.

Barakahnya Kau kurniakanlah rahmat yang banyak terhadap anak2 kami, jangan Kau celakakan mereka dan berikanlah kami ketaatan mereka. Amin"
==========================================
Mudah-mudahan sedekah tadi menjadi pendinding pada anak-anak kita dari segala yang tidak baik.
Mudah-mudahan anak-anak kita Allah jauhkan dari anasir luar yang tak dapat kita kawal.
Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi penyejuk hati dan mata untuk kita.

Hakikatnya harta yang paling mahal adalah anak yang soleh. Yang mampu mendoakan kita sehingga ke alam barzah.

Doa anak yang soleh sentiasa dipandang oleh ALLAH.

InsyaALLAH berkat itu bukan sahaja anak yang baik, kita juga punya hati yang tenang dengan akhlak anak yang baik dan insyaALLAH bisnes juga berjalan lancar. Wallahu alam.

InshaAllah.. sesama kita kongsi lagi ilmu manfaat ini untuk semua...

Amin

Linakhtar
Nak mencari redhaNya dan mendekatkan diri kita kepadaNya..

Love sharing kredit to Cikgu Norita Idris

Tips pagi ni nak di kongsikan. Di setiap apa yang kita lakukan, haruslah kita minta Allah SWT dahulu, setuju?

Apatah lagi yang nak perkara-perkara penting...

Kita haruslah...

Fokus kepada perkara yang boleh kita kawal.
Elakkan fokus pada luar kawalan kita.

Emosi kita boleh dikawal.
Jika ada suara kecil selalu bertanya " Ko boleh ke berjaya macam si polan?"
Ya kawal suara itu dengan mengatakan " InsyaALLAH ya dengan bantuan ALLAH'.

Dan selalulah katakan pada diri, Allah bersama orang yang berusaha dengan kesabaran.

Jangan lupa selalu berhubung dengan ALLAH ...

Allah Maha Pemberi. Dia beri segala yang terbaik untuk kita.

InshaAllah.. kita sesama mengubah diri kita untuk lebih dekat kepada Dia..

Amin

Linakhtar
Pengedar Shaklee Anda 867601
0175836865

Minta Allah SWT dahulu!

by on August 09, 2016
Tips pagi ni nak di kongsikan. Di setiap apa yang kita lakukan, haruslah kita minta Allah SWT dahulu , setuju? Apatah lagi yang nak perkara...

Assalamualaikum dan selamat pagi di hujung minggu, mesti kita sedang berehat bersama keluarga, anak-anak kan?

Berilah masa dan ruang untuk anak-anak dan keluarga kita... sesibuk mana pun kita... mereka adalah harta kita paling bermakna... InshaAllah.

Pagi ni nak kongsikan pesan juga, dan peringatan diri sendiri juga untuk kita semua...

Teknik dan cara pengurusan masa dan perniagaan kita mahupun apa saja kita nak lakukan...
=============

Jiwa akan tenang bila kita tahu dan yakin setiap apa yang kita temui, kita lalui, kita tempuhi adalah dengan gerak dan izin ALLAH.

Allah jua yang mengizinkan apa jua ia akan berlaku.

Lalui dengan sabar dan yakin Allah sentiasa ada bersama.

Bila diuji , mintalah pada ALLAH kesabaran.

Sedikit perkongsian daru Cikgu saya... yang mana... dia katakan...

Saya masih ingat doa yang ayah mertua saya bacakan
semasa beliau kurang sihat dulu ;

" Ya ALLAH bukakanlah pintu hikmah dan berikanlah jalan keluar [jalan penyelesaian] untuk sakitku ini."

Kerana kesabaran beliau bangun tahajud setiap malam walau dalam keadaan sakit, ALLAH sampaikan hajatnya.

Tidak lama selepas itu datang seorang hamba ALLAH dengan tak semena-mena ke rumah untuk ziarah langsung mengubati beliau melalui perubatan syifa' dan alhamdulillah sembuh. Kini di Orlando dengan event Shaklee.

Allahu Akhbar!

Allah maha penyayang. Jika kita sentiasa usaha nak dekatkan diri kita kepadaNya nescaya kita akan rasai sendiri kasih sayang ALLAH pada kita.

Betapa Allah SWT amat menyayangi semua hambaNya kan... sentiasalah kita bersyukur dan terus mengutamakan Dia, walau di mana kita berada... sihat.. senang... gembira mahupun sebaliknya....

InshaAllah... apa kita hajati pasti termakbul dengan izinNya...

Berdoalah...
Solat lah di awal waktu...
Berusaha lah kita...

Rezeki Allah SWT ini sangat luas...

Salam Jumaat penghulu segala hari. Alhamdulillah kita masih di pinjamkan nyawa kita ni untuk terus beramal ibadah padaNya...

Teruskan berdoa dan terus istiqamah. Andai apa yang kita mohon belum terlaksana, terus usaha dan berdoa... sesungguhnya Dia amat mengetahui yang terbaik untuk kita.

Dan jangan la kita lihat solat Dhuha atau solat hajat tu pembuka rezeki dalam bentuk duit semata.

Rezeki konteksnya sangat luas.

Anak sihat juga rezeki.
Tenang jiwa juga rezeki.
Anak selamat sepanjang bermain juga rezeki.

Banyak sebenarnya tanpa kita sedar cuma sayangnya dunia hari ini terlalu mengajar kita kepentingan duit lebih dari segalanya.

Sabar.. Usahakan dengan sabar.

Sabar dalam ibadah dan sabar dalam usaha.

Tingkatkan ibadah dan tingkatkan usaha... 

InshaAllah.. amin

================

Saya yang sedang memperbaiki diri juga kerana Allah Taala...


Salam hujung minggu... seringkali kita tertanya.. kenapa dan di mana silapnya lagi. Apa lagi yang perlu di lakukan untuk mencapai impian dan target kita...

Ketahui lah para sahabat.. kawan-kawan sekalian,

Mengapa adakala apa yang kita minta itu lambat datang?

Kerana ALLAH lebih tahu bagaimana diri kita bila mendapat apa yang kita hajatkan itu.

Jadi kita kena terus sabar berdoa, beramal dan berzikir kerana yang pasti janji ALLAH itu pasti. Allah Maha Pemberi dan Maha Mengasihani.

InshaAllah JANJI DIA ITU PASTI!

Jangan sesekali mengeluh, tetapi bersabar dan teruskan berdoa juga usaha kita kerana Dia pastu ada yang terbaik untuk setiap hambanya...

Amin...

Love sharing
Linakhtar

Ada seorang yang saya kenali ni, dia juga adalah idola saya sedari saya mengenali dia dan saya sentiasa ikut rapat dengan apa yang dia lakukan dan katakan...

Bayangkan.. dulu dia bergelar CIKGU, tapi sebab yakin akan niat dan aturan Allah SWT... dia lakukan yang terbaik.. yang PENTING MOHON DOA dari suami dan ibunya...
..
...
Cerita kakak ni...

"Dulu takde kerja , g minta kerja.
Dah elok-elok kerja cikgu, berenti."

Masih ingat lagi bila bagi tahu mak saya berhenti jadi cikgu.

Gaji dah elok RM3 ribu lebih pergi pilih bonus Shaklee yang beratus aje?

Ya saya tak menyesal malah saya kuatkan semangat minta pada Allah pertolonganNya.

Mana ada bisnes buat terus senang?
Kalau ada saya yakin tak bertahan lama.

3-4 tahun saya bina keyakinan mak perlahan-lahan. Saya mula bagi mak RM50 sebulan dan meningkat perlahan2.

Setiap kali beri saya minta mak tolong doa dan redho dengan jalan yang saya pilih.
.
..
...
Alhamdulillah...

Ya apa yang kita dapat hasil doa dan redho mak ayah dan guru.

Jika rasa belum nampak jalan apa yang diusahakan, carilah dua insan ini. Minta maaf dengan jujur dan seikhlas2nya.

Jika mereka pernah tegur atau marah yang kita rasa terlebih, tak aper. Maafkan mereka kerana REDHO ALLAH ada pada redho nak ayah dan redho guru.

InshaAllah apa yang kita lakukan perlukan yakin dan jangan sesekali membelakangi insan-insan & yang penting dalam hidup kita....

Allah SWT
Suami dan anak-anak
Ibu dan bapa...

InshaAllah.. hati kita lapang dan rezeki kita pasti luas dariNya....

Dan....

Tiada guru atau ibu bapa yang mahu lihat anaknya gagal dalam hidup. Teguran itu tanda sayang.

Semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya...

Amin...

Salam ikhlas dan sayang...
Linakhtar dan suami juga anak-anak...

Di sebabkan setiap wall fb kita penuh dengan kes inject tahan sakit atau epidural ni.. Saya kongsikan tips malam ni untuk semua bakal-bakal ibu.. Insyaallah semoga amalan doa dipermudahkan bersalin ni membantu para bakal ibu semua...

set bersalin shaklee

Dan.. sebenarnya doa ni juga saya amalkan sedari anak pertama saya... Alhamdulillah.. segalanya Allah bantu kita saat kita perlukan Dia dan kita sentiasa mengingati Dia saat kita senang mahupun susah...

Menurut sebuah hadis sahih riwayat Tirmizi, Nabi SAW menyatakan yang bermaksud: "Sesungguhnya tiada seorang muslim pun memanjatkan doa ini dalam apa keadaan sekali pun, melainkan Allah akan memperkenankannya." (Hadis Riwayat Tirmizi dalam bab al-Da'awat no. 3505, di anggap sahih oleh al-Albani)

Hadis Nabi SAW doa Nabi Yunus a.s adalah salah satu doa yang sungguh mustajab dibacakan ketika kalian berada dalam keadaan kesusahan DITIMPA BALA atau MUSIBAH.

Allah SWT akan mengkabulkannya sebagaimana Dia mengkabulkan doa Nabi Yunus a.s seperti firmannya yang bermaksud : "Maka Kami telah memperkenankan doanya dan menyelamatkannya daripada kedukaan. Dan demikianlah Kami selamatkan orang-orang yang beriman."(Surah al-Anbiya (21)  ayat 88)

Oleh itu amalkanlah doa ini sebagai wirid harian dan bacalah doa ini sentiasa samaada dalam keadaan senang atau susah kerana betapa besarnya hikmah dan kebaikan doa yang terdapat di dalam al-Quran ini untuk menjadi amalan harian kita.

"Daripada Abu Abdillah bin Abd Rahman bahawa apabila Nabi Yunus a.s. berdoa bermunajat dengan doa :

لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ

Laa ilaaha illa anta. Subhaanaka, innii kuntu minaz dzhaalimiin

“Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah)! Maha Suci Engkau (daripada melakukan aniaya, tolongkanlah daku)! Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri”.(QS Al-Anbiya’ : 87).

Kadang-kala kita lupa.. akan Dia yang maha mengetahui segalanya..membantu kita walau dalam keadaan apa sekali pun kita ni... Semoga bakal-bakal ibu di luar sana jangn takut untuk merasai saat bersalin.. dan minta lah pada ALLAH SWT saat kita senang mahupun susah... Insyaallah...

Dah dapatkan SET BERSALIN & BERPANTANG? kalu belum dan mahukan penjimatan juga penggunaan yang berbaloi.. korang boleh tgk kat sini.. SET BERSALIN & BERPANTANG. Ianya sangat membantu.. saat kita berpantnag..JANGAN ambil mudah.. dan tenaga kita perlu di pulihkan dengan segera.. dan jangna risau..SET ni boleh di amalkan walaupun bayi korang ada kuning.. dalam pemerhatian kuning je.. Insyaallah.. ianya membantu mengurangkan kuning bayi anda semua...

Bagaimana nak dapatkan? Cari saya kat sini dan konsultasi serta panduan akan saya sertakan..

Saya Puan Lina
017-5836865
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia & Brunei
SidPRO anda 867601