3 Cara Berdoa Yang Cepat Makbul?
Nak berdoa ada cara? Sudah semestinya, sebab kita ni tak da apa-apa tanda dan dengan izinNya. Banyak sangat salah kita tanpa kita sedari, jadi jom sesama perbaiki. Antara 3 cara berdoa yang cepat makbul ni kita perbaiki satu persatu lepas ni ya.
Antara yang saya belajar dan saya kongsikan kepada anda semua.
1. Mendoakan orang lain tanpa orang lain tahu kita doakan dia. boleh gitu?
Tersangat boleh, berdoa untuk orang lain , dengan apa yang kita nak itu sangat dan paling terbaik. Dah terbukti pun, tak pernah dengar? tak pernah buat? lepas ni MULAKAN dengan MENDOAKAN ORANG LAIN tanpa orang itu tahu.
(ada cerita dan ramai para Ulama ceritakan tentang ni tau, nanti saya kongsikan juga ya, namun tak salah kan kita mendoakan orang?, doa yang BAIK-BAIK, maka doa itu akan berbalik kat kita, pernah dengar kan?
Jom doakan orang sekeliling kita.
2. Perbaiki doa kita, contohnya selama ni kita selalu baca;
"Ya Allah berikan la kepada ku rezeki"
"Ya Allah murahkan rezeki kami Ya Allah"
Haaa doa ni selalu kita ulang dan ulang kan? selalu kita baca kan? selalu kita sebut kan dalam kita sedar tak sedar?
Apa kata lepas ni kita ubah doa kita kepada;
"Ya Allah, kurniakan la kepada rezeki midroro, rezeki yang cukup, halal dan baraqah Ya Allah.... "
"Ya Allah tambahkan dan mewahkan la rezeki kami Ya Allah... "
Baru best kita nak bentang doa kita ni dengan Allah kan?
3. Nak berdoa ni kena jelas dan dalam keadaan kita betul- betul serah pada sang Pencipta kita, dan ahkiri doa kita dengan penutup doa yang saya kongsika lepas n okey. Mulakan doa kita dengan memuji-muji Allah dengan nama-nama Allah iaitu dalam Asma-Ulhusna tu kan, sangat indah dan mendamaikan...
Contohnya;
Ya Allah Ya Rahman Ya Raheem
Hamba fakir Ya Allah
Hamba jahil Ya Allah
Hamba hina Ya Allah
Hamba lemah Ya Allah ( LahaulawalaQuwataIllabillahh)
Dan mula la doa apa kita nak Allah makbul kan...
Nak lagi jelas, tulis la doa kita tu dan kita ulang-ulang baca tiap kali kita solat wajib mahupun solat sunat, sebab my mento cakap; kita kan mudah lupa, sebab tu kena tulis, Allah maha memakbulkan..
Tulislah doa kita apa kita nak dengan jelas dan bukan untuk hari ni, elok lusa sebulan dua tau, TAPI, biar la doa kita tu untuk jangka masa panjang ke depan, 10 tahun ke depan ke.. kita tak tahu bila masa ALLAH nak makbulkan doa-doa kita kan.. .
Semoga perkongsian ni dapat membantu kita lebih dekat dengan sang Pencipta kita, sebab kita ni tak da apa tanpa izin NYA. Nak bernafas ni pun Allah kasi pinjam, apa tah lagi segala apa yang kita ada sekrang semua DIA kasi pinjam untuk kita, jadi nak kita hargai apa yang DIA kasi pinjam kat kita ni adalah dengan mengakui kita ni hamba dia yang sentiasa memerlukan dia saat susah senang kan...
Entry kawan saya ni pun best juga, DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA, anda boleh ke link yang saya bold kan tu dan kongsikan apa yang anda rasa lepas baca entry tersebut tau.
Andai anda perkongsian dan tambahan untuk sesama kita perbaiki diri kita, jom kongsikan di ruangan komen entry ni, saya hamba Allah masih jauh dan sedang memperbaiki diri untuk mendapat redha dari NYA.
Moga kita istiqamah ya.
Seikhlasnya,
Hamba Allah yang sedang berjuang dan masih belajar
No comments:
Post a Comment
Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.
Terima kasih sudi singgah dan komen...