Assalamualaikum dan selamat pagi di hujung minggu... Pagi ni nak kongsikan sedikit ilmu yang juga saya perolehi dari cikgu saya.
Tentang SEDEKAH, KEBERKATAN dan nilainya dalam apa yang kita impikan dan hajatkan...
Ramai orang buat sedekah dan kebiasaanya kita minta moga dimurahkan rezeki. Bagi orang yang berniaga pula akan berdoa moga sedekah ini membantu bisnesnya makin maju.
Apakata mulai hari ini kita minta untuk anak dan keluarga?
" Ya ALLAH duit yang aku infaqkan ini Kau gantikanlah dengan hati yang tawaduq pada Mu dalam diri anak-anakku, pasangaku dan diriku sendiri.
Barakahnya Kau kurniakanlah rahmat yang banyak terhadap anak2 kami, jangan Kau celakakan mereka dan berikanlah kami ketaatan mereka. Amin"
==========================================
Mudah-mudahan sedekah tadi menjadi pendinding pada anak-anak kita dari segala yang tidak baik.
Mudah-mudahan anak-anak kita Allah jauhkan dari anasir luar yang tak dapat kita kawal.
Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi penyejuk hati dan mata untuk kita.
Hakikatnya harta yang paling mahal adalah anak yang soleh. Yang mampu mendoakan kita sehingga ke alam barzah.
Doa anak yang soleh sentiasa dipandang oleh ALLAH.
InsyaALLAH berkat itu bukan sahaja anak yang baik, kita juga punya hati yang tenang dengan akhlak anak yang baik dan insyaALLAH bisnes juga berjalan lancar. Wallahu alam.
InshaAllah.. sesama kita kongsi lagi ilmu manfaat ini untuk semua...
Amin
Linakhtar
Nak mencari redhaNya dan mendekatkan diri kita kepadaNya..
Love sharing kredit to Cikgu Norita Idris
Sedekah yang berkat dan tinggi "nilainya"
1) Solat Dhuha
2) Zikir Ya Wahaab 1000x sehari selepas solat
3) Solat Tahajjud
4) Membaca Surah al Waqi'ah
Semoga Allah sentiasa Merahmati & Memberkati setiap usaha kita dalam mencari rezeki yang halal. Insyaallah ... amin..semoga segala urusan kita di permudahkan...
Mudahnya Menjemput Rezeki...
![]() |
| Ni adalah putera sulung saya... anak pertama saya dan tanda cintahati mommylina dunia dan akhirat.. |
![]() | |
| Puteri mommylina.. saya kepilkan gambar dua ni si abang dan si adik punya gaya tidur yang sama... si abang yang dalam hari dan si adik yang berusia 6bulan masa ni... |
![]() |
| Gaya hero saya..masa ni kami kat Airport Kota Kinabalu.. balik kampunya mommylina... Ranau Sabah.. |
![]() |
| Cakkkk... si mata bulat ... rmaai yang sukaaa sangat tegur mata bulat anak mommylina ni... |
![]() | |
| Mereka la ANUGERAH saya... cintahati saya dan suami dunia dan akhirat... Ragam si adik dan si abang secara spontan... |









