Teknik perniagaan paling berkesan?

Assalamualaikum dan selamat pagi di hujung minggu, mesti kita sedang berehat bersama keluarga, anak-anak kan?

Berilah masa dan ruang untuk anak-anak dan keluarga kita... sesibuk mana pun kita... mereka adalah harta kita paling bermakna... InshaAllah.

Pagi ni nak kongsikan pesan juga, dan peringatan diri sendiri juga untuk kita semua...

Teknik dan cara pengurusan masa dan perniagaan kita mahupun apa saja kita nak lakukan...
=============

Jiwa akan tenang bila kita tahu dan yakin setiap apa yang kita temui, kita lalui, kita tempuhi adalah dengan gerak dan izin ALLAH.

Allah jua yang mengizinkan apa jua ia akan berlaku.

Lalui dengan sabar dan yakin Allah sentiasa ada bersama.

Bila diuji , mintalah pada ALLAH kesabaran.

Sedikit perkongsian daru Cikgu saya... yang mana... dia katakan...

Saya masih ingat doa yang ayah mertua saya bacakan
semasa beliau kurang sihat dulu ;

" Ya ALLAH bukakanlah pintu hikmah dan berikanlah jalan keluar [jalan penyelesaian] untuk sakitku ini."

Kerana kesabaran beliau bangun tahajud setiap malam walau dalam keadaan sakit, ALLAH sampaikan hajatnya.

Tidak lama selepas itu datang seorang hamba ALLAH dengan tak semena-mena ke rumah untuk ziarah langsung mengubati beliau melalui perubatan syifa' dan alhamdulillah sembuh. Kini di Orlando dengan event Shaklee.

Allahu Akhbar!

Allah maha penyayang. Jika kita sentiasa usaha nak dekatkan diri kita kepadaNya nescaya kita akan rasai sendiri kasih sayang ALLAH pada kita.

Betapa Allah SWT amat menyayangi semua hambaNya kan... sentiasalah kita bersyukur dan terus mengutamakan Dia, walau di mana kita berada... sihat.. senang... gembira mahupun sebaliknya....

InshaAllah... apa kita hajati pasti termakbul dengan izinNya...

Berdoalah...
Solat lah di awal waktu...
Berusaha lah kita...

Rezeki Allah SWT ini sangat luas...

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...