Sentiasalah bersangka baik!

Alhamdulillah.. hari ni berkongsi ilmu lagi untuk tatapan dan peringatan kita semua akan sentiasa bersangka baik dalam segala hal.

InshaAllah...

Adakala Allah takkan beri apa yang kita mahu di saat kita mahu kerana ALLAH lebih tahu kesannya yang kita sebagai manusia takkan tahu.
Tetapi jika redho ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik di saat kita takkan sangka.

Sebab itu kena bersangka baik.

Kalau dulu saya mengadu kat mak...Kenapa ya mak, dua tiga hari demam. Mak saya jawab ; Ada la tu ALLAH nak hantar rezeki besar, bersabar aje.

Ya kekadang rezeki tu dalam bentuk anak rajin mengaji, anak rajin solat. Anak tak banyak ragam.

Dulu saya susah hati sebab anak tak berapa pandai mengaji. Alif ba ta pun kejap ingat kejap tak. Selalu ngadu ngan mak dan even ngan kawan baik saya Faiz. Tapi sapa sangka dalam 2-3 bulan dia boleh mengaji Al Quran siap hafal separuh surah Al mulk. Allahu akhbar!

Rezeki tu buat saya bersyukur sangat pada ALLAH.

Sebab hal anak tak boleh buat main....

Anak ni, kalau kita nak senang sekarang, hari tua akan jadi susah.

Contoh ; nak senang kita bagi aje anak tengok tv 8-10 jam sehari, bagi gadget , tak ambil berat pasal solat....

Tapi bila anak dah besar...kita gak yang susah. Sebab masa besar dia orang tak heran dah pada mak ayah dia. Masa tu nak tegur dah jadi buluh dah. Mak ayah yang akan makan hati.

Rezeki paling besar adalah iman, kesihatan , keselamatan dan kebahagiaan. Duit itu tambahan dan value added kepada yang disenaraikan tadi.

Apapun kena bersyukur setiap nikmat dan rahmat yang Allah berikan agar tidak menjadi hambaNya yang kufur. Wallahu alam.

Jadi kenapa kita nak leka dan marah pada anak-anak kita? Adakah untuk kebaikan masa kini ataupun masa akan datang?

Moga kita menjadikan anak-anak kita beriman, bertaqwa, berjaya dunia dan akhirat... amin..

Semua mak ayah nak anak-anak yang terbaik kan... sentiasa la bersangka baik pada Allah SWT.

Lina @ mommylina dengan kasih sayang anak-anak, suami dan keluarga juga.

1 comment:

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...