Showing posts with label Dunia Anak-Anak. Show all posts
Showing posts with label Dunia Anak-Anak. Show all posts
Assalamualaikum dan selamat malam. Hari ni nak kongsikan tips atau lebih pada petua untuk anak yang kerap kencing malam.

Biasa kita lepas ajar anak-anak tak pakai pempes ni macam-macam kita buat nak elak anak kencing malam kan? 

Macam saya ni dari anak pertama kedua.. dan dapat pula ilmu dari kawan merangkap orang lama tentang petua ni.. Bagi saya terfikir, betul juga ye.. sedangkan masa anak pertama macam-macam buat supaya tak kencing malam. 

Antaranya...
1. Tak bagi minum malam masa nak tidur la...
2. Bagi pakai pempes malam je la...
3. Bagi kencing dulu sebelum tidur laa... 

Tapi ye la anak-anak kan.. nak juga minum..ain sebelum mereka nak terlena tu kan...
Ada sekali mami saya kata... 

Kalu dekat dan ada pokok pisang... bagi dia panjat dan tebang pokok pisang tu masa anak sedang kat pokok pisang tu... 

Pernah dengar tak? 

Saya sendiri pernah lalui petua ni masa saya masih kecik-kecik.. haha... 

pokok pisang

.
Tapi... mungkin.. petua ni korang BOLEH IKUT PETUA ni tau... Sebabnya... saya lalui dan amalkan kat anak no.2 saya memang menjadi.. mungkin BOLEH membantu juga para ibu yang sedang dalam proses nak "pisahkan anak-anak dengan pempes ni" boleh jimat kan...
.
Caranya...
.
Macam biasa ... anak-anak kencing ke tandas sebelum nak tidur... dalam proses nak tidur tu tetap juga minum air..  

Tapi.. CUBA... para ibu...

ELAKKAN ANAK BERMAIN LOMPAT-LOMPAT sedari petang sampai nak tidur malam.. 

Terutamanya sejam dua sebelum anak-anak mommy nak tidur tu.. elakkan dari melompat... 

Saya dah CUBA... memang hasilnya puas hati. Ada satu malam tu.. saya biarkan anak-anak bermain... esoknya.. memang lencun la tilam anak-anak ni.. sedangkan anak tak minum pun masa nak tidur tu.. 

tips

SELAMAT MENCUBA PARA IBU YANG GOJES.
.
Dah cuba... dan berjaya.. kongsikan kat sini tau.. moga membantu... Tak perlu la kita basuh cadar dan jemur tilam lagi kan
.
.
Perkongsian dari mommylina. Andai mommy lain ada tips ke petua.. meh lah kongsi ilmu juga...
.

Istiqamah itu lebih penting dalam mendidik anak-anak dan dalam apa jua kita lakukan...

Berkongsi pengalaman dalam mendidik anak perempuan saya yang sorang ni. Ya pada awalnya ketika di usia setahun kami suami isteri dah biasakan dia dengan bertudung.

Setiap kali bila masa nak keluar rumah kami suami isteri akan pastikan si anak gadis kecil kami ni mesri pakai tudung. Walaupun pada awalnya dia macam tak selesa dan akan buka lepas 10minit sama ada dalam kereta atau kat memana...

Tapi kami tetap teruskan...

Sekarang.. usia dia dah nak tiga tahun pada 28hb ni... dia nak keluar rumah.. ikut saya atau ayah nya ke mana-mana dia mesti cari tudung dia... yang pada awalnya hanya 1 tudung je dia nak pakai.. dan tudung tu pasti yang besar dah labuh untuk dia pakaikan.

Sekarang.. apa yang saya pakai dia akan kata...

"Ibu nak tudung macam ibu tu"...

Baju pun sama.. saya yang selesa pakai jubah bila keluar rumah.. dia pun nak juga... dan anak saya akan kata...

"Bu, nak baju macam ibu ni... "

Alhamdulillah... bukan kita nak memaksa mereka... tapi biar la kita didik anak-anak kita ni sedari mereka belum tahu apa itu aurat apa itu dosa...

Bila dah besar.. mudah untuk mereka katakan...

Tak pakai tudung .. tak tutup aurat itu dosa...

Moga kita terus istiqamah dalam apa jua yang kita lakukan..

Saya sekadar berkongsi pengalaman yang apa saya lalui juga sedang dalam proses menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak di generasi z ke y sekarang ni kan...

Dulu ye laa... Wawasan 2020 katakan.. kini anak-anak kita Tn50 pula kan?

Jom doakan yang terbaik untuk keluarga kita.. juga anak-anak kita semua biarlah mengenal Allah SWT, kenal dan kejar ilmu akhirat dan baru la ilmu dunia di seiringkan...

Jom kongsi pengalaman kita bersama diruangan komen... boleh kita sesama menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anak kita kan...

Mommylina
Ibu anak 3 yang sedang membesar...

Alhamdulillah...


Istiqamah itu lebih penting!

by on March 08, 2017
Istiqamah itu lebih penting dalam mendidik anak-anak dan dalam apa jua kita lakukan... Berkongsi pengalaman dalam mendidik anak perempuan ...
Alhamdulillah, sepetang bersama anak-anak, dan petang ni nak cerita sedikit bagaimana saya kenal makanan tambahan/ supplement Shaklee ni. Si hero ku ini la, dia juga la punca saya TERJEBAK dengan MAKANAN TAMBAHAN yang PERTAMA & TERAKHIR jenama SHAKLEE!

Tiada lainnya selepas ini... kenapa? 

Kisahnya bermula....

produk shaklee

Mula lepas bersalin.. dah tentu antara kerisauan ibu-ibu adalah SUSU DROP @ KURANG kan.. masa tu ilmu #penyusansusuibu pun kurang... tapi lepas kenal PRODUK SHAKLEE yang awalnya saya kenali SET PENYUSUAN Shaklee, semakin banyak ilmu saya perolehi.. kawan2 yang positive lagi ramai... 

Alhamdulillah.. rezeki anak-anak kan... siapa nak nafikan... 

Si abg ni kulitnya sangat sensetif... kita sekali je kena campak @chikenpox kan... dia ni.. sampai 3x.. dari yang kecil2... sampai la.. yang besar.  
.
Lagi dengan doktor sahkan #eczema masa tu... ubat? Sebakul tiap kali appoitment... tapi saya tak bagi.. .sbb as ibu bapa kita kenali anak2 kita terlebih dahulu kan.. VITAMIN ni banyak membantu masalah kesihatan dan kulit si abg ni.. now dia sendiri akan ingatkan if ibu dia tak bagi dalam sehari.. .
.
Alhamdulillah.. konsisten apa yg kita percaya... PASTI KESANNYA PUN PUAS HATI.
.
Hero ni la juga buat ibu terpaksa berhenti kerja dan buat full time bizshaklee ni yang mana.. masa kita adalah masa mereka juga... Alhamdulillah... suami pun gembira dengan keputusan ku masa tu.. sebab dia nak isteri dia no ada kat umah masa dia off  juga..bersama anak2...
.
Apapun... PERCAYA dengan apa kita buat... InshaAllah.. kesihatan anak-anak ini penting... sebab tu saya percaya apa yang terbaik untuk mereka... duit boleh di cari.. tapi masa bersama mereka dan kesihatan meraka adalah keutamaan kami suami isteri...
.
anak kulit sensetif

Perkongsian ni saya akan kongsi lagi, tak semua kita boleh mulakan sesuatu yang luar biasa, tapi kita ada peluang untuk bersama anak-anak kita yang mana masa bersama mereka ini tak akan berulang. Anak-anak cepat sangat membesarkan.
.
.
Anda nak cuba produk Shaklee untuk anak-anak? Anda juga dan keluarga?
.
Hubungi saya di talian --> 0175836865 {Linakhtar}
.

#shakleekulim
#shakleemalaysia
#shakleeeffects
#pengedarshaklee

Tengah buat keja rumah di pagi Jumaat ni, si adik anak no.2 ni bangun awal, walaupun semalam tidur jam 11.30 malam. Abang si anak pertama ni pantang cuti Sekolah dan tidur lewat pasti bangun jam 9 ke atas tak sah baru bangun. Zaman anak-anak meriah kan....

Dan...

Gelagat anak-anak ni sungguh berbeza, tapi kasolih sayang ibu dan ayah tak pernah berbeza. Tapi... persoalannya... si anak no.2 ni punya laaa garang dan manja lebih pula.

Kenapa ek?

Main-main dengan abang dia pun tetap garang, pantang abang salah sedikit atau abang semestinya nak menang je (almaklum laaa beza jauh 3 tahun anak-anak ni).

Sekali abang tak nak main atau usik barang main adik dia.. perhhh garang dan menangis mengalahkan dan macam di cubit-cubit pula si adik nye ni. Kadang ibu pun terkejut ingatkan kenapa laaa...

Rupanya... mainan je punya pasal... abang dan adik "bergaduh-gaduh", di usik je pun garang... menjerit? Tak payah cakap...

Kalu ayah nya tegur lebih sedikit, haaaa mula la nangis siap muka kesian...

Alahai anak kedua ni... betul ke garang? Perempuan lagi ni...

Ibu-ibu ada pengalaman sama? Anak ke-dua yang garang???

Hahaha...

Apapun bersyukur sesangat di kurniakan anak-anak bijak pandai dunia dan akhirat...amin.. 

Alhamdulillah... 

Doakan anak-anak saya dan kita semua menjadi anak-anak yang bijak, pandai, beriman, bertaqwa berjaya kehidupan mereka dunia dan akhirat.. dan paling penting menghormati dan mendengar kata-kata kita yang baik sentiasa..

Amin....

#ibuanakanakbijak #lifeWAHM #bisnesdarirumah


Alhamdulillah.. hari ni berkongsi ilmu lagi untuk tatapan dan peringatan kita semua akan sentiasa bersangka baik dalam segala hal.

InshaAllah...

Adakala Allah takkan beri apa yang kita mahu di saat kita mahu kerana ALLAH lebih tahu kesannya yang kita sebagai manusia takkan tahu.
Tetapi jika redho ALLAH akan gantikan dengan yang lebih baik di saat kita takkan sangka.

Sebab itu kena bersangka baik.

Kalau dulu saya mengadu kat mak...Kenapa ya mak, dua tiga hari demam. Mak saya jawab ; Ada la tu ALLAH nak hantar rezeki besar, bersabar aje.

Ya kekadang rezeki tu dalam bentuk anak rajin mengaji, anak rajin solat. Anak tak banyak ragam.

Dulu saya susah hati sebab anak tak berapa pandai mengaji. Alif ba ta pun kejap ingat kejap tak. Selalu ngadu ngan mak dan even ngan kawan baik saya Faiz. Tapi sapa sangka dalam 2-3 bulan dia boleh mengaji Al Quran siap hafal separuh surah Al mulk. Allahu akhbar!

Rezeki tu buat saya bersyukur sangat pada ALLAH.

Sebab hal anak tak boleh buat main....

Anak ni, kalau kita nak senang sekarang, hari tua akan jadi susah.

Contoh ; nak senang kita bagi aje anak tengok tv 8-10 jam sehari, bagi gadget , tak ambil berat pasal solat....

Tapi bila anak dah besar...kita gak yang susah. Sebab masa besar dia orang tak heran dah pada mak ayah dia. Masa tu nak tegur dah jadi buluh dah. Mak ayah yang akan makan hati.

Rezeki paling besar adalah iman, kesihatan , keselamatan dan kebahagiaan. Duit itu tambahan dan value added kepada yang disenaraikan tadi.

Apapun kena bersyukur setiap nikmat dan rahmat yang Allah berikan agar tidak menjadi hambaNya yang kufur. Wallahu alam.

Jadi kenapa kita nak leka dan marah pada anak-anak kita? Adakah untuk kebaikan masa kini ataupun masa akan datang?

Moga kita menjadikan anak-anak kita beriman, bertaqwa, berjaya dunia dan akhirat... amin..

Semua mak ayah nak anak-anak yang terbaik kan... sentiasa la bersangka baik pada Allah SWT.

Lina @ mommylina dengan kasih sayang anak-anak, suami dan keluarga juga.

Sentiasalah bersangka baik!

by on August 15, 2016
Alhamdulillah.. hari ni berkongsi ilmu lagi untuk tatapan dan peringatan kita semua akan sentiasa bersangka baik dalam segala hal. InshaAl...