Tetamu; Hormati hak tuan rumah!
Kita sebagai ibu bapa, sering pesan kat anak-anak andai ke rumah orang jangan itu dan jangan ini. Betul tak... Tapi biasa la anak-anak kecil, tau nye main dan bermain je...
Tapi kita sebagai ibu bapa, haruslah TEGAS agar orang lain tak serik nak menjemput kita ke rumah mereka lagi.. betul tak?
Takkan nak biarkan je anak-anak berlarian dalam rumah orang tanpa pengawasan...
Dan andai kita sebagai tuan rumah juga pasti tak selesa nak tegur in direct bukan?
Makanya... bila kita nak ke rumah guru atau sesiapa pun...hormati hak tuan rumah.
Masuklah ke rumah atas izin. Selepas memberi salam.
Begitu juga... Jika bawa anak-anak, pastikan anak-anak TIDAK bermain di kawasan yang bukan menjadi hak tetamu seperti bilik tidur, tingkat atas, dapur dan ruang makan.
Elakkan juga mengambil sendiri makan dan minuman di dapur tuan rumah tanpa izin.
Ya anak-anak kecil memang tidak berakal, tetapi kita dewasa kan ALLAH kurniakan akal...boleh mengawal dan secara langsung mendidik mereka menghormati rumah orang.
Hari ini ramai orang lupa tentang adab. Hakikatnya ia adalah sebahagian dari ilmu agama... (Adab ketika mengunjung rumah orang)
Biar kita tegas jangan terlalu membiarkan... begitu juga diri kita sendiri kan... fahami keadaan tuan rumah, baru keselesaan antara kita terjalin dalam membentuk ukhwah...
Sesama kita perbetulkan diri kita... ingatan untuk saya dan keluarga juga...
Love sharing
Linakhtar
Pengedar Shaklee Kulim 867601
0175836865
Nak dan sedang mencari vitamin dan produk sesuai untuk anda? Boleh terus hubungi saya.
No comments:
Post a Comment
Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.
Terima kasih sudi singgah dan komen...