Apakah maksud "NILAI" sebenar yang kita faham!

Semalam mentor saya kongsikan tentang "nilai", masa tu saya baca sekali imbas. Tapi tak puas hati saya ulang lagi perkongsian itu dan baca berkali-kali...

Ok baru saya faham bahawa, "nilai" yang di maksud kan itu sebenarnya yang amat berharga dalam hidup saya. Mungkin saya leka dalam mengejar sesuatu di dunia ini.. sehingga says terlupa akan "nilai" di sisi saya yang amat perlukan perhatian saya lebih dari segalanya... dan apabila saya "di ketuk" oleh seorang kakak tentang tahap mengaji anak saya, sejak akhir-akhir ni dia tak nak mengingat sesuatu yang akan membawa kebaikan untuk dia... iaitu mengaji iqra 4 tu yang mencabar bagi dia... (walaupun dia baru berusia 5tahun tapi hafazan dia cukup baik.. cuma nak mengingat itu dia buat sambil mudah!)

Baru saya tersedar! Automatik saya ubah 100% cara saya tanpa berlenggah.. sebab selama ini saya leka dan alpa akan "nilai" saya ini.

Antara yang mentor a.k.a cikgu saya kongsikan adalah....

Duit itu adalah BONUS kepada 'nilai' yang kita ada.

Tapi apa maksud "Nilai" selain bonus yang kita faham? Adalah untuk -->

Diri, suami, mak ayah dan anak-anak sangat bernilai pada kita. Mereka adalah NILAI yang kita ada dan paling MAHAL.

Masa bila kita sedar 'Nilai' ini biasanya apabila jika terjadi kehilangan atau kemalangan. Waktu tu kita akan bagi tahu, duit boleh cari nyawa tak boleh ganti.

Kita bekerja dan pendapatan [ duit] adalah untuk penuhi keperluan NILAI ini. Oleh sebab itu perlu bekerja dengan jujur dan bersungguh kerana kita nak barakah dari pendapatan[duit] itu.

Apalagi bila berniaga. Sama perlu jujur, amanah dan adil.
Jujur bila berurusan.
Amanah apabila diberi kepercayaan.
ADIL sesama peniaga.

Apakata kita usaha tingkatkan nilai yang kita ada, insyaALLAH 'bonus' juga turut bertambah. InsyaALLAH.

Allahuakhbar... terima kasih Ya Allah atas remainder ini... akan ku semat terus dalam diri ni untuk memberikan yang terbaik pada "NILAI"  yang paling mahal ini.

Ibu Linakhtar
Pengedar Shaklee Malaysia

Sedar SEBELUM TERLAMBAT!

Big thanks & Credit to my guru a.k.a mentor : Norita Idris

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...