Jaga MARUAH Kita!

Semalam ada satu lama ni bercerita tentang anak-anak muda gila K-Pop ni macam seronok pula di peluk bagai oleh mereka-mereka yang di gilai ramai oleh anak-anak muda remaja ni. Sampai sanggup di peluk cium! Oh nooo..

maruah wanita islam


Mulanya saya terlihat tu ingatkan edit ke atau sesaja je nak caro viral blog.. rupanya betul ek.. saya ni bukan la nak mengaibkan memana pihak pun. Tapi saya juga wanita, pernah remaja, pernah duduk jauh dari keluarga apatah lagi untuk ibubapa yang tersangat jauh di Sabah dna masa tu saya belajar kat Pulau Pinang.

Jauh dari keluarga TAPI pesanan mami saya ingat sampai saya dah kawin sekarang ni.

Pesanan mami saya "ingat, maruah kamu ada sekali je, kamu ada satu je kesucian yang perlu di jaga." Jangan kerana kelalai dan seronok tu semua tergadai.

Alhamdulillah, bersyukur sangat saya dapat peringatan itu, dan dapat bergaul dengan kawan-kawan yang sangat prihatin akan saya yang jauh dari keluarga. Saat saya alpa mereka kawan-kawan juga yang ingatkan saya...

Dann ya seingat saya sampai sekarang... zaman saya 2002 tu popular cerita METEOR GARDEN, pelakon-pelakon ni sangattt la di gilai ramai.. mau tak.. ada rupa buat remaja tergila-gila kan pelakon2 ni.. Tapi ye la orang kata sekarang.. zaman dah beralih.. dulu tak mampu nak p konsert-konsert bagai.. tgk tv dan cerita masa tu pun ikhsan dari kawan yang beli CD dan kongsikan bersama kami di asrama tgk reramai...

Tapi tak la terfikir mau di peluk cium macam tu je... Tak malu ke? tak rasa maruah tu tergadai ke? amcam la kalu bakal-bakal suami nampak dan berkata, Eh, kiranya bukan saya la orang pertama yang cium kami dan peluk kamu saat kita dah SAH BERKAHWIN ni???

Tak ke haru lagi naya diri sendiri?

Mana MARUAH kita sebagai umat ISLAM?

Tak rasa BERSALAH pada diri sendiri? ibu bapa? kaum keluarga ynag melihat keadaan itu?

Apa nak di banggakan kumpulan K-POP tu peluk? dapat apa????

Dapat DOSA lagi adalah.. Allahuakhbar.. mau marah, tapi saya tak kenal anda siapa... Semoga kita sentiasa mendekatkan diri kita kepada DIA yang mencipta kita.. yang perlu kita agung-agungkan adaalah ALLAH bukan kumpulan K-POP, yang kita nak di peluk kasih sayang adalah dari DIA.. pelukan rahmat dan hidayah dari dia yang mencipta kita dan menjadikan kita terus hidup di dunia yang semuanya SEMENTARA ni sahaja...

Ayuhlah adik-adik.. jangan terlalu taksub dengan pelakon luar ni sampai TERGADAI MARUAH kita. Kita beragama ISLAM ada adab dan maruah juga... Jagailah apa yang kita ada ni.. bukan untuk di gadai!

Sangat sedih bila lihat gambar-gambar tu semua....

Sharing, dan sayang mommylina
(maafkan penulisan saya kalu keterlaluan)


2 comments:

  1. sy pon minat tgk citer korea...tp xde laa smpai taksub sgt kann...remaja skg..xsama mcm dulu...diorg lgi berani...tanpa pikir baik ke buruk kannn...huhuhuh

    pstt...sy pon minat tgk metoer garden...hahahha

    ReplyDelete
  2. minat kena ada had kena tahu batas.. diorang tu sah sah jahil tak tahu halal haram. hehe kita yang mengaku beriman nila kena tegakkan..

    ReplyDelete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...