Pengedar Shaklee di Kulim & Seluruh Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari vitamin TERBAIK dan TERHANGGAT di Malaysia,Produk Shaklee yang pasti BERKESAN, SELAMAT dan SEMULAJADI.~mommylina 017-5836865~

Followers

Saturday, 27 September 2014

Pencarian untuk tambah susu badan saya akhirnya menjadi dengan Set Penyusuan Shaklee

Saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang menjadi pengguna Shaklee. Saya mula menggunakan produk Shaklee sejak Jun 2011. Masa tu saya baru masuk kerja setelah bercuti 2 bulan lebih lepas bersalin anak pertama saya...

Pada awalnya saya tiada masalah penyusuan, ye la kan sebab df je kat baby dan pum bila perlu.. bila dah naik kerja, mula la rasa lain..makan ikut lapar je, pum sememangnya konsisten ,.. tapi di sebabkan kerja-kerja pejabat dan akag tertekan.. saya merasakan perubahan dan susu agak kurang dan bila pum dapat lihat susu cair je.. (patut la hero saya asyik nak melekattt je terutamanya waktu malam..)

punca susu ibu kurang
Alhamdulillah.. masalah saya cepat selesa bila biras saya perkenalkan saya dengna produk Shaklee ni... Dan produk pertama yang saya cuba ialah trial set B dan juga ostematrik. Sebelum mengambil produk ini, hasil perahan susu saya pada masa bekerja ialah 15 oz. Setelah mencuba produk ini, hasil perahan saya meningkat kepada 20-24 oz. Dalam masa 24 jam saya boleh mendapat sehingga 25 – 35 oz. Masa ni hanya Allah je ya tahu betapa hati saya gembiraaa sangat sebab masalah stok EBM saya pasti selesai bila saya terus konsisten dengan cara saya sekarang ni...

Semasa bulan puasa 2011 juga sama, saya telah mengambil Performance Drink semasa sahur dan berbuka. Saya tidak lupa meneruskan puasa dengan pengambilan Set B dan ESP + Ostematrik pada waktu malam... Hasilnya memang memberangsangkan…hasil perahan lebih banyak daripada hari-hari sebelum berpuasa. Dan saya tak rasa penat pun sepanjang berpuasa sambil menyusukan anak saya..malah ianya seperti biasa je. Dan seterusnya saya meneruskan pengambilan Performance Drink walaupun di luar bulan puasa.

Walaupun umur anak dah setahun lebih, saya masih mendapat kuantiti perahan yang sama. Selain daripada pengambilan suplemen Shaklee, saya juga mengamalkan beberapa perkara yang saya ingin kongsi bersama. Sampai la saya sendiri "stopkan" @ "cerai susu" masa anak pertama saya genap usia 2 tahun... sebenarnya masih boleh di teruskan..tapi ye lak na... sebab suami cakap dah cukup tu 2 tahun je..saya berusaha untuk "cerai susu" .. dan bukan mudah tau..sebab moment dan tarikan manja si abang masa tu sangat2 buat saya kesian nak "cerai susu" dengan si abang yang dah 2 tahun sedari selepas bersalin.... Alhamdulillah....

Antara yang sangat para ibu perlu lakukan sepanjang dalam tempoh penyusuan susu ibu ialah...

1. Pengambilan air yang banyak

Dalam sehari saya mengambil sebanyak 2-3 liter air. Pengambilan air yang banyak terutama pada waktu malam amat membantu penghasilan susu yang banyak pada siang hari. Mungkin sebab inilah kuantiti susu yang diperah lebih banyak pada bulan puasa. Pengambilan air suam atau panas lebih baik daripada air sejuk kerana air suam atau panas membantu ‘letdown’ yang banyak setiap kali perahan. Melalui pengalaman saya yang tak seberapa ini, jika saya banyak minum air sejuk, kuantiti susu perahan akan menjadi kurang sedangkan breast masih lagi ada susu. Jika ini diamalkan susu akan semakin berkurangan kerana tidak diperah habis.

2. Jaga Pemakanan Setiap Hari

Dari segi pemakanan, saya akan pastikan pengambilan kalori mencukupi. Sarapan, makan pagi, makan tengah hari, minum petang, dan makan malam semua dipenuhi. Kadang-kadang kalau lepas memerah tengah malam pun saya tetap ambil sedikit makanan atau minuman, biasanya sekeping dua biskut atau roti. Pengambilan sayuran tidak saya abaikan terutama sayuran berdaun hijau kerana sayuran ini kaya dengan ferum. Kecukupan ferum terutama dari sumber asli membantu penghasilan susu. Jika terasa lapar antara waktu makan saya sering mengambil oat dan buah-buahan.

3. Kekerapan memerah susu di tempat kerja

Saya mempunyai jadual yang tetap untuk memerah. Di pejabat saya akan memerah sebanyak 4 kali iaitu pada pukul 7.00 am, 9.30 – 10.00 am, 12.30 – 1.00 pm, dan 3.00 pm. Pada waktu antara 12.00 am – 5.00 am saya membuat tandem nursing (sebelah menyusukan dan sebelah lagi dipam), atau boleh buat POWER PUMPING juga... Secara purata, saya memerah atau mengepam sebanyak 8 kali sehari.

tambah susu badan
Jika terasa susu agak kurang, saya akan melakukan power pumping 1 jam sehari selama 3 hari berturut-turut. Kadang-kadang untuk menambah kuantiti susu yang dipam, saya akan mengepam 10 minit, tunggu 5 hingga 10 minit, kemudian pam lagi selama 10 minit untuk setiap kali sesi perahan. Hasilnya lebih banyak berbanding jika memerah selama 20 atau 30 minit secara berterusan. Mungkin banyak penggunaan dari segi masa tetapi hasilnya lebih lumayan dan production susu akan lebih banyak kerana badan mendapat isyarat untuk menghasilkan lebih banyak susu.

Akhir kata, untuk menjadi ibu yang berjaya menyusukan anak sepenuhnya untuk jangkamasa 2 tahun bukanlah perkara yang mudah kerana melibatkan pengorbanan dari segi masa, wang ringgit dan tenaga. Namun, bila memikirkan ingin memberi yang terbaik buat anak semuanya tidak menjadi halangan malah ini membuatkan kita lebih tough untuk menempuhi cabaran seterusnya.. Dan penyusuan susu ibu ni sangatt mudah kalu kita tahu cara yang terbaik dan tiada ALASAN untuk buat yang terbaik pada si manja kita... dan PHD anda bila dapat menyusukan anak kita ni sehingga 2 tahun ... Insyaallah... saya juga doakan para ibu berjaya dalam dunia penyusuan susu ibu ni untuk anak-anak kita semua...amin....

Dan jangan la "malam" untuk menyusukan anak ni..sebab tu HAK mereka.. dan jangan sampai mereka (anak-anak) kita ni tuntut bila di akhirat kelak....
=============================
Salam sayang untuk semua 
--> Saya Lin |  Pengedar Shaklee Kulim | 017-5836865 <-- 
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ... anda boleh terus hubungi saya.
Fb ~ LinzShopee | Page ~ KedaiVitamin
==============================
yang baik datang dariNya..segala kesilapan dan kekhilafan datangnya dari saya sendiri... 

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...