Wajah-Wajah Kesayangan Saya Dunia & Akhirat

Alhamdulillah.. Berpagian dengan wajah-wajah kesayangan saya dunia & akhirat di hari Ahad yang tenang , meskipun suami bekerja tak tentu masa, saat saya bersama anak-anak sentiasa ada.. Kerana anak-anak dan suami la saya berkenti kerja dan menjaga mereka 100%  dan kerana mereka juga saya terlibat dengan perniagaan saya sekarang dan mahu berkongsi pengalaman kepada semua rakan-rakan saya jua...

berniaga shaklee

Setiap kita ada orang-orang yang kita sangat-sangat sayang kan? meski pun jauh beribu batu..saya di Kulim dan mami saya dunia dan akhirat hanya satu ni berada di Ranau sabah.. saat saya menulis coretan ni..saya teramat rindu kat mami saya, yang telah melahir kan saya di dunia ni.. tanpa mami dan arwah bapa (Al-Fatihah untuk arwah bapa saya), maka tiada lah saya di dunia ni...

Terima kasih mami... wajah mami terpancar segalanya...

anugerah tak ternilai
Awet muda kan mami saya...
Dan ni pula kesayangan saya jua dunia dah akhirat.. .mereka adalah aset terbesar yang saya ada sekarang dan sampai bila-bila.. .Tanpa mereka hidup saya pasti entah kemana-mana... Terima kasih suami ku... terima kasih anak-anak ibu. .suatu saat bila anak-anak ibu dah besar.. korang la penyambung blog ibu ni saat ibu mungkin dah tiada di dunia ni lagi... 

Buat suami saya.. mungkin tak pernah nak view kot blog ni.. haha..sebab bukan keminatan dia... tapi saya tetap nak mengatakan..terima kasih yang tak terhingga.. sebab sedari kita kenal, dari pengajian lagi...kita adalah kawan gaduh, kawan ketawa, kawan suka ria dan teman hidup merangkap tulang rusuk saya di dunia ni dan akhirat sana...

berniaga shaklee

Dan... kerana mereka la saya menulis di sini..dan kerana mereka juga saya terus di sini dan terus berkongsi pengalaman, cerita dan membantu kawan-kawan untuk menjaga kesihatan yang lebih baik lagi lepas ni.. Kesihatan ni TIADA NILAI nya... sebab tu kita tak boleh beli kesihatan dengan begitu sahaja tanpa kita berusaha untuk menjaganya.. 

Alhamdulillah.. semoga perkenalan ni akan terus berpanjangan till jannah... Terima kasih wajah-wajah kesayangan saya dunia dan akhirat... untuk adik beradik.. korang juga adalah sebahagian dalam hidup saya..sebab kita adalah satu keluarga..satu darah yang mengalir dari mami dan bapa... 

Terima kasih segalanya.... 

Loving care.. Mommylina & family

6 comments:

  1. Saya pun panggil ibu saya mami...hihihii...apa2 panggilan emak-ibu-mama-mami-mummy-bonda-mak-ummi semuanya mempunyai maksud yang sama. Walaupu sudah berlaki n beranak pinak, layanan mami memang masih macam dulu seolah2 saya sentiasa kecil di mata dia, semasa saya susah senang, dia tetap ada untuk bagi semangat.Lepas kita dah ada anak, baru faham akan perasaan seorang Ibu itu macamana kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. baru kita tahu akan keluarga kita dan adik2 kita kan.. merasai menjadi seorang ibu dan isteri adalah satu anugerah untuk kita semua

      Delete
  2. Replies
    1. @maria firdz ... betul2 .. keluarga adalah segalanya...

      Delete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...