Tips Travel Backpacker?
Walaupun bukan musim cuti sekolah masa ni, tapi nak juga search dan simpan tips travel backpacker yang ramai orang katakan sangat senang sekali pun bergerak secara solo mahupun secara berkeluarga.
Anda rasa?
Backpacker travel dengan family atau solo lagi senang dan berbaloi?
Ramai akan cakap backpacker solo la senang sebab tak banyak barang nak bawa dan dah sah-sah senang nak atur semua kan? Haaa hari ni saya nak share sedikit tips travel backpacker mak anak 4, tak kisah jauh atau dekat.
Tengok je gambar sure anda pun tau kat mana kan?
Haaaa 3 tips la saya kongsikan nak travel style backpacker ni ya? okey kan 3 tips? nanti banyak-banyak kang panjang pula saya mengarang. Nda la gurau saja. "okey ja ba kalu kau", haaa ni terkeluar suda bahasa ku..
Ok jom 3 tips travel ni saya kongsikan kalu anda nak travel sekeluarga tapi nak barang-barang tu tak banyak dan senang nak angkut semua, dan kalu boleh mau bawa 1 beg ja semua ada kan? eiii faham sangat tu. Tapi jangan kamu nak travel dan rasa mau angkut semua 1 rumah pula tau. Bahayaaaa itooooo.
Okey, kan dah membebel
Antara tips nya?
Tips 1
Senarai PENTING!
Pilih tempat yang anda NAK SANGAT PERGI, KOS, TEMPAT TINGGAL!
Ni saya katakan 1 dalam semua, sebab dari sini anda boleh budget apa yang anda perlu bawa, berapa lama anda nak tinggal dan selesa tak anda nak pergi tu bersama dengan keluarga anda.
Tentukan tempat contoh nak ke Kundasang, Ranau, pilih tempat tinggal yang boleh anda sekeluarga menginap, hotel budget tersangat banyak dan selesa.
Peringatan! Jangan la pergi kawasan yang agak jauh and pedalaman, if anda bawa baby under 1y or 2y kan? bukan anda ja tak selesa, tapi baby lagi tersangat tak selesa.
Tips 2
Senarai atau list barang senang nak di bawa, contoh pakaian yang senang basuh dan kering, so tak la besar dan banyak sangat beg nak di bawa kan? anak berapa ramai? 6 orang termasuk mak ayah? jadi senang asingkan pakaian anak-anak mengikut hari lagi senang,
Contoh ,
Pakaian Day 1
Pakaian Day 2
Pakaian Day 3
Siang dan malam asingkan? boleh andai anda rasa itu senang nak cari dan simpan. kan? dan pada saya mana yang boleh basuh and dryer lagi senang, dobi kan merata ada sekarang. haaaa gituuuu.
Bab peralatan mandian a.k.a toiletries ni anda jangan cerewet, bawa la seminimize yang boleh tuk berapa hari anda travel kan.
Tips 3?
Pemilihan tempat makan sangat penting.
Nak makan kat mana ni anda boleh ikut selera dan tanya dulu kawasan mana anda nak pergi tu.
Jangan terlalu memilih sebab anda adalah backpacker travel, nak senang bawa and masak sendiri? boleh, pilih penginapan yang ada dapur, sebab lagi jimat kan? ni best sebab anda boleh budget tiap kali nak makan, kan?
Andai anda ke Negeri atau tempat anda belum pernah lewati tu, lagi la kena tahu, dan pastikan anda juga faham akan situasi anak-anak anda, boleh makan itu atau ini
So dari 3 tips ni anda boleh nampak tak, berapa beg je yang akan anda bawa?????
Paling penting adalah BUDGET anda dalam travel anda kali ni, andai budget besar boleh la backpacker cara mewah, anda sekadar nak merasa menginap ke Negeri orang dan ambil pengalaman dan ubah angin bersama keluarga, saya syorkan cara ni paling best.
Sebab?
Haaa saya sendiri kalu travel balik kampung kat Sabah ni, dari Kedah ke Sabah bersama anak-anak lagi, saya sangat suka bawa yang perlu saja, bukan sebab "balik kg" tak tapi saya lagi senang travel bawa beg yang tak banyak dan senang nak bergerak ke mana-mana bila mana tak perlu banyak barang yang perlu di fikirkan.
Janji happy nak travel dan tempat pun senang nak berkunjung.
Dan paling PENTING dan nak travel backpacker ni JANGAN CEREWET suda la kan, sebab nak travel enjoy dan santaiiii santai.. in sha Allah pengalaman yang akan anda dapat sangt menyeronokkan.
Penting search dulu tempat anda nak travel tu, berapa hari nak p, apa yang perlu nak bawa, jangan la nak pergi suatu tempat tu last minit kan? nanti apa pun tak kena dan mesti ada je yang tertinggal la, tak syok la, eh itu eh ini...
Dannnnnn ..
Ini juga saya ingatkan, tak kisah kita ke mana nak pergi tu, penting penting sangat sangat adalah PENJAGAAN KESIHATAN untuk seisi keluarga. Andai anda bergerak solo pun tetap kena jaga kesihatan kan?
Pastikan anda nak travel tu sebelum dan selepas ke KESIHATAN anda harus utamakan.
Kenapa?
Sebab nanti travel anda jadi tak puas atau kurang seronok, bilamana travel anda kurang sihat, atau ada ahli keluarga tak sihat, sebab tu pada saya biar pakaian atau alatan mandian ke kurang lengkap tak seperti kat rumah (dah namanya pun travel backpacker kan) namun kesihatan dan pemilihan makanan saya utamakan, if boleh masak di tempat penginapan tu, tersangat okey pada saya, bukan tak nak makan luar, boleh sekali dua, namun anda sendiri pastikan bagaimana selera dan keadaan anak-anak andai travel bersama anak-anak kan???
Haaa ini la yang saya maksudkan....
Kurang faham..boleh je roger saya, atau....
Bagaimana saya nak pastikan kesihatan seisi keluarga? pada saya (cegah awal dan buat perisai awal adalah LEBIH BAIK dari last minit atau terkelam-kabut di tempat orang kan?
Ni la pilihan dan wajib saya bawa travel, tak kisah dekat mahupun jauh tau.. benda ni WAJIB kami bawa...
Taraaaaaa.... senang nak bawa tau...
Pssttt // :
Mana nak dapatkan VITAMIN TRAVEL ni kan?
Anda boleh terus direct cari kami di 0175836865 untuk dapatkan apa yang anda perlukan untuk seisi keluarga tau.
Haaa anda yang nak tahu tempat saya travel ni, boleh je tanya saya, sebab ni tempat dan kagmpung saya, tempat lain kena tanya orang lain. hahahaha....
Bismillah di mulakan bila nak travel tu okey korang... moga di lancarkan segala urusan anda semua.
No comments:
Post a Comment
Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.
Terima kasih sudi singgah dan komen...