Pengedar Shaklee di Kulim & Seluruh Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari vitamin TERBAIK dan TERHANGGAT di Malaysia,Produk Shaklee yang pasti BERKESAN, SELAMAT dan SEMULAJADI.~mommylina 017-5836865~

Followers

Wednesday, 20 May 2015

Memberi Hanya Dari SEGELAS SUSU!

Assalamualaikum dan selamat pagi...

Segelas susu yang amat bermakna.
Hari ni nak kongsikan sedikit tentang The POWER OF SEDEKAH! yang mana ramai antara kita tak nak tahu dan buat-buat tak tahu sebabnya "beralasan" tak layak.. sebab pendapatan cukup-cukup makan dan sebagainya kan...

Sebenarnya tak.. kita semua boleh buat dan mampu buat, samada kita bekerja mahupun berniaga.. berniaga apatah lagi kan...

Saya kongsikan sedikit kisah ni bagaimana ianya boleh membawa kita untuk IKHLAS dalam bersedekah.

Mungkin ramai dah mmbaca kisah ni.. tapi saya tetap teruskan untuk mengulanginya...

Bermulanya disini-->
Seorang pemuda yang amat miskin terpaksa bekerja sebagai peniaga jalanan untuk membiayai yuran persekolahan. Suatu hari yang sukar, ia berada dalam keadaan tertekan kerana wang di poket hanya berbaki beberapa sen sahaja lagi sedangkan dia sangat kelaparan...

Dia memberanikan diri mengetuk pintu rumah jiran terdekat untuk meminta sedikit makanan. Tetapi hasrat itu didiamkan ketika melihat seorang anak perempuan muda membuka pintu. Dari niat nak meminta makanan, bertukar hanya meminta segelar air sahaja.

Gadis itu memandangnya dari atas ke bawah. Rasanya pemuda ini dalam kesusahan. ia kemudian bukan memberikannya air, tetapi segelas susu. Pemuda itu menerimanya dengan penuh syukur dan minum perlahan-lahan. Terasa susu itu telah menghilangkan perasaan laparnya.

Kemudian ia bertanya, ' berapa harga susu ini?'
'Awak tak perlu bayar sesen pun', balas gadis itu. 'Ibu saya berpesan untuk tidak menerima apa-apa dari setiap pertolongan yang di lakukan'.

"Kalau begitu, saya ucapkan terima kasih setulusnya',
balas pemuda itu dengan perasaan gembira.

Ketika pemuda bernama Howard Kelly meninggalkan rumah itu, ia merasa amat bahagia. Ia bertekad untuk menjadi manusia penyebar manfaat kepada semua kerana sedar, Tuhan amat bermurah hati dan selalu membantu semua makhlukNya. Contoh hari ni, Tuhan sedang menggembirakannya dengan segelas susu.

Bertahun-tahun lamanya, gadis muda ynag kini telah dewasa jatuh sakit. Doktor ynag mengubatinya tidak mengetahui apa jenis penyakitnya. Ia lalu di hantar ke pusat perubatanlebih canggih di mana doktor pakar berkumpul si situ.

Perempuan tersebut di serahkan kepada Howard Kelly yang kinitelah pun menjadi doktor  pakar ternama. Ketika beliau mendengar nama dan bandar asal pesakit tersebut, matanya bersinar-sinar lalu cuba mengingati siapakah dia.

Dr. Howard bertemu perempuan itu dan sekali imbas terus mengecamnya. ' Benar. Dialah gadis yang pernah membantuku suatu ketika dahulu', kata Dr Howard Kelly dalam hati. Sejak itu, beliau bekerja keras untuk menyelamatkan nyawanya dan akhirnya, setelah perjuangan yang berat dan panjang, gadis itu kini sembuh. Alhamdulillah....

Doktor Howard Kelly meminta pihak pengurusan hospital untuk menghantar kepadanya bil rawatan gadis tersebut. Sebaik ia di terima, beliau telah membuat sedikit catatan kecil  dan menandatanganinya. Kemudiannya bil tersebut dihantar ke bilik rawatan di mana gadis itu sedang menunggu dengan berdebar-debar.

Gadis tersebut merasa risau kerana sedar, caj rawatan mengubati penyakit ini amat tinggi. Ia rungsing memikirnya, pasti ia terpaksa menggunakan seluruh simpanan wang seumur hidupnya untuk membiayainya.

Ia takut untuk melihat angka bil tersebut, tetapi setelah beberapa ketika ia memberanikakn diri. Gadis itu membuka sampul surat bil tersebut dan amat terkejut ketika membaca catatan awalnya. Ianya membaca ayat ini ;

'Caj rawatan ini telah di bayar dengan harga segelas susu beberapa tahun yang lepas.'

                                                                Tandatangan ; Dr. Howard Kelly.

Gadis tersebut amat terkejut.... Alhamdulillah.. Tak semua pertolongan ikhlas kita di balas dengan segera oleh Dia kan.. Tetapi sememangnya Dia teramat pemurah dan mengasihani....

Takkan kita nak tunggu kaya dulu baru nak bersedekah kan? kita semua boleh dan mampu dengan pelbagai cara sekalipun... JANJI IKHLAS! itu yang terbaik...


No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...