Ketahui WAKTU SUBUR Untuk Dapatkan ZURIAT!
Assalamualaikum dan selamat pagi..
Pagi ni hujan membasahi bumi Kulim lagi.. Alhamdulillah.. Sesetangah yang bercuti, masa untuk merehatkan diri tanpa ke mana-mana, bagi mereka yang baru bergelar suami isteri time for HONEYMOON... even kat rumah je tau... Tapi... bukan je bagi mereka yang baru berkahwin.. mereka yang dah lama bergelar suami isteri pun masa tuk honeymoon sebab ada masa bersama kat rumah dengan anak-anak kan... "honeymoon" ni ramai yang sebut bila berdua je dengan suami...
Tapi tak bagi saya.. "honeymoon" ni bersama seisi keluarga tanpa memikirkan sebarang kerja-kerja pejabat dan sebagainya... kan... pendapat kita semua sama je... tak kisah la...
Opss... okey-2 berbalik pada tajuk... MERANCANG NAK HAMIL! Bila waktu yang sesuai untuk "bersama" dan apa yang mereka katakan waktu subur ni sebenarnya?
Lihat pada gambarajah ni confirm kita tak faham kan?
Tapi bila korang baca dan fahami penerangan kat bawah ni, bagaimana pula?
^ KENAPA PERLU TAHU WAKTU SUBUR WANITA? ^
1. Untuk memudahkan mendapat zuriat
2. Untuk mengelakkan daripada mendapat zuriat
Kedua-duanya adalah sama penting.
Ilmu ini mungkin boleh anda sebarkan dan digunakan secara praktikal.
JOM KITA FAHAMI KITARAN HAID WANITA
Kitaran haid ini agak kompleks dan susah sikit untuk difahami. Kitaran haid wanita berlaku setiap bulan secara puratanya ialah 28-30 hari. Tapi wanita masing-masing ada kitarannya sendiri, ada yang 25 hari ada juga yang lewat sehingga 35 hari. Tetapi secara puratanya ialah 28-30 hari.Terdapat beberapa fasa dalam kitaran haid wanita.
Hari 1-4
Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) - ketika ini darah haid keluar. Hari pertama period adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid datang, ia perlu ditanda di kalendar dan tamat selepas beberapa hari. Sebaik-baiknya ditanda setiap bulan sekiranya anda ingin merancang untuk mengandung. Anda boleh mengagak kitaran period anda beberapa hari di dalam sebulan.
Hari 5-13
Ini dipanggil fasa follicular. Pada fasa ini, hormon estrogen meningkat. Ketika fasa follicular ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasan ovari pula, telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang.
Hari 14
Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar daripada sarangnya disebabkan oleh peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormone (LH). Telur ini sekiranya tidak disenyawakan oleh sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran falopio ke rahim.
Hari 15-28
Ini dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur dikeluarkan dari sarangnya sejenis hormon dipanggil progestrone di rembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, maka dinding ini akan runtuh sebagaimana runtuhnya tembok Berlin. Proses akan mengalami kitaran semula pada
hari pertama.
BILAKAH WAKTU SUBUR?
Setelah anda faham kitaran haid di atas, waktu yang terbaik untuk bersama suami-isteri ialah pada hari ovulasi berlaku. Ini adalah kerana ketika itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.
Bilakah secara tepat ia berlaku? Sebenarnya ia adalah lebih kurang 14 hari daripada hari pertama period seterusnya atau ketika fasa luteal bermula.Ini adalah kerana fasa luteal pada kiraannya adalah biasanya tepat 14 hari setelah berlakunya ovulasi, sedangkan fasa folicullar boleh berubah-ubah. Jadi waktu subur adalah 14 hari sebelum hari pertama period seterusnya. Sekiranya period anda adalah tetap 28 hari,tak jadi masalah untuk mengira waktu subur anda. Sekiranya period anda berubah-ubah, inilah timbulnya masalah mengira waktu subur.
CARA LAIN MENGETAHUI WAKTU SUBUR
Pada waktu subur, suhu badan wanita akan naik sedikit dalam
satu darjah celcius. Juga terdapat lendiran cecair yang jernih daripada kemaluan. Ini adalah disebabkan hormon yang meningkat ketika ini.
MENGANGGAR WAKTU TERBAIK UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT
Oleh kerana telur atau ovum tidak mempunyai jangka hayat yang panjang, iaitu dalam lingkungan 1-2 hari sahaja, maka tingkap untuk mendapatkan zuriat adalah sangat terhad. Oleh itu sperma dicipta dengan kelebihan yang lain pula.
Selain daripada berjuta-juta sperma dilepaskan (setiap seorang lelaki adalah jutawan), ia juga boleh bertahan selama 3-5 hari. Ini bermakna, sekiranya suami isteri bersama 3 hari sebelum waktu subur, atau 2 hari selepas waktu subur, maka ada peluang untuk telur itu berjumpa dengan sperma yang hidup lebih lama.
Oleh itu, untuk mendapatkan zuriat, pasangan boleh bersama setiap hari (malam / siang) pada hari ke 11,12,13,14,15,16 period untuk mendapatkan waktu optimum hari kesuburan sekiranya period anda datang 28 hari. Itu adalah menganggarkan waktu subur adalah pada hari ke 14..
Nak lagi sesuai untuk tambah kesuburan? Paling saya sarankan adalah 3 asas ni.. untuk permulaan.. .dan berkesesuaian dengan budget semua orang... Antaranya?
GLA Complex
B-Complex
Zink Complex
Dan SET ASAS ni boleh di amalkan suami isteri tau... Jangna tak tau..selain untuk kesuburan penting vitamin ni untuk membantu kesihatan kita dan perancangan untuk hamil, apatah lagi mereka pasangan yang dah lama berkahwin tapi belum di kurniakan zuriat... Bagaimana nak dapatkan SET ASAS ni?
Korang boleh cari saya terus di sini;
Selamat MENCUBA & BERJAYA!
Shring is caring wif mommylina to all of u ^_________^

Fahami konsep KIRAAN HAID untuk MERANCANG HAMIL. |

Halinah a.k. a ^ mommylina^
Pengedar Shaklee Kuilm & 1 Malaysia termasuk Brunei
SIDPro saya adalah 867601
Hubungi saya di 017-5836865
Selamat MENCUBA & BERJAYA!
Shring is caring wif mommylina to all of u ^_________^
No comments:
Post a Comment
Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.
Terima kasih sudi singgah dan komen...