6 "Alasan" Ibu Perlu Lebih Memahami Si Anak-Anak Syurga -Luahan Hati Ibu -

Bercerita tentang anak-anak ni, kebanyakkan masa kita sebagai ibu dan isteri banyak kepada anak-anak syurga ni kan? Berbanding dengan ayah dan suami, mereka lebih tertumpu pada mencari rezeki dan selebihnya ada masa pasti bermain bersama anak-anak kesayangan memasing kan?

Apatah lagi anak-anak yang bersama ibu sepenuh masa di rumah.. karena mereka "masak" bersama-sama ibu sedari A to Z laa semuanya ibu dah faham... kenapa? mesti lahhh korang mesti akan buat 6 "alasan" ni untuk menarik perhatian si manja sedari menangis sehingga la mereka tertawa riang...

peranan ibubapa
6 "ALASAN" sang ibu lebih memahami si anak-anak syurga ni antaranya adalah;

1. Saat anak MENANGIS - Jangan buang waktu untuk mendiamkannya.. Cuba pujuk melihat burung-burung kat langit atau tv, mereka pasti terdiam, Sebab? psikologi manusia saat memangis, adalah menunduk.

2. Anak-anak Non-Stop untuk BERMAIN - Jangna la terus katakan pada mereka, STOP SEKARANG! sememangnya tak la dorang nak dengar kan.. malah memberontak lagi adalah.. Apa kata buat pendekatan macam ni, Nak, 5minit lagi masa main ek, lepas tu kemas.. lepas 3minit, ingatkan lagi... cukup 5minit, terus katakan pada mereka. "ok anak-anak ibu sayang, dah 5minit ni, jom kemas". Pasti lain caranya kan? pernah cuba? kalu belum ubah cara "arahan" sebelum-sebelum ni...

3. Anak-anak sering BERGADUH?  - Jika anak-anak sedang bertelingkah atau menyebabkan keadda riuh rendah kat memana la.. rumah ke, atau tempat-tempat lain. Jangan sergah mereka dan marah dorng ni.. kalu tak.. TANTRUM lagi adalah... Apa kata- Bila melihat keadaan riuh rendah, terus cakap " anak-anka, siapa nak dengar cwerita ibu ni? angkat tangan cepat-cepat.... Mesti bila sorang angkat tangan, yang lain-lain pasti menyusul... dannn selesai lah riuh rendah tu kan...

4. Anak-anak LEWAT TIDUR MALAM? - Keadaan ni selalu jadi kan, apatah lagi bila anak-anak sering melihat kartun mahupun ibubapa yang memberikan tab sebagai "diam" untuk mereka... Apa kata cara ni pula.. - Katakan kepada anak-anak kita semua, - "Mas untuk tidur sayang, esok kan nak solat subuh lagi, nak Allah sayang..
JANGAN sesekali katakan pada mereka - "Masa tidur ni, esok kan sekolah". Haa nanti dorng pun set ok tidur bangun ke sekolah.. SOLAT SUBUH kemana? haaaa... Jom tukar lagi cara kita...

5. Masa TERHAD dengan anak-anak? - Jangan la berkata sedemikian.. kesian kat anak-anak kan.. sesibuk mana pun kita, Hargailah masa kecil anak-anak kita ni.. Luangkan masa mereka bersama-sama kita, layan la "kenakalan" dan "kekanak-kanakan mereka ni tak lama.. sedar tak sedari mereka membesar tanpa kita merasa puas melayan karena mereka... Maka bermainlah bersama mereka, tawa riang dan berguraulah sentiasa bersama anak-anka syurga kita.. walaupun sesibuk mana pun kitakan... Insyaallah...

6. Berikan MASA CUTI kita bersama keluarga di rumah sepenuhnya - Mungkin ada antara para ibu yang kerja sedang membaca ni, dan suami juga terlalu sibuk.. Masa bersama sangat terhad dan  bila berjumpa dengan anak-anak saat awal pagi dan lewat petang.. itu pun hanya sejam dua je.. - Apa kata selepas ni,

- Tinggalkan HP seketika, matikan tv jika perlu. dan bila ada kengkawan yang telefon anda rasakan ianya tak penting dan masa anda sedang bercuti..katakan pada kawan kita tu.. "maaf tau, saya sedang sibuk dengan anak-anak ." - Apa perasaan anak-anak, suami atau isteri yang mendengar perbualan tersebut. Sure la gembira kan... Sebab masa anda cuti 100% bersama keluarga...Ibubapa yang bijak pasti tahu bagaimana cara menyimbangkan segala sesuatu dan menguasai pendidikan anak-anak apatah lagi emosi anak-anak kan...


Insyaallah.. pengorbanan sorang ibu dan isteri untuk menjadi surirumah dan surihati suami sepenuhmasa di rumah tak akan sia-sia... melihat anak-anak kita membesar depan mata kita dan dengan didikan kita yang terbaik.. mendapat keredhaan dariNya.. Insyaallah.. Tiada siapa mampu membalasnya... selain dari Dia yang maha mengetahui...

Alhamdulillah.. dapat berkongsi ilmu pagi ni...


Selain tu, jangan lupa berdoa dan bermohon la kita semua bersama-sama pada Allah SWT yang maha pemberi lagi maha pemurah..., agar mendengar doa kita di depan anak-anak kita supaya mereka tahu dan memahami bahawa kita sangat-sangat pentingkan mereka lebih dari segalanya... amin...

Love sharing & caring

Mommylina  / Pn.Lina
Pengedar Shaklee Kulim
SIDPro 867601
017.583.6865 (Boleh hubungi saya untuk pertanyaan produk Shaklee)


No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...