Assalamualaikum dan salam subuh semua..Apa yang saya maksudkan Projek Selepas Subuh ni? apa pula maksud TABUNG SUBUH? Jom sama sama kita jadikan amalan!

pengedar shaklee kulim

FADILAT SEDEKAH SUBUH...

sememangnya kita hidup ini penuh dengan dugaan, dan banyak perkara yang menjadikan kita stress...masalah kewangan, kerja dan sebagainya.

Semoga perkongsian sahabat kami di sini membuka minda kita dan memberi manfaat untuk semua..Ssaya pun dah bermula sedari saya mengetahui kelebihan akan bersedekah di awal pagi ni..

sedekah subuh
. ...ingin sekali berkongsi pengalaman agar dapat menjadi salah satu jalan keluar bagi sahabat-sahabat di blogger ni... manfaat dan kebaikan untuk kita kongsikan bersama

Ceritanya bermula disini...
"Sedekah subuh ini telah lama kami (penulis dan group laksanakan) hampir 10 tahun lamanya, 
cuma baru-baru ini sahaja saya berani berkongsi dengan sahabat kerana sebaiknya amalan disembunyikan. Namun kerana ingin menjadikan perkara ini amal jariah kami, maka saya mewar-warkan di sini.
saya terbaca satu hadis hampir 10 tahun lalu tentang, malaikat keluar bersama mentari pagi dan mendoakan mereka yang bersedekah dengan limpahan rezeki dan mendoakan orang yang tidak bersedekah dengan ancaman kemusnahan harta benda dan laknat. Sangat menakutkan ketika saya membaca tulisan tersebut terus saya memulakan sedekah subuh keesokkannya.
Oleh kerana zaman yang menuntut segala-galanya hendak pantas, maka sukar bagi kita yang bekerja hendak mencari fakir miskin atau anak yatim pada subuh-subuh hari sebagaimana Zainal Abidin (Sydina Ali) melaksanakannya di Madinah.
Oleh itu, setiap pagi saya memasukkan wang ke dalam sebuah bekas kuih sebaik sahaja sudah solat subuh, dan apabila sampai masa 30 hari atau 40 hari saya akan serahkan kepada kakak saya untuk memasak sarapan pagi untuk diberi kepada anak yatim dan fakir miskin setiap hari. 
Kami memberi makan hampir 30-40 orang fakir miskin sarapan pagi setiap hari sejak 10 tahun yang lalu dan kami telah menemui pelbagai PERISTIWA AJAIB yang tidak mampu saya ceritakan di sini.
Dan sejak 4-5 bulan yang lalu saya telah mula menyebarkan amalan ini, dan pada hari Rabu lepas semasa saya di Kuching saya telah memberitahu rakan-rakan ketika makan malam, dan salah seorang dari mereka "pick up" apa yang saya katakan.

1. Pada hari Jumaat, dia sibuk mencari saya di pejabat, kerana ingin mengucapkan terima kasih, kerana baru sahaja sekali dia melakukan sedekah subuh ini dia sudah dianugerahkan rezeki, iaitu menantunya mendapat pekerjaan.

2. Tadi dia bercerita lagi, claim kerja luarnya sudah diperoleh sedangkan pada kebiasaanya claim akan mengambil masa satu tahun baru dibayar.

3. Sseorang lagi sahabat menyatakan, "apa yang aku tidak mintak pun dapat, sampai perkara yang aku fikir tak logik pun aku dapat" itulah kata-katanya...

4. Seorang sahabat lain, mempunyai anak istimewa, dan anaknya kini sudah boleh bercakap....memanggil namanya IBU...setelah 5 tahun tidak mampu berkata-kata.

6. Seorang sahabat lagi berkata, dia berasa sangat tenang, walaupun ada banyak masalah, tuntutan kerja dan sebagainya...tenang setenang-tenangnya. Ini adalah kali ke-10 dia memberikan sedekah selama hampir setahun.

CARANYA?...
Sangat mudah sekali... Semoga kita juga boleh lakukannya..

Pilihlah WAKTU yang paling AFDHAL....iaitu SELEPAS SUBUH DAN SEBELUM SYURUK..dan masukkanlah tak kira berapa sen/rm ke dalam tabung sedekah subuh itu, 

Semasa hendak memasukkan wang itu berniatlah apa sahaja niat yang baik-baik untuk anda dan keluarga....dan masukkan ke dalam tabung itu sehingga genap sebulan.
Agihkanlah kepada mana-mana orang/badan yang memerlukan dan teruskan amalan itu seperti biasa. 

Kita boleh memilih untuk kita berseekah bila tiba masanya.. Sesetengah orang menyediakan sarapan pagi untuk anak yatim dan fakir miskin.

Dan kita juga boleh buat setiap ahli dalam rumah perlu mempunyai tabung sedekah subuh mereka sendiri, walaupun anak itu berusia 6 bulan...

Seperkara lagi sekiranya kita out station,tetapi diteruskan dengan memasukkan duit sedekah subuh itu ke dalam wallet kecil atau sampul surat duit raya setiap subuh, selepas balik dari out station pindahkan duit dalam sampul duit raya tadi ke dalam tabung sedekah subuh kita... Mudahkan bersedekah...

-------------------------------------
Jom.. Wujudkan tabung Subuh dalam rumah masing-masing... Insyaallah..
Ni adalah TABUNG dan PROJEK SUBUH saya.. 
 
pengedar shaklee kulim

Anda pula? Bagaimana.. bila korang dah buat..jum kita kongsikan cerita kat sini.bukan nak hebohkan.. 
 
Tapi kan ianya lebih baik kita buat amalan yang lebih baik dari "berselfie" je dengan barang2 mahal setiap kali ke tempat kerja atau balik kerja atau apa pun keadaan kan...

Perkongsian manfaat dari mommylina | 017-5836865 | bersedekah itu kan indah....
Saya sangat tersentap apa yg saya baca satu pegakuan di laman web semalam kecoh juga berita ni..Sangat-sangat buat kita sebagai isteri tersentap..Apatah lagi kita yang bergelar surirumah tangga sepenuh masa...


Kalu dulu kita bekerja dan selalu bersolek dan berpakaian kemas dan wangian serta penjagaan tubuh badan kita, kenapa setelah bergelar surirumahtangga segalanya berubah?

Al-sebab terlalu sibuk untuk anak-anak dan tiada masa untuk menjaga diri kono punca suami "curang dan makan luar"???? sakit hati kan.. kita berkorban untuk mereka..meraka pula??? 

Kisah ni sangat membangkitkan kemarahan di dua belah pihak... kenapa hanya wanita je yang di persalahkan.. lelaki pantang nampak perempuan dahi licin..mula la lupakan pengorbanan isteri mereka kat rumah..betul kan???

Link ni saya kongsikan kat sini.. KISAH Puan Mah...Klik kat sini untuk baca kisah Puan Mah ni..

Dan ini pula bagi pihak kami.. kenapa pula hanya isteri je di persalahkan.. hanya kerana isteri berbau? tak berhias? tak cantik? apa la kan.. 

Kalu isteri dah melaram. .cantik tip top... betul ke lelaki atau suami tak pandang perempuan lain dah?

Wanita hanya kerja ini? 


Bila masa isteri nak bersolek bagai? kang minta duit nak beli alat solek kan.. kat membazir la bagai... nak beli produk untuk kesihatan.. isteri dah tanya itu ini..lepas tu.. jawab.. "nanti saya tanya dulu suami saya kak". Tapi bila si isteri bertanyakan pada suami nak itu untuk kesihatan.. dan cantik dalaman dan luaran..suami pula bidas balik.. "hmm tak payah lahh..membazir je".... Pastu tu nak salahkan siapa? isteri? suami?

Bagaimana bila anda suami isteri dalam situasi sebegini... terima semula atau sebaliknya.. 

Hari ini saya kongsikan surat jawapan dari isteri beliau, baca dengan hati yang terbuka ya
Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.
Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.

Abang yang dikasihi,

Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.

Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Kehamilan Shaklee, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar set-set Shaklee. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.

Bagaimana Mah boleh tahu?

Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.

Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…

Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.

Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.

Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.

Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…

Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?

Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.

Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.

Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.

Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.

Bye abang.
yang benar,
Mah.

P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.

TAPI REALITI NYA..WANITA BEGITU SETIA DENGAN SUAMI NYA... TAPI BILA DAH TERLUKA, BUKAN SENANG NAK MENGUBATI LUKA YANG SANGAT MENYAKITI NI, JANGAN SAKITI HATI INSAN YANG BERKORBAN UNTUK KAMU WAHAI SUAMI....

Saya juga dah SID ... tapi bukan al-sebab cerita macma Pn.Mah ni.. Tapi saya sedar.. tak semua kita boleh harapkan suami kita.. tetapi sekurang-kurangnya.. walaupun kita suri rumahtangga je..tapi kita boleh membuat lebih dari tu, dan menjaga kecantikan dalaman dan luaran juga hak kita sendiri... kan!!!

branch shaklee kulim










Credit story reply ni dari our big mommy Lyna Noh


Mungkin ramai yang ambil mudah..tentang sakit buasir ni kan, bila dah terkena masalah ni.. Barula mencari penyelesaian dan bertanyakan.. "bagaimana nak rawat masalah buasir saya ni ek... saya malu.."..

Ya, siapa tak malu kan.. semua orang pasti ada sesuatu yang di rahsiakan, tapi bila dah tak tertahan..pasti kita nak cari penyelesaiannya..jangan sampai menganggu aktiviti harian....



produk shaklee

Sebenarnya...apa yang nak di malukan.. cerita masalah pada orang yang ada percayai.. suami or isteri..mak ayah.. atau siapa-siapa yang anda percayai... 

Tapi kalu doktor pun dah malu nak bagitahu, ni masalah besar..sebab bagaimana nak merawat..tak kan tunggu untuk di bedah baru tak malu kot... oh no... Tapi kan lebih baik mencegah dari awal..

Atau... paling senang.. orang tak kenal anda...anda pun tak kenal orang tu. tapi saling PERCAYA ..yang ni pasti boleh simpan rahsia anda.. dan membantu anda dalam penyelesaian masalah anda..

Saya di sini.. boleh membantu masalah anda.. kita tak perlu la malu.. hanya ceritakan melalui facebook ke.. lagi senang sekarang ni whatsaap je.. saya kenal anda hanya nama dan no.telefon.. kan itu lebih mudah


rawat masalah buasir

Ni antara yang sangat sesuai untuk atasi serta membantu masalah buasir ni.. dan perlu di ingat.. punca-punca buasir ni dalam pelbagai.. .

** Ada yang terkena selepas mengangkat berat... 
** Lepas bersalin... 
** Mengalami masalah sembelit yang teruk.. 
** dan sebagainya... 

Terutamannya masalah penghadaman... bagi yang lain mungkin tak da masalah..tapi akan teruk bila lepas bersalin mengalami masalah ni.. pasti membuatkan kita tak senang nak duduk apatah lagi ketika dalam pantang... kes ni tak la serumit ynag kita sangka.. .tapi saya nak kongsikan gambar dari ikhsan mr.google pun saya tak sanggup.. semua pasti mengerikan kita... 

Nak mencegah ni senang je.. jangan KEDEKUT untuk membeli sesuatu yang memberi impak yang baik..secara semulajadi... berkesan dan selamat..

Apatah lagi yang dah berkahwin atau bakal nak mendirikan rumahtangga.. takut masalah anda ni menganggu di malam pertama atau perhugungan anda suami isteri... maka inilah penyelesaian anda... Terjawah suda...

Jika anda yang sedang mengalami masalah buasir tapi malu nak bercerita kat pasangan anda.. atau malu nak berjumpa doktor..mahupun nak penyelesaian secara semulajadi dan tiada kesan sampingan... anda boleh cari saya di sini..dan saya sedia membantu anda....

Berkongsi ilmu dan saling membantu...

pengedar shaklee kawasan kulim
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ... anda boleh terus hubungi saya di sini -->
Pengedar Shaklee Kulim | 017-5836865 <-- 
Fb ~ LinzShopee | Page ~ KedaiVitamin
 Kami di sini sekadar menbantu dan berkongsi pengalaman apa yang kami lalui juga... 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Rawat Masalah BUASIR!

by on November 17, 2014
Mungkin ramai yang ambil mudah..tentang sakit buasir ni kan, bila dah terkena masalah ni.. Barula mencari penyelesaian dan bertanyakan.. ...
Musim-musim hujan ni..dapat yang panas-panas sebegini sangat sedap dan menyeleraka..Alhamdulillah... tapi jangan Kulim banjir sudahhh la kan2... hahaha ..

Apapun mee ni memang terbaik... sedap masuk selera kami sekeluarga.. ni yang saya makan... mr.suami pula makan lamb chop..tapi biasalah mr.suami bukan suka makanan nak di capture2 ni... merimas kan katanya..haha..tp saya....pencinta untuk berkongsi cerita..wajib untuk saya capture dan cerita-cerita kat sini...
 

 
Mee udang basah ni RM8.50 (Kecil) dan 4 ekor udang besae tu...dan ada lagi saiz besar dan lagi besar.. tapi untuk ni pun saya dah kekenyangan... dan sebahagian saya minta mr.suami habiskan..haha..bg mr.suami berisi..

 Untuk anak lelaki saya..yang tak suka sangat makanan kedai ni..saya order kan...kentang goreng je..tu pun sib baik habis dengan milo dia... anak2 kan..bukan makan sangat pun kalu kat luar ni..sesekali makan-makanan kedai..lepas ni boleh kita cuba2 kat rumah dan buat sendiri pula kan... 

Ok...jom lepas ni siapa2 mai Kulim..boleh la ke area Taman Selasih.. tempat ni tak la jauh sangat dari Tesco Kulim..  MEE UDANG BANJIR KULIM...Bersebelahan dengan Agendi Dadah Kebangsaan punya pejabat kecil tu....ok xoxodulu


Mee Udang Banjir Kulim

by on November 16, 2014
Musim-musim hujan ni..dapat yang panas-panas sebegini sangat sedap dan menyeleraka..Alhamdulillah... tapi jangan Kulim banjir sudahhh la ka...
Alhamdulillah..muda-muda remaja dulu suka baca novel, lepas kawin, bila tau hamil.. member nasihatkan baik baca buku-buku lain.. tak payah baca novel ni.. kan lebih baik beli buku-buku yang bermanfaat boleh la tambah ilmu dengan membaca, walaupun sekali sekala.. Alhamdulullah..perubahan yang saya rasakan sangat terbaik sekali untuk diri saya...


Dan saya pun bermula membaca buku selain novel..pada awalnya membaca buku-buku tentang keibubapaan ke..sebab nak jadi ibu dan isteri yang terbaik dunia dan akhirat bukan mudah

Tapi tu cerita masa saya hamil anak bujang saya sekarang ni... lepas kenal dan jatuh cinta pula dengan produk Shaklee.. saya bukan je amalkan,  tapi terus membuat sebagai medium untuk cari pendapatan selain dari online kosong je dari facebook kan lebih baik ada yang memberi manfaat.

Alhamdulillah.. berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan Shaklee saya, yang bukan pentingkan keuntungan semata-mata.. Tapi kami di beri dan di tekankan nilai amalan rohani untuk bekalan di akhirat kelak...

berniaga shaklee

Dulunya saya hanya solat 5 waktu je..tu pun adalakalanya hujung2 waktu..dan senang solat Zohor dan Asar dalam sekali je berwuduk .. ni cerita masa bekerja la..nak kes cepat je kan.. sedangkan.. tersangat rugi.. Haaa..saya bukan ustezah atau siapa2..saya hanya diri saya... ni la PERUBAHAN besar saya bila fokus dalam peniagaan Shaklee saya... berniaga sebab nak bantu orang..dan selain solat 5 waktu. solat2 sunat.. Solat Dhuha.. Solat Taubat.. Soalt Tahajjud, saya mula amalkan..  Alhamdulillah.. perubahan yang membuatkan saya semakin suka akan berniaga Shaklee ... membaca.. dan mencari ilmu serta membantu orang.. syukur sesangat... 

Dan.. ni antara buku-buku yang saya sukaaa sangat baca bila saya tak ada idea dan tka tau nak buat apa dah... dan membantu saya unutk berkongsi ilmu untuk semua...

produk shaklee
 Mengenali apa yang kita lakukan sebelum bertindak.. baca yang memberi faedah, bukan untuk seketika..tapi untuk hari-hari seterusnya

buku panduan shaklee
 Buku ni? bukan kosong-kosong saya bercerita.. saya pasti dengan buku ni dan bertanyakan pada yang pakar.. sebab dalam (team group) kami ada pelbagai kerjaya..bukan semua surirumahtangga... tapi mereka juga adalah DOKTOR, PEGUAM, CIKGU, JURURAWAT dan pelbagai kerjaya dan kaum serta budaya...dan inilah antara yang membuatkan kami bukan HANYA BERNIAGA KOSONG, Tapi BERNIAGA BERSAMA ILMU

 Salah satu yang paling membuatkan saya teruja selepas baca buku ni.. Sedari saya sertai Shaklee ni.. Ya saya tahu Shaklee juga adalah MLM, tapi Shaklee adalah MLM yang pertama di dunia yang menggunakan medium diri sendiri sebagai pengedar dan "menjual kesihatan" / "berkongsi kebaikan produk" TANPA menggunakan perantaran atau modal upahan semata-mata...

usahawan shaklee

Inilah sebab saya begitu sayang dengan apa yang saya pelajari, bukan setakat untuk diri sendiri.. Malah untuk semua orang..berkongsi dan meyebarkan kebaikan dengan kebenaran.. secara semulajadi.. selamat dan berkesan.. bukan kosong-kosong.. tapi menjadi Usahawan Shaklee yang berjaya untuk dunia dan akhirat.... bekalan bukan untuk keduniaan semata.. Tapi utamakan juga untuk akhirat.

Semoga perkongsian ini, membawa perubahan kita kepada yang lebih baik... sebarang pertanyaan boleh cari mommylina di sini....


Petang-petang dengan hujan renyai2 di bumi Kulim ni.. suami dan my hero kelaparan..bangun je dari tidur kul 5pm tadi.   ibu mana adik.. ibu..abang lapaq la...owww ni Sabah mix Pahang ni.tapi kami tinggal di Kulim..so loghat Utara la my mr.hero ni speking.. 

Ni dia resepi minum petang kami hari ni...

Saya namakan goreng pisang chesse choc
Ni kegemaran mr.hero saya...entah berapa biji dia bedal...ibu dan la makan sedikit...dan si ayah bergabung dengan hero kami makan..licin...
 
Sebenarnya ada jagung rebus juga..tapi tak dan nak snap..sebab my little princess pula nak menyusu.. so ibu sambil minum petang sambil susu kan puteri ibu ni....

Alhamdulillah...minum petang kami selesai dengan kekenyang...

Seronokkan jadi surihati suami dan supermommy ni...nak buat apa semua okey je..janji ada bahan-bahan nak masak...







Ni la puncanya saya berhenti kerja... mereka adalah penyebab saya berhenti kerja..di mana bukan senang nak mencari kerja zaman ini.. Tapi masa begitu berharga buat saya dan anak-anak serta suami.. 

Tanpa mereka juga..saya tiada apa-apa... mereka adalah jantung hati saya.. hidup dan nyawa saya dunia dan akhirat.. Apapun orang kata..saya tetap dengan keputusan saya...

usahawan shaklee

Bagi saya, duit boleh di cara di mana jua.. dari rumah pun boleh cari duit.. dengan pelbagai medium masa kini, pilihan ada untuk kita.. Ya, suami mampu nak memberi nafkah .. Tapi tak salah kalu isteri juga membantu.. dalam masa sama, kita boleh bia impian kita walupun dari rumah..siapa kata wanita dan isteri tak boleh berjaya walaupun dari rumah?

Duit boleh dir cari.. Tapi masa yang berlalu tak boleh di putas balik...kannnn


Saya berhenti kerja bukan suka-sukadan kosong-kosong...almaklum la kita ni dari bujang sebaik je lepas habis belajar, kita cari kerjakan..kerja apapun janji halal..masa tu bujang..

Ni dah kawin dan ibu anak dua..kerja? Saya tak boleh duduk diam.. ya saya berhenti kerja untuk anak2 saya dan suami juga....

Suami adalah penyokong utama saya... dan kerana suami saya juga.. saya berjaya berhenti kerja dan terus mencipta impian saya bergelar USAHAWAN WANITA yang berjaya walaupun dari rumah..

Impian seorang isteri adalah mahu 100% bersama keluarga.. anak-anak dan juga mr.suami...

Terima kasih Ya Allah... emmberi dan membuka peluang saya untuk semua ini..dan akan saya teruskan untuk membantu lebih ramai wanita dan isteri yang bergelar surirumah sepenuh masa TAPI berkerjaya dan berjaya mencapai impian sedari rumah bersama anak-anak dan suami....

Bagaimana nak buat.. anda pasti boleh.. tapi hapuskan dulu ALASAN dan SUKA BERTANGGUH... insyaallah..semua pasti boleh... mencipta impian bersama saya? boleh cari saya di sini


Sayangi keluarga 200% ..apa tah lagi anak-anak dan suami... sharing love from mommylina