11 Tips Penting Dalan Penyusuan Susu Ibu - Titisan Emas Anakku -

Pernah dengar tak satu kisah yang seorang ibu ni buat telescope untuk lihat apa yang ada di sebalik susu ibu? Ada satu kisah ni terus di viralkan mengatakan Susu Ibu ni adalah TITISAN EMAS? Betul kan? Cerita ni pernah juga saya kongsikan kat sini rasanya..

Dan Ya, sebenarnya susu ibu ni umpama titisan emas buat si manja kita kerana ia mempunyai khasiat yang amat bernilai untuk tumbesaran anak-anak kita...

Susu ciptaan Ilahi ini sememangnya memenuhi khasiat yang cukup dan terbaik untuk anak kita tanpa ragu-ragu lagi.. Dan kita sini saya kongsikan 11 tips penting lagi agar para ibu dapat memberikan penyusuan susu ibu dengan lebih baik dan yakin lagi... Antaranya...

penyusuan susu ibu

===================================================
1.  Ada kala para ibu mengalami masalah ketika menyusukan anak ni, seperti susu ibu tak mencukup. Tapi ketahuilah.. janga mudah putus asa..malah teruskan penyusuan kepada bayi anda, kerana itu sememangnya proses yang akan berlaku, dan JANGAN sesekali mencampurkan dengan susu formula.

2. Amalkan pemekanan yang berkhasiat dengan diet yang seimbang. Amalkan minum susu (saya suka ESP lengkap Protin ni) setiap hari dan sebelum tidur. Jangan juga lupa untuk makan sayur-sayuran dan minum lebih banyak air masak. Sebabnya air masak adalah kompeen penting dalam penghasilan susu ibu. Minum air masak / susu sebaik menyusukankan si manja anda.


3. Sentiasa merangsang pengeluaran susu ibu dengan menyusukan bayi secara terus dengan susu ibu (direct feeding) ketika dalam pantang.

4. Biasanya susu ibu ni banyak dan sangat berkhasiat pada waktu malam. Untuk mengelak susu bengkak, sangat di sarankan untuk para ibu pum susu pada tengah malam atau seawal pagi sekitar (12pagi-6pagi).

5. Untuk mengelakkan bengkak susu sebaik di pum, tuam dengan air panas untuk mengurangkan rasa bengkak pada payudaya (yang mana boleh menyebabkan ibu demam juga tau).

6. Secara traditional boleh menggunakan beberapa kelopak kubis yang di tekupkan pada payudara ibu untuk menyejukkannya. (Tapi saya nak cepat.. juga, saya telah beberapa biji LECITHIN untuk cepat surut).
7. Bagi mengelakan puting payu dara luka, (biasa terjadi di awal penyusuan) pastikan bayi ibu-ibu melakukan hisapan dengan cara yangg betul iaitu bayi menyusu keseluruhan aerola payu dara anda. Kebiasaannya payudara ini luka di sebabkan pelekapan yang salah. Bayi hanya menghisap di bahagian puting payudara yang mana pasti akan menyebabkan kesakitan dan luka dan adakalanya (melecek dan berdarah).

8. Pastikan bayi anda menghisap payudara 15 hingga 20minit atau setengah jam untuk sebelah bahagian payuara anda bagi memastikan si manja anda kenyang dan tak la meragam dengan kerapkan.

9. Bayi akan terlena dan melepaskan payudara anda daripada mulutnya sendiri jika si manja telah kenyang sepenuhnya dan telena dengan aman.. zzz...

10. Sebai sahaja mula berpantang, anda di galakkan mula membuat simpanan perahan susu (EBM)sebagai satu persediaan awal sebelum anda kembali bekerja dan pastikan si manja anda nak menyusu dalam botol juga tau.. kalu tak kan dah satu hal lagi pening nak membiasakan si manja anda.. berikan susu ibu dalam botol sebaik perahan untuk membiasakan si manja biasa menggunakan botol susu dan juga mengelakkan si manja keliru puting juga... (berikan pada waktu selang hari tertentu)

tambah susu badan

11. Lakukan perahan simpanan susu ibu sebulan sebelum anda mula nak masuk kerja tau.. kalu tak nanti kesian si manja anda tak cukup susu ibu di buatnya...
=====================================================

Haa kan cukup 11 tips saya kongsikan pagi ni.. semoga tips ni sedikit sebanyak dapat membantu para ibu yang hebat ni untuk lebih kuat dan bersemangat dalam penyusuan susu ibu.. Sebab susu ibu ni pasti tak akan ada di kedai-kedai termahal sekali pun.. Hanya ada pada ibu-ibu yang Allah kurniakan untuk si manja anda..

Jangan sesekali memberi alasan dalam memberikan HAK ANAK kita sepenuhnya.. Sebab kita tak nak anak kita menuntut hak mereka di akhirat kelakkan... Insyaallah akan saya kongsikan lagi beberapa tips di sambungan entry yang akan datang...

Andainya para ibu hebat di sini yang mengalami masalah cepat letih (sememangnya menyusukan anak ni buat kita ras mengantuk dan letih tau) pastikan multivitamin, protin dan kalsium kita mencukup untuk kita kongsikan bersama si manja kita...

Jangan la sampai suami tegur.. "ayang ni selekeh la lepas bersalin... kenapa? tak cantik dan segak macam sebelum-sebelum ni... "

Ni pasti mengundang marah di hati kita kan.. tapi tu la hakikatnya.. kita bukan je kena jaga hak untuk anak kita.. tapi juga hak suami dan kecantikan diri kita tau.. tak mau TUA SEBELUM USIA kitakan...

Semoga tips ni banyak membantu para ibu dan saya sarankan beberapa SET PENYUSUAN untuk membantu masalah para ibu juga.. dan dalam masa sama mencantikkan diri untuk suami juga... Dalam pantang pun wajib tau cantik-cantik untuk suami kita... Baru la wanita tip-top dan hebat...

Sebarang pertanyaan dan bantuan boleh cari saya di sini..

Puan Lina
017-5836865 
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia dan termasuk Brunei
SidPRO anda 867601

Selamat mendalami dunia susu ibu dan wanita hebat untuk anak-anak juga suami kita..




No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...