Ayuh isteri, sayangi dirimu dahulu..

Saya sangat tersentap apa yg saya baca satu pegakuan di laman web semalam kecoh juga berita ni..Sangat-sangat buat kita sebagai isteri tersentap..Apatah lagi kita yang bergelar surirumah tangga sepenuh masa...


Kalu dulu kita bekerja dan selalu bersolek dan berpakaian kemas dan wangian serta penjagaan tubuh badan kita, kenapa setelah bergelar surirumahtangga segalanya berubah?

Al-sebab terlalu sibuk untuk anak-anak dan tiada masa untuk menjaga diri kono punca suami "curang dan makan luar"???? sakit hati kan.. kita berkorban untuk mereka..meraka pula??? 

Kisah ni sangat membangkitkan kemarahan di dua belah pihak... kenapa hanya wanita je yang di persalahkan.. lelaki pantang nampak perempuan dahi licin..mula la lupakan pengorbanan isteri mereka kat rumah..betul kan???

Link ni saya kongsikan kat sini.. KISAH Puan Mah...Klik kat sini untuk baca kisah Puan Mah ni..

Dan ini pula bagi pihak kami.. kenapa pula hanya isteri je di persalahkan.. hanya kerana isteri berbau? tak berhias? tak cantik? apa la kan.. 

Kalu isteri dah melaram. .cantik tip top... betul ke lelaki atau suami tak pandang perempuan lain dah?

Wanita hanya kerja ini? 


Bila masa isteri nak bersolek bagai? kang minta duit nak beli alat solek kan.. kat membazir la bagai... nak beli produk untuk kesihatan.. isteri dah tanya itu ini..lepas tu.. jawab.. "nanti saya tanya dulu suami saya kak". Tapi bila si isteri bertanyakan pada suami nak itu untuk kesihatan.. dan cantik dalaman dan luaran..suami pula bidas balik.. "hmm tak payah lahh..membazir je".... Pastu tu nak salahkan siapa? isteri? suami?

Bagaimana bila anda suami isteri dalam situasi sebegini... terima semula atau sebaliknya.. 

Hari ini saya kongsikan surat jawapan dari isteri beliau, baca dengan hati yang terbuka ya
Selepas menemui ibu dan bapa Mah, si suami curang pulang ke rumah. Rumahnya kosong. Tiada sesiapa. Dipanggil nama isterinya, tiada sahutan. Adan, Lili, dan Nafisa juga tidak kelihatan.
Si suami curang menemui surat berwarna merah jambu berlipat di atas meja solek. Dalam keadaan terpinga-pinga, beliau membuka dan membacanya.

Abang yang dikasihi,

Ketika abang sedang membaca surat ini, kami semua sedang berada jauh dari abang. Usah abang risau, Mah membawa anak-anak mengikuti Nutrition Workshop, demi masa depan Mah dan keluarga kita, terutama abang yang Mah sayangi.

Kerana abang telahpun berterus-terang, biarlah Mah berterus terang juga.

Abang ingat tak semasa Mah baru mengandungkan Adan? Mah memberitahu abang bahawa Mah ingin mengambil Set Kehamilan Shaklee, tapi abang tolak mentah-mentah. Abang kata semua tu cuma gimik pengedar saja. Abang kata mereka semua tak berpelajaran dan tiada asas ilmu tentang kesihatan, hanya sekadar nak menjual semata-mata. Abang ingat tak?

Tapi Mah tengok kawan-kawan Mah, termasuk di Zulaikha kekasih abang tu, pengamal tegar set-set Shaklee. Mungkin abang lupa, atau abang tak tahu yang Zulaikha dulu adala pengapit Mah di hari persandingan kita. Ya, abang mungkin tak kenal, kerana masa tu Zulaikha gemuk dan muka berjerawat.
Dan Mah rasa memang niat Zulaikha sengaja nak mainkan abang. Abang ingat tak semasa kita makan beradap, abang kata pada Mah “Sayang, minta pengapit sayang tu masuk ke dalam, tak selera abang nak makan tengok muka dia” Abang ingat tak? Dia sangat kecil hati dengan kata-kata abang, dan sejak tu rupanya dia mula mencari solusi menyelesaikan masalahnya.

Bagaimana Mah boleh tahu?

Selepas Mah membaca surat abang, hati Mah tergerak untuk menghubungi Zulaikha sahabat Mah, tanpa mengetahui dialah orangnya. Mah meluahkan rasa sedih Mah kepada Zulaikha, dan dia berterus-terang, dia memang sengaja nak permainkan abang, dan nak buktikan kepada Mah, abang memang lelaki tak guna. Zulaikha yang gemuk dan berjerawat dulu kini dah jadi cantik dan gebu sampai abang pun tak cam.
Janda anak ramai? Dia cuma mereka cerita saja. Abang fikir janda anak ramai tu ada masa nak layan lelaki gatal macam abang? Nak layan diri pun belum tentu mampu dek kerana melayan anak-anak. Ini memang pemikiran tipikal, asal janda je penggoda.

Entah kenapa Mah tak marah bila Zulaikha mengaku. Cuma Mah rasa sedih kerana Mah secara tak langsung bersubahat dengan perbuatan zina kalian berdua. Mah harap sangat, abang cepat-cepat taubat nasuha, sebagaimana Zulaikha menangis-nangis semasa bercerita dengan Mah. Semoga taubatnya diterima.
OK, Mah sambung dari kesan kekurangan nutrisi semasa mengandung dulu…

Mah sedar kuku Mah rapuh, badan Mah berbau. Abang tahu kenapa? Kerana Mah ada masalah dengan sistem pencernaan dan ketidakseimbangan nutrisi. Abang sedar tak kita ni dah lama tak duduk berdua dan berbincang, walaupun nak bincang tentang barang dapur. Abang balik sekejap-sekejap saja. Mah cuma masak saja apa yang abang beli. Abang asyik beli daging, daging, daging. Sayur pun abang jarang beli, mentang-mentanglah abang tak suka makan sayur.

Selalu makan daging dan kurang fiber menyebabkan Mah ada masalah sembelit. Dan protein badan Mah tak dicerna sempurna. Abang tahu tak, itulah penyebab kuku Mah rapuh, badan Mah berbau, kulit Mah kusam, kaki Mah ada water retention… Mah kekurangan nutrisi, abang.

Abang sedap-sedap mengaku kurang belaian dan perhatian, kurang layanan batin, abang boleh cari lain di luar. Mah ni walaupun kurang nutrisi, Mah tetap kena beri keperluan nutrisi untuk Nafisa melalui susu badan Mah. Lili dan Adan juga, Mah pastikan mereka dapat bekalan nutrisi mereka yang secukupnya. Biarlah Mah berkorban demi anak-anak. Gigi dah goyang, rambut rapuh, takpe Mah rela.

Kenapa Mah suka beli hiasan rumah dan emas? Abang sedar tak setiap kali abang balik, rumah bersepah abang mula melenting, mula nak kata Mah ni dok rumah rileks tak buat apa-apa. Jadi nak tak nak, Mah kena cantikkan rumah dan kawal anak-anak supaya abang senang hati. Dan emas? Barang kemas ni sajalah yang mampu Mah nak pakai tanpa memakan masa. Nak makan vitamin pun abang tak beri kan…

Abang ingat Mah ni Kim Kardashian ke, ada orang pegang budak-budak, boleh nak tempek-tempek toner, moisturizer, krim-krim di muka ni (tu pun orang buatkan)? Dapat cuci muka sebulan sekali pun bertuah. Mah mandi pun asal siap je,… abang pernah rasa macamana serba-salahnya mandi dengan anak-anak ketuk pintu bilik air? Pernah berak kencing sambil dokong anak?

Kalau abang nak Mah berubah, boleh, Mah boleh berubah. Tapi abang tu pun sila berubah, jangan nak perasan bagus sangat. Di atas katil tu ada sejadah, terjemahan al-Quran, buku ‘Jauhi Zina’ dan buku ‘Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri’. Abang ambil wuduk, solat taubat, bacalah Quran dan habiskan buku-buku tu.

Satu benda lagi Mah nak pesan pada abang – kekuatan seorang perempuan bukan pada keupayaannya menggoda lelaki.

Dan Mah nak abang tahu, Mah lemah kerana sikap dayus abang dan yang tak pernah nak berterus-terang selama ini. Mah rasa, antara kita memang tak ada chemistry, kita saling melemahkan. Abang carilah kebahagiaan abang sendiri, kerana Mah sudahpun mendaftar sebagai SID, akaun sendiri, tiada nama pasangan.

Tentang anak-anak abang jangan risau.. Mah akan jaga mereka. Risau juga Mah kalau nanti Lili dan Nafisa dah besar, takut berlaku kes haruan makan anak pula. Maklumlah, kalaupun Mah kembali bergetah sekarang, besok lusa Mah akan tua juga.

Bye abang.
yang benar,
Mah.

P/S : Mah dah cuba Herb-Lax semalam, Zulaikha kirim. Wah, rasa sedap saja perut harini. Kalau abang nak, ada dalam laci. Telan 4 biji lepas makan malam ni ya.

TAPI REALITI NYA..WANITA BEGITU SETIA DENGAN SUAMI NYA... TAPI BILA DAH TERLUKA, BUKAN SENANG NAK MENGUBATI LUKA YANG SANGAT MENYAKITI NI, JANGAN SAKITI HATI INSAN YANG BERKORBAN UNTUK KAMU WAHAI SUAMI....

Saya juga dah SID ... tapi bukan al-sebab cerita macma Pn.Mah ni.. Tapi saya sedar.. tak semua kita boleh harapkan suami kita.. tetapi sekurang-kurangnya.. walaupun kita suri rumahtangga je..tapi kita boleh membuat lebih dari tu, dan menjaga kecantikan dalaman dan luaran juga hak kita sendiri... kan!!!

branch shaklee kulim










Credit story reply ni dari our big mommy Lyna Noh


12 comments:

  1. setuju..pandang la sama pada pengorbanan nya..jangan hanya nampak keburukan nya saja..tak ada siapa yang sempurna di dunia nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...setianya isteri sehingga sanggup korbankan diri sendiri demi anak2.. mengharap sang suami memahami...rupanya... tapi betul... iman adalah segalanya... goyang iman..hancur la segala kesetiaan itu...

      Delete
  2. Suami yg benar sayang isterinya patut sanggup berkorban apa saja apalagi bab menjaga kesihatan ni. Namun kebanyakannya pentingkan diri je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. lelaki walaupun dah berkahwin ego nya tetap sama... tak pernah luntur.. tapi tak semua.. ada yang sangat sayangkan isterinya..dan akan menegur ikhlas isterinya pula kne la menerima dan lakukan perubahan demi suami juga...insyaallah..sama2 saling berbincangkan..

      Delete
  3. Pada kakaklah Lina iman menjadi teras utama dlm apa pun juga tindakan dan perlakuan.
    Kalau iman ada pasti semuanya berada di landasan terkawal
    Kalau iman tak dibaja itulah yg biasanya akan terjadi hal yg diluar sangkaan/jangkaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu @KakZakie iman perlu no.1 pada kita yang bergelar manusia ni... samaada isteri mahupun suami.. iman adalah no.1 ..dan suami perlu memahami dan salig membantu.. bukan membiarkan isteri melakukan segalanya untuk mereka..sedangkan mereka pula bagaimana mereka membantu isteri mereka di rumah...

      sedungguhnya iman adalah perkara utama pada kita kan kak... insyaallah..akan di buat sebagai peringatan untuk saya dan keluarga saya juga menjaga iman demi Dia yang maha mengetahui

      Delete
  4. Replies
    1. haah viraal semua orang ... kes kak Mah ni... sebagai panduan kita kan...

      Delete
  5. http://madey09.blogspot.com/2014/11/siapakah-blogger-yang-bakal-menerima.html jenguk sini

    ReplyDelete
  6. ceritanya kan kalau bahasa kasar dah gatal tu mula la nak buat macam2 alasan sampai lupa pengorbanan isteri

    ReplyDelete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...