Pengedar Shaklee di Kulim & Seluruh Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari vitamin TERBAIK dan TERHANGGAT di Malaysia,Produk Shaklee yang pasti BERKESAN, SELAMAT dan SEMULAJADI.~mommylina 017-5836865~

Followers

Sunday, 2 July 2017

Tips hilangkan semut "pelupa" didalam rumah!

Rimaskan andai letak je makanan di atas meja, tak sampai seharian makanan tu dah penuh dengan semut.
Merata-rata semut yang saya suka gelar semut "pelupa" ni sebabnya andai kita tak sengaja, tanpa sedar kita ter"makan" / "minum" semut ni. Mau 44 hari kot ada je kita lupa.

Saya rela buang minuman yang dibancuh andai ada seeokor dua semut "pelupa" ni dalam gelas air tu. Ye la sapa nak kita ni asyik lupa je..
Dah la andai kena dengan semut ni, sakit nye la. Kecik je pun semut tu, tapi kesannya mau bintat-bintat merah juga kan.
Semalam geram sangat. Saya saja letak serbuk kayu manis tu kat keliling kaki meja... Hari ni letak makanan sarapan pagi siap letak kek brownis tu lagi.. Alhamdulillah... semut seeokor pun tak da..
Tapi buka je pintu dapur.. wahhh banyaknya semut.. apa lagi, ambil lagi serbuk tu. .terus letak kat banyak-banyak semut tu... dalam setengah jam tgk.. aik.. okey.. dah hilang... Alhamdulillah...
Mungkin bau yang amat kuat tu membuatkan semut-semut tu tak suka akan baunya.
Bagi saya.. itu lebih selamat dari kita guna racun semut serbuk tu atau spray kan? Apatah lagi bila ada anak-anak kecil kat rumah...
Jadi.. kawan-kawan, mak-mak macam saya ni.   Nak cara selamat dan berkesan.. boleh cuba tau tips ni. Anak-anak nak main pun tak la bahaya.
Selamat Mencuba!
Nak tips lagi? Nanti kita kongsi sesama, andai korang ada tips meh la komen sama.
.
.

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...