9 Tips nak sayur segar dan tahan seminggu?

Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua, okey hari ni mommylina nak kongsikan sedikit tips nak kekalkan sayur kita tahan lama dan tak cepat layu atau rosak.

Biasanya kita ni tak la membeli sayuran segar setiap hari kan. Tak kan la ke pasar setiap hari semata-mata nak beli sayur sahaja.

Ataupun ada mommies kat sini yang beli sayur lebih tapi keesokan atau dua ke tiga hari sayur dah rosak? Layu? Kekuningan dah daun tu?
Tak kan nak buang pula kan? 

Sayang laaa.... sebolehnya kita elakkan pembaziran dan nak berjimat cermat betul kan.


Ok mommylina pun tak nak berhujah.. mommylina selalu buat macam ni.
9 Tips dan langkahnya adalah :-

1. Asingkan sayuran yang dah di beli
2. Sediakan sebekas besar mengikut kuantiti sayuran anda.
3. Rendamkan sayuran daun atau buahan mengikut jenis.
4. Dan letakkan sesudu garam halus ke dalam bekas yang anda dah letakkan sayuran bersama air tadi.
5. Biarkan seketika (mommylina buat dalam 3-5minit) 
6. Tapis rendaman tadi dan jiruskan/ basuh sayuran tadi di bawah air mengalir. 
7. Biarkan seketika sayuran di tapisan tadi untuk toskan air dari sayuran.
8. Masukkan sayuran tadi di bekas yang bertutup dan mengikut jenis dedaun mahupun buahan. 
9. Siap! Letak dalam peti ais.

Cuba la mommies semua. Pasti kita dapat berjimat tau. Saya dah cuba sedari awal tahun lagi.


Nak lagi tips. Nantikan setiap entry mommylina.

Oh ya, lupa mommylina ni Pengedar Shaklee Malaysia, nak info juga untuk semua BULAN ni PROMOSI OMEGA GUARD juga set kuatkan imun badan kita.

Berminat? Terus hubungi mommylina di talian ye!
0175836865
Postage seluruh Malaysia, Brunei dan juga Singapore.

Sebarang pertanyaa  boleh terus SMS / TEXT saya di talian 0175836865.
Terima kasih semua.

omega guard shaklee

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...