Pengedar Shaklee di Kulim & Seluruh Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari vitamin TERBAIK dan TERHANGGAT di Malaysia,Produk Shaklee yang pasti BERKESAN, SELAMAT dan SEMULAJADI.~mommylina 017-5836865~

Followers

Saturday, 13 August 2016

Sedekah yang berkat dan tinggi "nilainya"

Assalamualaikum dan selamat pagi di hujung minggu... Pagi ni nak kongsikan sedikit ilmu yang juga saya perolehi dari cikgu saya.

Tentang SEDEKAH, KEBERKATAN dan nilainya dalam apa yang kita impikan dan hajatkan...

Ramai orang buat sedekah dan kebiasaanya kita minta moga dimurahkan rezeki. Bagi orang yang berniaga pula akan berdoa moga sedekah ini membantu bisnesnya makin maju.

Apakata mulai hari ini kita minta untuk anak dan keluarga?

" Ya ALLAH duit yang aku infaqkan ini Kau gantikanlah dengan hati yang tawaduq pada Mu dalam diri anak-anakku, pasangaku dan diriku sendiri.

Barakahnya Kau kurniakanlah rahmat yang banyak terhadap anak2 kami, jangan Kau celakakan mereka dan berikanlah kami ketaatan mereka. Amin"
==========================================
Mudah-mudahan sedekah tadi menjadi pendinding pada anak-anak kita dari segala yang tidak baik.
Mudah-mudahan anak-anak kita Allah jauhkan dari anasir luar yang tak dapat kita kawal.
Mudah-mudahan anak-anak kita menjadi penyejuk hati dan mata untuk kita.

Hakikatnya harta yang paling mahal adalah anak yang soleh. Yang mampu mendoakan kita sehingga ke alam barzah.

Doa anak yang soleh sentiasa dipandang oleh ALLAH.

InsyaALLAH berkat itu bukan sahaja anak yang baik, kita juga punya hati yang tenang dengan akhlak anak yang baik dan insyaALLAH bisnes juga berjalan lancar. Wallahu alam.

InshaAllah.. sesama kita kongsi lagi ilmu manfaat ini untuk semua...

Amin

Linakhtar
Nak mencari redhaNya dan mendekatkan diri kita kepadaNya..

Love sharing kredit to Cikgu Norita Idris

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...