Pengedar Shaklee di Kulim & Seluruh Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari vitamin TERBAIK dan TERHANGGAT di Malaysia,Produk Shaklee yang pasti BERKESAN, SELAMAT dan SEMULAJADI.~mommylina 017-5836865~

Followers

Friday, 26 August 2016

Anak No.2 ni memang garang ke?

Tengah buat keja rumah di pagi Jumaat ni, si adik anak no.2 ni bangun awal, walaupun semalam tidur jam 11.30 malam. Abang si anak pertama ni pantang cuti Sekolah dan tidur lewat pasti bangun jam 9 ke atas tak sah baru bangun. Zaman anak-anak meriah kan....

Dan...

Gelagat anak-anak ni sungguh berbeza, tapi kasolih sayang ibu dan ayah tak pernah berbeza. Tapi... persoalannya... si anak no.2 ni punya laaa garang dan manja lebih pula.

Kenapa ek?

Main-main dengan abang dia pun tetap garang, pantang abang salah sedikit atau abang semestinya nak menang je (almaklum laaa beza jauh 3 tahun anak-anak ni).

Sekali abang tak nak main atau usik barang main adik dia.. perhhh garang dan menangis mengalahkan dan macam di cubit-cubit pula si adik nye ni. Kadang ibu pun terkejut ingatkan kenapa laaa...

Rupanya... mainan je punya pasal... abang dan adik "bergaduh-gaduh", di usik je pun garang... menjerit? Tak payah cakap...

Kalu ayah nya tegur lebih sedikit, haaaa mula la nangis siap muka kesian...

Alahai anak kedua ni... betul ke garang? Perempuan lagi ni...

Ibu-ibu ada pengalaman sama? Anak ke-dua yang garang???

Hahaha...

Apapun bersyukur sesangat di kurniakan anak-anak bijak pandai dunia dan akhirat...amin.. 

Alhamdulillah... 

Doakan anak-anak saya dan kita semua menjadi anak-anak yang bijak, pandai, beriman, bertaqwa berjaya kehidupan mereka dunia dan akhirat.. dan paling penting menghormati dan mendengar kata-kata kita yang baik sentiasa..

Amin....

#ibuanakanakbijak #lifeWAHM #bisnesdarirumah


1 comment:

  1. Salam....Singgah pagi jumaat...
    InsyaÁllah...semoga anak² akak menjadi anak yg soleh dan solehah di dunia dan di akhirat...Amin....

    ReplyDelete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...