Formula menjemput rezeki kerana Allah SWT

Assalamualaikum dan selamat pagi... hari ni kita berkongsi ilmu untuk kita bersama amalkan. Hari ni baca terjemahan Al Quran. Tak ingat surah dan ayat apa.

Tapi 2 kali dalam page tu mention,

"Allah melapangkan rezeki sesiapa yang dikehendaki. Dia juga boleh menyempitkan rezeki sesiapa yang dikehendaki."

Formula Rezeki adalah DUIT

1. Doa
2. Usaha
3. Istiqamah
4. Tawakal

Doa tu pun sebenarnya salah bentuk tawakal dulu. Andai orang lain dia usaha dulu, mengapa kita tidak minta bimbingan Allah dulu sebelum berusaha?

Bukankah Allah lebih tahu jalan yang lebih mudah dan tepat?

Maka berdoalah dahulu. Yakni ia juga bermaksud kita tawakal dulu dengan Allah. Kemudian baru berusaha.

Apa sahaja masalah kita datangnya daripada Allah, maka kepada Dia juga kita kembalikan dengan meminta pertolongan, berdoa kepada-Nya.

Jika tidak hafal dan tidak tahu Asmaul Husna yang mana digunakan, cukup sekadar beristighfar.

Ia ibarat pencuci hati daripada keladak dosa dan kegelapan hati.

Insya-Allah apabila sudah dibersihkan dengan istighfar, hadirlah rezeki yang tidak disangka-sangka (la yahtasib).

There will be no sad ending who trust in Allah ☺️

Dont worry, be happy.

iLuvAllah

Linakhtar (0175836865)
Pengedar Shaklee Kulim
867601

1 comment:

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...