Pengedar Shaklee di Kulim & Seluruh Malaysia. Untuk anda yang sedang mencari vitamin TERBAIK dan TERHANGGAT di Malaysia,Produk Shaklee yang pasti BERKESAN, SELAMAT dan SEMULAJADI.~mommylina 017-5836865~

Followers

Saturday, 4 July 2015

Resepi Sihat; Jus Kurma Blanded bersama ESP Penyegar & Penambah Tenaga

Alhamdulillah, pagi ni masih berpeluang untuk berkongsi satu resepi sihat jus kurma blanded bersama ESP penyegar dan penambah tenaga untuk kita semua di bulan mulia ni... 

Perasan ke tak.. kita dah pun di hari yang ke-17 Ramadhan kan? Allahuakhbar.. jap je rasanya.. macam baru seminggu rasa berpuasa.. tup-tup dah 17 Ramadhan... Tapi jangan risau.. kita terus kan niat kita untuk berubah dan lebih mendekatkan diri kita kepada sang pencipta kita di hari-hari seterusnya.. insyaallah.. bukan di bulan Ramadhan je nak ubah.. lepas tu.. ulang balik.. tak mau la kan... 

Okey-okey... kita balik semula ke resepi kita... saya pasti.. mesti ada yang sekarang.. bangun pagi sahur dah tak makan nasi kan? kenapa? sebab dah hujung-hujung puasa... nak makan nasi pun tak nak sangat dah.. perut masih kenyang.. tapi nak ambil keberkhatan semasa sahur dan bulan mulia ni wajib bangun kan... Alhamdulillah... tapi bertahan ke sampai ke petang tu? dengan kerja lagi.. tugasan yang wajib di laksanakan lagi? cuaca yang panas lagi... bertenaga tak sampai ke petang? 

Ni haa. .saya nak kongsikan resepi ni.. KURMA? tentu laaa... saya pilih ni sebab sangat-sangat terbaik la....

milk booster

Caranya? mudah je... 

Malam sebelum tidur.. korang rendam 3 or 7 biji kurma (ikut korang nak banyak mana pun ok je) dan  kenapa angka ganjil? haaa rahsia lagi ek.. tak la..itu kan sunnah... (nanti saya story lain ekkk)

Rendam semalaman tau.. sebelum tidur tu rendamkan dan tutup.

Pagi nak sahur tu.. korang ambil kurma yang di rendam tadi.. asingkan biji kurma tadi (jangan buang, simpan.. sebab ada lagi resepi biji kurma ni kannnn)

Lepas tu, korang ambil blander korang... 

Masukkan KURMA rendaman tadi sekali air lagi elok, then korang add on dengan ESP ni.. (saya suka add 3sudu besar) baru feel dan lebih fresh... 

Siap.... 

Kejap je kan.. korang bangun kul 5am pun sempat lagi buat sahur berkhasiat korang ni tau... 

Betul ke resepi ni penambah tenaga? haaa.. korang WAJIB cuba... bukan je rasa segar dan bertenaga.. malah secara automatiknye... korang lengkapkan sumber protin yang di perlukan dalam badan, juga penjagaan kesihatan dan kecantikan korang juga tau.. bagi lelaki, tak la cantik.. tak la bertambah hensom macam (siapa korang minat? ) tapi bertambah tenaga dengan kerja-kerja korang buat juga penjagaan kesihatan dalaman... betul... (klik sini) untuk lebih kelebihan tentang ESP ni...

Ok-ok..dah -dah..resepi mudah dan cepat untuk korang bersahur... jangan minum pagi ni.. PUASA.. PUASA.. oh PUASA ek... 

Ni antara sebab kenapa korang kena pilih ESP sebagai minuman harian korang lepas ni.. bukan je di bulan mulia ni.. tapi hari-hari seterusnya... 

esp shaklee

Berminat? bagaimana nak dapatkan barang baikkkkkkkk ni?

Haaaa.. korang terus cari saya di sini... 

Puan Lina
017-5836865 
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia dan Brunei
SidPRO anda 867601

Alhamdulillah... jangan lupa #viral kan untuk info semua agar lebih penjagaan kesihatan dan barang baik perlu di kongsi bersama.. bukan keburukan yang nak di viralkan.. salam Ramadhan... 


Friday, 3 July 2015

Promosi Julai: Dapatkan HARGA Terbaik Untuk VIVIX Bulan Ini.

Selamat petang semua... Pasti korang baru lepas solat kan? eh kenapa lewat? yang kaum lelaki dah solat Jumaat tadi.. kaum wanita? rehat 2jam lebih kemana? rasanya ad kot yang ambil peluang p shopping raya.. betul tak?

Dan masa ni ada yang baru balik (terlajak rehat) dan ada yang baru selesai solat Zohor? betul? normal la tu.. sayap un dulu pernah bekerja di Kerajaan dan Swasta.. sama je.. dua-dua pasti akan "terlajak"..

Okey.. hari ni tak nak panjang-panjang.. nak kongsikan barang TERBAIK dan penjagaan kesihatan yang paling "mujarab" bagi saya untuk kesan yang terawal.. seawal 21 hari ke atas... ni dia...

Taraaaa....

vivix shaklee
Dapatkan SEGERA dan rasai PERUBAHAN anda.

Kenapa Vivix? tak mau panjangkan kata-kata..sebab korang mesti penat kan.. apa yang saya katakan..
manfaat vivix shaklee
Sangat rugi tak miliki penjagaan kesihatan dalaman dan luaran ni sekarang, bermula hari ni.. sebab anda akan dapat kelainan dalam diri korang sendiri tanpa korang sendiri sedari.. tau-tau orang akan complain..

Eh.. kenapa ko makin lain ni?
Eh.. kenapa ko nampak makin muda ni?
Eh.. kenapa ko nampak kurus ni?
Rsanya ko tak macam ni dulukan...

Apa ko amalkan.. baik ko bagi tau sekarang!..

Haaa persoalan ni akan korang terima bila usia semakin berganjak ke hadapan.. dengan pengambilan Vivix ni secara konsisten dan korang juga merasa kelainannya...

Dapatkan SEKARANG! sempena PROMOSI jimat berganda korang...

Bagaimana? Terus tanya saya di sini!

Puan Lina
017-5836865
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia termasuk Brunei
SidPRO anda 867601

Jangan TERLEPAS barang baik dan hot lagi SEKARANG tau. Baju mahal-mahal hanya pada luaran.. tapi ni.. luar dan dalam repair semua jadi AWET MUDA tau... tak percaya? Semua ada di tangan anda, NAK @ tak nak?


Petua Legakan Batuk Dan Buang Kahak Secara Semulajadi

Assalamualaikum dan selamat pagi... hari ni nak kongsikan 1 petua legakan batuk dan buang kahak secara semulajadi untuk anak-anak kecil kita tanpa ubat batuk.. Yang pasti saya sendiri juga amalkan dan bagi saya ianya mujarab sedari anak pertama saya dan yang kedua ni...

Alhamdulillah.. anak-anak saya tak di biasakan dengan ubat batuk.. even saya bukan la seorang doktor atau jururawat.. Tapi saya nak memberikan yang terbaik untuk anak-anak saya.. Kita tak suka ubat batuk..apatah lagi anak kecil kita kan.. dan kita sendiri tahu kesan yang tak elok akan ubat batuk ni andai di ambil secara berterusan...

Cara paling mudah... dan cepat.. dan saya suka buat yang fresh.. ada sesetengah buat banyak-banyak then esok dan hari seterusnya boleh di amalkan.. tapi saya tak.. saya suka buat hari-hari..sebab wangi juga tau..

omega guard Shaklee bantu buang kahak anak

Caranya?

Bawang putih tu kita panaskan / bakar kat api yang sedehana
Siap tu... dah nampak kekuningan @ hitam tu... 
Letakkan ke dalam sebuah mangkuk kecil &
Lenyekkan dengan garfu atau pun sudu.. dan
Letakkan minyak zaitun lagi elok.. tak pun minyak masak pun ok dah..(bau aroma pun sedap tau)

Dan.. siap... lepas tu...

Sapukan kat belakang anak, dada.. dan tapak kaki lepas tu pakaikan si manja anda dengan stokin...

Siap....

Mudahkan... tak perlu pun ubat batuk bagai... bagi saya ni paling senang dan bahan-bahan pun ada je kat rumah... boleh pakai dan amalkan kat anak.. kita pun boleh amalkan sebenarnya tau...

Dan saya ni bila dah tahu kesannya ubat batuk.. mmg tak bagi la kat anak.. saya suka bagi anak-anak ni OMEGA GUARD... bukan je untuk minda dorang... malah untuk memecahkan kahak yang anak-anak kita tak reti nak buang kan...

Biasnya saya akan bagi anak-anak saya OEMGA ni dalam sehari dan pantau dalam seminggu.. Insyaallah... sedar-sedar.. batuk anak-anak ni lega je.. Kahak tu saya tau..tak melalui muntah.. anak-anak kita ni buang melalui najis dorang.. tu yang saya dapat info dari kawan dan doktor juga...

Dan kawan-kawan.. JANGAN biarkan batuk anak-anak korang lelama tau.. sebabnya ramai yang saya tahu..akan ke paru-paru anak.. lepas tu akan admit la ke Hospital.. ni semua pasti kawna-kawan tak nak kan... Dah ada penyelesaian dan pencegahan awal.. tak salah nak berikan pada si manja kita semua kan... Mereka juga  adalah aset kita.. betul tak?

Ok-ok.. saya dah meleret panjang dah ni.. tak mau panjang sesangt.. .nanti kita sambung entry lain lagi ek.. Bagi yang nak dapatkan OMEGA ni boleh terus tanya saya.. Dan petua ni juga jangan lupa.. amalkan secara berterusan.. bukan hari ni apply.. esok terus baik..no.. ni bukan ubat ye... ubat hanya melegakan seketika..tak lama nanti ianya akan datang juga.. so baik kita mencegah secara semulajadi..dan baiknya juga secara semulajadi kan...

Ok kawan-kawan.. sebarang pertanyaan.. Terus tanya saya di sini...

Puan Lina
017-5836865
Pengedar Shaklee Kulim , 1Malaysia & Brunei
SidPRO anda 867601

Thursday, 2 July 2015

Bagaimana B-COMPLEX membantu penjagaan kesihatan yang lebih baik?

Alhamdulillah.. saat "orang-orang" berkuasa sering buat "PANAS" tiap bulan dan cukup membuat masyarakat kini "angin satu badan" dan "hot" sudah pasti juga.. Tapi masih ada lagi barang yang tak naik-naik harga.. malah ada PROMOSI lagi tiap bulan...
b-complex shaklee

Salah 1 nya adalah B-COMPLEX ni.. dan yang sepatutnya boleh di amalkan untuk semua lapisan masyarakat juga.. Terutamanya pada mereka yang sering cepat "panas" , "angin" juga 'tekanan" lagi la perlu...

Dan bagaimana B-COMPLEX ni membantu penjagaan kesihatan lebih baik seperti yang saya katakan adalah... hidup jangan terlalu fikirkan masalah,, tapi fikirkan la penyelesaiannya.. dan jangan terlalu tertekan tapi selesaikan lah tekanan itu dengna berfikiran lebih positive...

Tekanan hidup ni membuatkan ramai masyarakat terlibat sebenarnya kan? Orang marah-marah.. kita juga stress.. sebab? dah sekeliling kita ni marah je.. mau kita juga akan tertekan kan? Jadi di sini la B-COMPLEX ni di perlukan.. bukan untuk B= BEAUTY je tau.. malah sangat bagus untuk pelbagai cara hidup orang lain juga...Kesihatan apatah lagi..

Peranan dan kebaikan utama dalam B-COMPLEX ni antaranya; -

-> Melawan TEKANAN- dimana untuk memastikan kesihatan fungsisaraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan hidup, kemurungan dan insomnia.

Selainnya ;-

--> Menukarkan makanan kepada tenaga;- yang mana membantu penghadaman, menukar lemak, karbohidrat dan protin kepada tenagadan sekaligus mengurangkan masalah keletihan/ kelesuan (haa puasa-puasa ni sangat TERBAIK amalkan tau)

--> Siapa ada masalah kulit kepala dan beruban / rambut gugur? haa ni juga untuk korang.. sebab vitamin ni juga membantu masalah kulit kepala, kelemumur, rambut gugur, beruban dan paling best mengekalkan kesihatan rambut juga tau... lagi?

--> Siapa sering sakit kepala? anemia? ni khas lagi untuk semua... Membantu pembentukan sel darah merah ynag sihat dan antibodi yang kuat, merawat atau mencegah anemia, sakit kepala, pening, migrain, lemah semangat, cepat letih, munta-muntah dan siapa sering kelaut tu.. dan mabuk laut @ darat.. lagi perlukan vitamin ni... 

Sebenarnya bukan sedikit tau kebaikan sebotol B-COMPLEX ni.. malah para ibu yang nak hamil, sedang hamil, lepas bersalin, berpantang dan seterusnya penyusuan sangat perlukan B-COMPLEX tau.. untuk apa? selain untuk asid folic.. ianya terbaik untuk kesihatan badan ibu juga...

Jadi.. rasa-rasa rugi tak korang membeli sebotol B-Complex ni pada harga hanya RM53 dengan kuantiti 120biji? rugi ke atau berbaloi?

Bukan mahal pun nak jaga kesihatan kan? tapi kalu hari ni korang dah kata mahal jaga kesihatan.. bagaimana pula nak merawat sakit tu? bukan ke lagi berganda harganya? Nak ubat ke VITAMIN semulajadi? pilihan kat tangan kita memasingkan...

Saya amalkan dan kongsikan apa yang saya rasa terbaik dan niat pasti nak membantu orang sekeliling saya mengutamakan penjagaan kesihatan bermula hari ni.

Tapi lagi jimat kalu korang beli sempena PROMOSI bulan July ni.. kan saya dah kata tadi.. barang lain naik dan terus naik.. Tapi vitmain "termahal" bagi korang ni.. adalah yang TERBAIK untuk siapa yang pentingkan kesihatan.. adalah pada harga berlbaoi dan lagi jimat pembelian masa promosi hebat ni..

Berminat? jangan tunggu lelama .. terus dapatkan pada saya di sini;-

Puan Lina
017-5836865 
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia dan Brunei
SidPRO anda 867601


Tips elakkan pembaziran yang melampau di bulan mulia ini

Perasan tak kita ni banyak sangat membazir bulan puasa? kenapa ek? tambah-tambah ke bazar.. Allahuakhbar.. compom la kiri kanan tangan kita penuh dengan pelbagai juadah.. betul tak?

sedekah lebih baik
Bazar RAMADHAN / Bazir RAMADHAN?

Saya ni bukan la semua tau.. ada la sesetengah..terkadang tu saya sendiri juga terasa membazirnya.. walaupun air tak habis minum tu pun dah kira membazir... Kenapa saya katakan pembaziran yang melampau di bulan mulia ni?

Pembaziran ni tka elok malah sangat tak di sukai dalam agama kita pun... kan lebih elok kita membeli ala kadar.. bukan ikut nafsu kan... memangla.. dah puasa seharian.. tengah hari je dah fikir itu ini nak makan.. dah terbayang nak beli itu ni.. siap list lagi tu.. tambah kalu lalu setiap makanan tu sedap-sedap .mau di borong rasanya...

Tapi tahun ni, alhamdulillah saya jarang sangat ke bazar.. kalu pegi pun..1 TIPS saya yang suka sangat saya kongsikan...

JANGAN BAWA DUIT LEBIH DARI RM20

Kenapa? haa barang dah mahal semuakan.. bawa la duit yang sedikit, maka belinya pasti sedikit... beli apa yang PERLU sahaja.. air? boleh buat sendiri.. JANGAN MINUM MANIS lebih.. tapi biar minum AIR SUAM @ AIR MASAK lebih.. lagi baikkk...

Makanan? Beli makanan yang korang rasa tak boleh masak kat umah.. Contoh? Yong to foo ke.. Kuih muih pun memadai.. lauk? baik korang masak sendiri.. lagi fresh dan jimat..

Betul tak? simple je sebenarnya... nak jimat sangat mudah... ikut cara ni.. kalu ada duit lebih FIKIRKAN .. alama... duit minyak lagi... duit tol lagi nanti... haaaa... 

Ataupun.. lebihkan pada SEDEKAH baru amalan yang berkekalan.. betul tak? Insyaallah.. 

Dan satu saya suka.. JANGAN membeli ikut rasa perut yang tengah lapar... memang la semua nak.. sekali berbuka? makannya kuih je.. korang pasti minum air ynag lebih then kenyang... kan? makanan lain? korang mesti fikir. jap lagi laaa..sekali lepas maghrib.. daaa mengantuk..sebab keletihan... 


Dan ingatlah.. amalan PEMBAZIRAN ni tak elok.. fikirkan la mereka-mereka yang hanya makan alas perut ketika berbuka... kesian tau... so.. JANGAN MEMBAZIR.. ELAK PEMBAZIRAN..

Jom mafaatkan di bulan mulia ni dengan LEBIHKAN BERSEDEKAH, ELAKKAN PEMBAZIRAN..

Semoga kita lebih berjimat dan fikirkan apa yang boleh kembangkan duit kita.. bukan bazirkan duit kita ynag akan merugikan kita... kan2... YES PROGRAM juga bantu kembangkan duit kita tau.. Bagaimana? Tanya je saya untuk korang kembangkan duit korang..bukan kuncupkan duit dan pembaziran pula tu.. kesihatan terjaga.. pendapatan dapat di tambah juga... kan....  (klik sini)

Tanya terus dengan;
Puan Lina
017-5836865
Pengedar Shaklee Kulim & 1Malaysia juga Brunei
SidPRO anda 867601


Wednesday, 1 July 2015

Sakit Senguggut, Mungkin PETANDA KANSER?

Mungkin anda pernah mengalami masalah senguggut? Ramai wanita risau sekiranya senguggut boleh menyebabkan kemandulan atau senguggut, mungkin petanda kanser?

ostematrik shaklee

Namun, ini tidak semestinya benar kerana ada senguggut yang hilang setelah remaja ni berumahtangga dan melahirkan anak. Jadi ia bukanlah mitos kerana kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang mungkin punca senguggut.

Tapi ada sebahagian dari sakit senguggut ini akan mengalami masalah ketidaksuburan dan mudah gugur jika senguggut itu berterusan selepas berkahwin,. Senguggut jenis ni selalunya dikaitkan dengan penyakit endometriosis. 

Ramai yang mengalami masalah senggugut yang biasa iaitu bukan kerana penyakit lain akan hilang setelah wanita berkahwin dan melahirkan anak pertama. Manakala senguggut yang di sebabkan oleh penyakit tertentu pula memerlukan pemantauan khusus kerana rawatannya berbeza. Dan peringkat inilah wanita (pesakit) di nasihatkan berjumpa doktor untuk rawatan dan ubat..

Tapi bagi saya yang sebelum terlambat dan masih pada peringkat awal, seeloknya rawatlah secara semulajadi tanpa melibatkan pembedahan dan sebelum berlarutan...

Mungkin cara ini boleh membantu anda, di sebabkan pengalaman orang lain juga... yang hampir setiap hari mengalami masalah senguggut yang amat teruk.. tapi BERJAYA untuk pulih dari masalah senguggut ini..



Sakit senguggut sampai nak patah pinggang? tapi dengan "ubat" ni terus lega? Anda bagaimana?

Sebenarnya, cara semulajadi ni lebih berkesan sebelum terlambat.. Jangan sampai dah perlu di bedah.. dah sampai masalah rumahtangga goyang.. baru nak cari penyelesaiannya kan?

Kadang kita anggap mudah dan ringan je masalah tu, tapi kita tak tahu side effect dia sangat buat kita merana dalam diam jika terus di biarkan.. dan untuk masalah ni.. sedari bujang lagi boleh di elakkan kan tau..

Sebelum terlambat baik kita cegah dengan cara semulajadi kan.. bagaimana ia banyak membantu orang lain. kini ia juga PASTI membantu maslaah anda SEKARANG!

Dapatkan nasihat dan pengalaman terus dari saya sendiri juga...

Puan Lina
017-5836865
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia dan Brunei
SidPRO anda 867601


Monday, 29 June 2015

Kelebihan AIR KELAPA MUDA untuk para ibu yang sedang hamil

Info malam ni dengan kelebihan AIR KELAPA MUDA untuk para ibu yang sedang hamil pada peringkat akhir sebelum bersalin...

set hamil shaklee

Untuk para ibu yang menunggu saat nak bersalin... Kenapa AIR KELAPA MUDA ni sangat baik?

AIR KELAPA MUDA baik untuk ibu mengandung terutamanya pada trimester ketiga.

Air kelapa muda adalah cairan yang kaya akan kandungan kalsium, kalium, elektrolit, klorida, magnesium, riboflavin (vitamin B), dan juga sodium.

Sebagai isotonik alami yang kaya mineral dan memiliki elektrolit cair yang sama dengan kandungan cairan di dalam tubuh, air kelapa muda sangat berguna untuk menghindari dehidrasi dan sangat cepat untuk memulihkan stamina.

Ia mengandungi pelbagai zat yang membantu menjaga kesihatan ibu yang sedang hamil dan secara tidak langsung membantu tumbesaran bayi dengan baik.

Tapi PERINGATAN untuk para ibu di awal kehamilan.. jangan minum anda rahim tak kuat tau... dan untuk yang sedang merancang kehamilan juga...

=======================================
Dan SET utuk persediaan sebelum bersalin, bersalin dan masa berpantang ni sangat penting.. bagi saya.. yang sedari anak pertama sangat rugi tak jaga badan ni tau.. mau tak nye.. anak kuning secara langsung selama 30hari saya tak makan apa pun set pantang.. jamu tu segala bagai.. sebabnya? tak nak ada effect pada kesihatan bayi ynag sedang dalam pemeriksaan unutk masalah kuning yang sangat lambat...

Tapi, Alhamdulillah.. untuk anak kedua saya bermula dari hamil sampai la sekarang.. SET SHAKLEE ni saya amalkan dan ynag paling bestnya... kuning si adik ni pun dalam 8hari je Jap je kan..dan penjagaan dalaman pun sangat puas hati dengan SET PANTANG Shaklee yang saya katakan sangat awesome...

Tak perlu risau saat boleh ke tak amalkan masa bayi dalam (pemeriksaan kuning) sebabnya.. ianya membantu ibu dan bayi juga untuk terus sihat dan ceria...

Nak cuba SET PANTANG untuk anda rasai perubahan yang saya maksudkan ? terus dapatkan dari saya untuk anda dan konsultasi serta jadual pengambilan saya akan terangkan secara terus...

Cari saya;

Puan Lina
017-5836865 
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia dan Brunei
SidPRO anda 867601


Sunday, 28 June 2015

Koleksi Resepi Mommy; Tomyam Tulang Daging Kasih Sayang Keluarga

Assalamualaikum, selamat pagi semua..cuti-cuti hujung minggu ni korang masak tak? ke peluang makan kedai lagi? Nak memikat suami? Haa masak la dengan air tangan isteri... cehwaaa...

Pagi ni nak kongsikan lagi 1 resepi yang saya sendiri namakan... "Tomyam  Tulang Daging Kasih Sayang Keluarga"... waaa... see.. tgk gambar pun dah tau kan..

Resepi masakan

Sebenarnya kali ni saya bergambung tenanga dengan mr.suami yang masak.. makan kat kedai tak puas la.. seriusly.. bukan sebab tak sedap.. tapi ye la kan.. dengan anak dua orang ynag superb bijak ni.. haaa..tau je la.. dari sedap jadi tak selera sebabnya? kena la lebih penjagaan anak-anak ni kat luar.. So.. paling senang.. masak la seikhlas hati dari rumah.. lagi mudah dan bebas...

Menu ni simple je.. tapi kena la rajin masak. kan.. .

Antara bahan-bahannya..

Tulang Daging  (ikut banyak mana kita nak
Perencah tomyam
Lengkuas - | di titik
Daun limau purut
Serai -| di titik
2 biji Bawang besar -| Belah 4
Bawang putih -| di titik @ di hiris
Lobak -| ikut kita nak banyak mana
Anak Jagung ni boleh kalu nak letak.. -| kes saya tak letak.. haha

CARA MEMASAK;

1. Periuk dan isikan air kosong
2. Letakkan tulang |- Rebus hinga empuk.. ni kami rebus sedari 3pm tau..sampai nak berbuka.. haha..
3. Letakkan lobak, bawang merah, bawang putih, serai dan daun limau purut juga lengkuas
4. Lekakan perencah tomyam.. kalu nak tomyam putih .. tak perlu letak.. sebab bahan-bahan ni pun dah beraroma tomyam tau.. ni sebagai penyedap lagi la kan...
5. Rebus dan biarkan sehingga empuk daging yang lekat-lekat kat tulang tu..
6. Latak la perencah dan garam secukup rasa.. ohh.. lupa.. nak pedas lagi.. boleh tamah cili padi ^_^
 7.Siap untuk di hidangan berbuka korang...

Haa simple kan.. resepi dan bahan-bahan yang sangat mudah..orang bujang pun boleh makan.. dan.. mas ni kami makan dengan bihun. .tapi.. maaf laa. bihun tak terambil gambor nya.. hihi.. apapun.. pasti terbaik la kalu kita masak sendiri.. lagi jimat dan makan puas hati..tambah-tambah dengan anak-anak superb bijak..

Dan.. yang PENTING sekali lepas kita berbuka ni.. SOLAT MAGHRIB laaa kan.. kalu kat luar dan terkalut-kalut lagi... nak cari surau la masjid la.. kadang tu..ada je yang "terkantoi" tak solat sebab? terlajak makan masa berbuka... betul tak?Jangan laaa .sayang puasa kita tu..puasa tapi TAK SOLAT rugi tau.. 

Tapi saya tahu.. korang semua tak akan buat la macam tu kan.. Alhamdulillah...

Korang... jangan lupa share resepi ni kat kawan-kawan tau... Moga memberi manfaat untuk semua...
=====================================================

 Haa.. korang..nak selit sedikit.. dalam kita nak beraya ni kan.korang nak tak tambah income? secara part time ke.. full time ke kalu yang sedang mencari kerja buat masa ni.. ada 1 peluang tau.. yang pasti korang tak akan meyesal bila buat sehabis baik..modal pun tak banyak.. tapi insyaallah..

YES Program.. korang biasa dengan @ dah pernah baca entry saya sebelum ni tak? meh kita kongsikan sini.. semoga kita boleh menambah pendapatan keluarga kita.. juga saat ekonomi ni tengah tak stabil kan. meh la kita cari extra income yang kita boleh kongsikan bersama... nak lebih info boleh klik sini juga.

http://mommylina.blogspot.com/search/label/YES%20PROGRAM

Bagaimana? selanjutnya.. korang cari je saya (yang pasti ini bukan skim cepat kayo yeee.. haha)

Puan Lina
017-5836865 
Pengedar Shaklee Kulim, 1Malaysia termasuk Brunei
SidPRO anda 867601


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...