Tips Penyusuan :- 9 Faedah Susu Ibu Untuk Bayi Kita!

Penyusuan susu ibu? Pasti semua dah tahu dan ada yang lebih arif kan.. Alhamdulillah saya melalui 1 tahap penyusuan susu ibu yang mencabar juga untuk anak pertama saat itu, ilmu kurang di dada masa awal kelahiran anak pertama saya.

tips penyusuan susu ibu

Dan setelah mengetahui lebih banyak info tentang penyusuan susu ibu ni, akhirnya saya BERJAYA susu kan hero saya sehingga 2 tahun dna sepanjang itu juga saya masih bergelar pekerja yang makan gaji.

Sekarang hampir 10 bulan saya masih lagi dengan puteri saya, anak kedua saya dalam penyusuan susu ibu secara eksklusif dan banyaknya masa saya bersama anak-anak saya sebab saya kini bergelar surirumah sepenuh masa tapi berpendapatan juga tau... Bukan "orang rumah" yang hanya jaga anak-anak semata.. Tapi saya juga bekerja dari rumah..ini adalah pilihan saya...

Opss.. .ok2 teruskan dengan tajuk kita.. Antara FAEDAH-FAEDAH dari penyusuan susu ibu ni untuk anak-anak kita adalah...

9 Faedah saya kongsikan untuk semua ;-
  1.  Mengandungi bahan pencegah penyakit (antibodi)
  2.  Mempunyai komposisi yang mencukupi dan suhu yang sesuai
  3.  Mengelakkan dari KURANG ZAT makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan
  4.  Mengurangkan RISIKO kepada alahan.
  5.  Perkembangan daya intelek yang lebih baik (OQ tinggi)
  6.  Kurang masalah pergigian dan ortodontik
  7.  Mengurangkan penyakit kencing manis, pneumonia dan jangkitan teling pada kanak-kanak.
  8. Menggalakkan tumbesaran.
  9. Penghadaman yang mudah 
Haaa... perasan tak?

Semua faedah ni bukan untuk bayi kita je tau.. TAPI untuk kita juga...bagi pendapat saya la kan, naak-anak masa kecil ni tersangat perlukan antibodi yang kuat... Pada para ibu. berusaha la untuk memberikan susu ibu kepada bayi anda walau sesukar mana pun anda rasa.. Sebab ianya pasti akan memberi 1001 kebaikan untuk anak anda.

Ramai para ibu mengeluh anak cepat nak demam, anak selsema saat kecil lagi, tak lama tu terpaksa bawa ke klinik untuk ambil antibiotik dan ubat batuk, ubat selsema segalakan.. kos juga tu kalu nak di fikirkan...

Tapi tanpa kita sedari, sebenarnya bayi anda tak perlukan ubatan semua tu, memadai kita buat pemeriksaan doktor dan bertanya pendapat doktor... Sebaliknya anak-anak kita perlukan DAKAPAN KASIH SAYANG dari kita yang bergelar ibu.

Bagaimana?

Senang dan mudah je.. berikan SUSU IBU, dalam masa sama kita dpaat mendakap mereka dan dalam masa sama kita berpeluang untuk berZIKIR dan berdoa mohon padaNYA berikan kesihatan yang baik-baik untuk anak kita.. SANGAT MUDAH kan!

Sebab tu, bila ramai kata malas! tak ada masa! tu semua ALASAN!

Ramai yang sanggup membeli susu yang mahal-mahal untuk bayi anda, tapi tak sanggup nak beli MAKANAN TAMBAHAN untuk diri sendiri seterusnya memberi 1001 manfaat pada bayi anda sendiri...

Percaya dan betul kan?

Sebagai perkongsian untuk semua dan mengharap para ibu muda memberikan 100% susu ibu kepada bayi anda tanpa merasa dan mencipta 101 alasan pula selepas ini...

Nak tahu lebih lanjut akan RAHSIA penyusuan susu ibu kepada bayi anda? Saya sedia berkongsi ilmu....

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Lina (017-5836865) Pengedar Shaklee Kulim dan Bukit Mertajam & 1 Malaysia.

1 comment:

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...