5 Mitos Tentang Penyusuan Susu Ibu

Sebenarnya banyak lagi mitos ni, tapi saya ambil 5 mitos tentang penyusuan susu ibu yang paling umum dan ibu-ibu muda seperti saya perlu ketahui...
tambah susu badan
Mulanya saya dulu sebelum bersalin, saya tak pernah kisah tentang penyusuan susu ibu, sampai awal check-up kat KKIA Bandar Baru Sentul (masa tu duduk KL lagi) jururawat tu tanya, ni nanti lepas bersalin nak bagi anak susu apa..

Terus terang saya katakan...apa yang terlintas di fikiran saya.. susu formula (Enfagrow) waaa... sedap je kan fikir susu yang mahal sebab iklan ni banyakkk sangat tentang susu formula masa tu... Saya pun fikir macam tu je.. sekali tu jururawat tu ketuk saya..

"haiiii... awal-awal lagi dah fikir susu formula.. mana boleh, bagi la susu ibu.. " - Jururawat maraa daaaa..

Saya senyum je masa tu.. tak tau apa2 kan.. sampai la saya bersalin bulan 2/2011, saya sememangnya nekad dan berniat nak susu kan anak saya dengan susu ibu, sebab dah tahu susu formula tu mahal... hahahah...dan sehingga sekarang saya dah anak kedua begitu nekad untuk teruskan sehingga 2 tahun juga dengan susu ibu.

Ok kat sini saya kongsikan 5 MITOS TENTANG PENYUSUAN SUSU IBU

1. TIADA SUSU YANG BANYAK SEBAIK LEPAS BERSALIN
- Alasan, sebenarnya tanpa ilmu yang cukup kita pasti berfikir, susu saya sedikit je, anak tak cukup sebab tu menangis sepanjang malam... Lepas tu bagi susu formula, anak dia sebab dia kenyang!
- Sebenarnya bayi tak perlukan pun 1 or 2oz susu sekali minum... dan sebenarnya susu yang kita fikirkan tak banyak tu la yang terbaik dan susu yang keluar tu adalah kolostrum iaitu susu awal ibu yang pekat dan sangat baik untuk bayi.

2. IBU PERLU MINUM AIR MASAK YANG BANYAK.
- Ramai berkata, "masa pantang mana boleh minum air masak banyak-banyak." mak saya marah dan saya takut gemuk air la pula...
- Sebenarnya itu adalah orang pandangan lain-lain, tapi sebenarnya ada cara terbaik minum air masak ni, bukan sekali teguk tu terus minum 3L.. haa tu mmg la terus "gemuk air".... Jangan beri pandangan kalu kita kurang pasti.. sebaliknya.. minum la sedikit-sedikik tapi berulang... Insyaallah...

3. RAMAI IBU MUDA AMBIL KATA MUDAH "SUSU SAYA TAK CUKUP/ TAK BANYAK"
- Ni antara yang banyakkkkkk sangat para ibu muda yang kerja juga ambil jalan mudah. Dan dengan mudah beli susu formula bagi je kat anak. Lena pun.. malam-malam tak perlu la berjaga sangat...
- Tapi sedarkah kita itu adalah "HAK ANAK KITA".. kita katakan dalam hati malas la nak bagi, sebab bagi pun macam tak cukup susu.. kesian  anak kan... ibu awal-awal lagi dah kata "malas" nanti anak "follow" perkataan tu pula amcam kita kelak?
- Sebenarnya susu tu banyakkkk, yang jadi tak banyaknya sebab sah ibu fikir "tak banyak" maka jadi la tak banyak... lagi tentang ALASAN bukan?

4. SAKIT PUTING, SEBAB TU TERUS BERHENTIKAN SUSU BADAN.
- Alasan lagi, tak kesian ke kata anak yang memalam ke siang ke, sua mulut ke ibu untuk nak susu?
- Besarnya ANUGERAH yang Allah S.W.T berikan pada ibu dan bayi, secara automatiknya, sebaik je lahir, tanpa kita ajar sekali pun, bayi kita tahu kat mana dia nak menyusu dan bagaimana nak menyusu.. betul tak para ibu...
- Apa yang saya perasan, saya sendiri lalui... bila kita dakap bayi kita, secara automatiknya dia terus bersandarkan kepala kat dada kita, dan bila kita susukan dia, tanpa kita ajar pun, bayi kita dapat menyusu dengan baikkkk sekali kan...

5. IBU YANG HAMIL LAGI, MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN SUSU IBU.
- Bagi pendapat saya, selagi boleh memberikan kepada si anak, apa salahnya kan..tendem nursing ke.. tak ada masalah selagi ianya tak menganggu kandungan pun...
- Selagi ibu kuat, dan susu badan sangat banyak lagi.. kenapa nak menghentikan sus ibu.. tak ke itu membazir anugerah dan rezeki untuk si anak lagi... selagi kuat, berilah pada si anak.. melainkan atas nasihat doktor dan kesihatan para ibu.. .Ibu kuat, anak yang di kandung lagi kuat dan si anak yang sedang menyusu juga mendapat khasiat yang terbaik...
- Kalu di biarkan susu tu tak di minum dan di pum... bukan kah itu lagi mendatangkan keburukan pada para ibu.. dan ketahui lah.. .susu ibu yang tak habis keluar akan menyebabkan "bengkak susu" ynag di biarkan dan lama kelamahan akan menyebabkan kanser.. tu lagi bahaya kan.. Sebolehnya, bagi la susu ibu sehingga habis keluar...

Bagi saya, pengalaman ni banyak mengajar saya tentang pentingnya ilmu dalam penyusuan susu ibu.. sememangnya kita nak berikan yang terbaik pada anak-anak kita, kita kena tahan mental dan fizikal... sebab penyusuan susu ibu ni sangat seronok dan sangat indah.. kenangan yang tak akan kita lupakan sehingga nafas terakhir kita suatu saat nanti...

Berikan la HAK anak-anak kita, hatta kita sakit macamana sekalipun.. itu HAK anak-anak kita....

Jika anda perlukan sebarang konsultasi berkenaan produk Shaklee / menjana pendapatan dengan Shaklee/ menjadi ahli Shaklee / bekerja dari rumah, anda boleh hubungi saya Puan Lina (017-5836865) Pengedar Shaklee Kulim dan Bukit Mertajam & 1 Malaysia.

1 comment:

  1. ni berguna buat ibu ibu..
    den belom jadi ibu heheh..

    ReplyDelete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...