Pilihan Terbaik Untuk Berkongsi Ilmu Adalah Membaca!

Alhamdulillah..muda-muda remaja dulu suka baca novel, lepas kawin, bila tau hamil.. member nasihatkan baik baca buku-buku lain.. tak payah baca novel ni.. kan lebih baik beli buku-buku yang bermanfaat boleh la tambah ilmu dengan membaca, walaupun sekali sekala.. Alhamdulullah..perubahan yang saya rasakan sangat terbaik sekali untuk diri saya...


Dan saya pun bermula membaca buku selain novel..pada awalnya membaca buku-buku tentang keibubapaan ke..sebab nak jadi ibu dan isteri yang terbaik dunia dan akhirat bukan mudah

Tapi tu cerita masa saya hamil anak bujang saya sekarang ni... lepas kenal dan jatuh cinta pula dengan produk Shaklee.. saya bukan je amalkan,  tapi terus membuat sebagai medium untuk cari pendapatan selain dari online kosong je dari facebook kan lebih baik ada yang memberi manfaat.

Alhamdulillah.. berjumpa dan berkenalan dengan kawan-kawan Shaklee saya, yang bukan pentingkan keuntungan semata-mata.. Tapi kami di beri dan di tekankan nilai amalan rohani untuk bekalan di akhirat kelak...

berniaga shaklee

Dulunya saya hanya solat 5 waktu je..tu pun adalakalanya hujung2 waktu..dan senang solat Zohor dan Asar dalam sekali je berwuduk .. ni cerita masa bekerja la..nak kes cepat je kan.. sedangkan.. tersangat rugi.. Haaa..saya bukan ustezah atau siapa2..saya hanya diri saya... ni la PERUBAHAN besar saya bila fokus dalam peniagaan Shaklee saya... berniaga sebab nak bantu orang..dan selain solat 5 waktu. solat2 sunat.. Solat Dhuha.. Solat Taubat.. Soalt Tahajjud, saya mula amalkan..  Alhamdulillah.. perubahan yang membuatkan saya semakin suka akan berniaga Shaklee ... membaca.. dan mencari ilmu serta membantu orang.. syukur sesangat... 

Dan.. ni antara buku-buku yang saya sukaaa sangat baca bila saya tak ada idea dan tka tau nak buat apa dah... dan membantu saya unutk berkongsi ilmu untuk semua...

produk shaklee
 Mengenali apa yang kita lakukan sebelum bertindak.. baca yang memberi faedah, bukan untuk seketika..tapi untuk hari-hari seterusnya

buku panduan shaklee
 Buku ni? bukan kosong-kosong saya bercerita.. saya pasti dengan buku ni dan bertanyakan pada yang pakar.. sebab dalam (team group) kami ada pelbagai kerjaya..bukan semua surirumahtangga... tapi mereka juga adalah DOKTOR, PEGUAM, CIKGU, JURURAWAT dan pelbagai kerjaya dan kaum serta budaya...dan inilah antara yang membuatkan kami bukan HANYA BERNIAGA KOSONG, Tapi BERNIAGA BERSAMA ILMU

 Salah satu yang paling membuatkan saya teruja selepas baca buku ni.. Sedari saya sertai Shaklee ni.. Ya saya tahu Shaklee juga adalah MLM, tapi Shaklee adalah MLM yang pertama di dunia yang menggunakan medium diri sendiri sebagai pengedar dan "menjual kesihatan" / "berkongsi kebaikan produk" TANPA menggunakan perantaran atau modal upahan semata-mata...

usahawan shaklee

Inilah sebab saya begitu sayang dengan apa yang saya pelajari, bukan setakat untuk diri sendiri.. Malah untuk semua orang..berkongsi dan meyebarkan kebaikan dengan kebenaran.. secara semulajadi.. selamat dan berkesan.. bukan kosong-kosong.. tapi menjadi Usahawan Shaklee yang berjaya untuk dunia dan akhirat.... bekalan bukan untuk keduniaan semata.. Tapi utamakan juga untuk akhirat.

Semoga perkongsian ini, membawa perubahan kita kepada yang lebih baik... sebarang pertanyaan boleh cari mommylina di sini....


No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...