Order cepat dan pantas dengan e-SELL Shaklee

Kini semuanya di hujung jari anda dan saya, cara order cepat dan pantas dengan e-SELL Shaklee, hanya klik-klik –> ikon "ORDER NOW" di setiap entry yang lihat di entry blog saya kini anda boleh membuat tempahan dan terus membuat pembayaran TANPA perlu SMS| CALL | WhatsApp | Pm saya lagi.. 
 
beli produk shaklee sekarang

Tapi saya tetap akan cari anda untuk memberi sebarang nasihat dan penjadualan kepada anda dan saya akan bimbing anda cara pengambilan yang betul dan secara konsisten, barulah berkesan untuk apa yang anda amalkan…

Sistem ini menjadi lebih mudah untuk semua amalkan…

Sebagai contoh ada di kehendaki untuk klik button pesanan di blog/facebook/instagram Shaklee Independent Distributor (SID) atau dikenali sebagai ejen Shaklee, tidak kiralah ejen Shaklee tulis sebagai “Order Now”, “Beli Sekarang”, “Tempahan” dan apa-apa jenis button yang membawa anda ke skrin seperti di bawah, anda sebenarnya “sedang” berada di dalam sistem shopping cart eSell shaklee kami.

beli produk shaklee online
Langkah pertama yang anda akan jumpa.

Cara membuat tempahan melalui tools eSell Shaklee.
(Anda boleh memilih bahasa yang anda mahukan – English, Bahasa Malaysia, Chinese)

Langkah Pertama:
Apabila paparan seperti di atas muncul, klik “Agree” kemudian “Next”.

Langkah kedua:
Setelah menekan “Next” paparan seperti di bawah akan muncul. Paparan ini menunjukkan produk yang dicadangkan di dalam Entry (blog) ataupun di dalam Iklan (facebook/intagram/dll) yang anda baca sebentar tadi.

Anda boleh memilih kesemua produk yang dicadangkan atau memilih mana-mana produk mengikut budget anda. Anda bebas untuk menanda/batalkan tanda atau menambah serta mengurangkan kuantiti produk.

Harga dan jumlah harga akan terus dipaparkan mengikut pilihan anda.

Klik “Checkout” apabila anda sudah menetapkan tempahan anda.

esp shaklee beli online
Langkah kedua: Anda boleh memilih untuk tempahan

Langkah ketiga:
Isikan SEMUA ruangan yang dikehendaki seperti di dalam paparan “Customer Data” di bawah.

Pastikan kesemua maklumat yang diberikan tepat terutama bahagian Shipping Address untuk memastikan tempahan anda sampai ke alamat yang betul.

Elakkan menggunakan alamat P.O.Box, W.D.T melainkan ianya alamat sekolah atau pejabat kerajaan (situasi ni selalu berlaku di Sabah dan Sarawak), pihak courier tidak akan menghantar ke alamat tersebut. Jadi, untuk mengurangkan masalah, pastikan alamat yang diberikan adalah alamat pejabat atau alamat rumah jika rumah sentiasa ada orang.

Setelah mengisi dengan lengkap dan betul, klik “Continue” untuk paparan berikutnya.

maklumat diri
Langkah ketiga : Isi dan lengkapkan maklumat anda

Langkah keempat:
Selesai mengisi maklumat peribadi, anda akan dibawa ke paparan berikutnya iaitu Paparan Pengesahan Tempahan.

Jika semua maklumat tepat – produk yang ditempah, kuantiti, harga, jumlah harga dan alamat penghantaran, sila klik “Proceed for Payment” untuk membuat pembayaran.

“Freight Charges” adalah “Kos Penghantaran” atau postage yang dikenakan.

Sebagai makluman, kos penghantaran adalah pada kadar tetap.

Bagi alamat Semenanjung, kos penghantaran adalah RM10.00 bagi setiap tempahan, manakala tempahan bernilai RM800.00 ke atas, kos penghantaran adalah PERCUMA. Penghantaran mengambil masa 4-5 hari. (Selalunya 2 hari dah sampai).

Bagi alamat Sabah atau Sarawak, kos penghantaran adalah RM20.00 bagi setiap tempahan, manakala tempahan bernilai RM1000.00 ke atas, kos penghantaran adalah PERCUMA. Penghantaran mengambil masa 7-10 hari. (Selalunya 3-4 hari dah sampai).
Langkah keempat : Pengesahan maklumat yang anda berikan

Langkah kelima:
Berikutnya adalah  paparan Pembayaran.

Anda boleh membuat pembayaran menggunakan KAD KREDIT atau KAD DEBIT.

Jika anda menggunakan Kad Debit, pastikan anda sudah mengaktifkan “online purchase limit” di ATM ataupun hubungi khidmat pelanggan bank anda.

Isikan maklumat yang diperlukan seperti:-
  1. Ruangan “Credit Card/Debit Card” – Pilih jenis kad: Visa atau MasterCard
  2. Ruangan “Card Holder Name” -  Isi Nama pemegang kad
  3. Ruangan “Credit Card/Debit Card Number” -  Isi nombor Kad Kredit/Debit, selalunya sebanyak   16 digit yang tertulis di hadapan kad anda
  4. Ruangan “Expiry Date” -Tamat tempoh kad anda (bulan/tahun) seperti tertera di hadapan kad.
  5. Ruangan “Security Code” – 3 digit nombor yang berada di belakang kad anda.
Klik “Confirm Payment” untuk membuat pembayaran.
Langkah kelima: Adalah untuk pengesahan pembayaran

Selepas anda klik “Confirm Payment”, paparan “Contacting Issuing Bank” akan dipaparkan. Jangan klik apa-apa di paparan tersebut. Tunggu sehingga paparan berikutnya muncul.

Langkah keenam : Penyambungan untuk teruskan pembayaran

Bank akan menghantar MSOS Code kepada anda melalui SMS ke mobile number anda.  Masukkan kod tersebut di ruangan “MSOS Code” dan klik “Ok”.

Jika MSOS Code tidak diterima, sila klik button “Resend MSOS Code” untuk mendapat kod yang baru.

Langkah ketujuh : Bila pengesahan dibayar sila masukkan CODE yang anda dapat melalui hp anda dan klik “ok”

Langkah TERAKHIR
dalam proses tempahan anda adalah paparan ini. Apabila paparan ini muncul, ia menandakan bahawa tempahan anda telah berjaya.

Anda boleh klik “Print Order” untuk menyimpan invoice tempahan dan eSell Shaklee juga akan email kepada anda satu salinan invoice.

Langkah terakhir membuktikan anda BERJAYA dalam proses pembelian anda

Alhamdulillah..sangat mudah untuk urusan pembelian anda sekarang melalui eSell Shaklee. Bagi anda yang sedang mencari sesuatu produk yang anda mahukan, kini semua di hujung jari anda.

Jika ada sebarang pertanyaan atau kurang jelas anda boleh terus hubungi saya, dan sebaik sahaja anda berjaya melakukan pembelian, saya akan hubungi anda untuk tujuan konsultasi kepada anda juga memberi panduan lengkap tentang cara-cara pengambilan yang betul dan untuk kesan terbaik anda.

Sistem ini sangat SELAMAT untuk di gunakan tanpa merasa keraguan, sebab tka lengkap sedikit ianya pasti tak menjadi. 

Sekarang nak berniaga dan jadi usahawan Shaklee pun sangat mudah...surirumah yang tak tahu nak drive atau anak-anak ramai pun boleh buat perniagaan ni tau.. sebab anda hanya perlukan komputer, dan internet untuk berkongsi kebaikan dan membuat tempahan untuk pelanggan anda, TANPA perlu bergerak ke sana ke mari... Dan sebarang pertanyaan anda boleh terus cari saya di sini...
============================
--> Saya Lin Pengedar Shaklee Kulim | 017-5836865 <-- 
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ... anda boleh terus hubungi saya.
Fb ~ LinzShopee | Page ~ KedaiVitamin
 
Bersiaran secara langsung untuk anda yang berada di KULIM & BUKIT MERTAJAM
& Pos untuk Satu MALAYSIA serta BRUNEI juga...
==============================

1 comment:

  1. saya dah singgah dan follow di blog ini,

    saya join bloggera area mega giveaway

    singgah la disini:
    http://mimpicoklat.blogspot.com/

    ReplyDelete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...