Set Hamil Shaklee :- Ketahui tanda awal adakah anda sedang hamil atau sebaliknya

Bagi yang dah kahwin, zuriat adalah misi utama untuk penguat lagi kasih sayang, bagi saya dan orang-orang lama nasihat, jangan merancang untuk awal perkahwinan atau anak pertama ni, nanti susah "lekat" dan itu juga saya amalkan selepas berkahwin dulu.. Tiada perancangan pun... Tapi biasa la kan, anak pertama ke kedua ke dan seterusnya pasti kita tak pasti samada kita ni sedang hamil atau sebaliknya...

Mungkin anda sedang merancang nak hamil? bagaimana untuk anda ketahui tanda awal adakah anda sedang hamil atau sebaliknya...

Dan kebiasaannya para isteri atau bakal ibu mahupun ibu, kebanyakan tidak mengesaki diri mereka mengandung sehingga janin yang sedang terbentuk mula merapatkan dirinya kedinding rahim. Segelintir pula masih tidak merasa apa-apa simptom sehinggalah beberapa minggu selepasnya atau setelah mereka tidak mengalami haid pada hari yang sepatutnya.

Antara cara untuk mengetahui adakah anda sedang HAMIL atau sebaliknya?

Dibawah terdapat beberapa tanda awal kehamilan. Anda mungkin mengalami sebahagian daripadanya atau tiada langsung!

1. Rasa lapar yang berpanjangan
 
Juga terjadi pada orang yang tidak hamil tetapi lebih kerap terjadi pada awal kehamilan. Jangan bergantung sepenuhnya kepada tanda ini tetapi sekiranya ia berlaku disamping tanda-tanda kehamilan yang lain, bersiap-sedialah untuk membilang hari anda.

2. Perubahan pada warna di sekliling payudara

Sekiranya kulit disekitar puting anda menjadi kehitaman, kemungkinan anda sudah pun beberapa minggu mengandung. Walaubagaimanpun, ia juga terjadi disebabkan oleh ketidakseimbangan hormon tidak berkaitan dengan kehamilan atau disebabkan kandungan yang terdahulu.

3. Kerap membuang air kecil
 
Sekiranya janin sudah mula terbentuk dan rahim yang semakin membesar mula menekan pundi kencing anda, anda akan mersa kerap untuk buang air.

4. Merasa tidak bermaya
 
Rasa seperti tiada tenaga sepanjang masa? Hormon yang dikeluarkan di masa awal kehamilan boleh membuatkan anda berasa letih dengan cepat. Rasa letih dan tidak bermaya adalah sesuatu yang kerap terjadi di awal kehamilan.

5. Sakit dan tegang pada buah dada
 
Sekiranya anda mengandung, buah dada anda akan menjadi semakin sakit pada sentuhan, agak serupa dengan ketidakselesaan yang terjadi pada buah dada anda sebelum haid. Apabila badan sudah menjadi biasa dengan kejadian hormon ini, kesakitan akibat ketegangan akan menjadi semakin berkurangan.

 6. Pendarahan implantasi dan senak pada ari-ari
 
Lebih kurang 8 hari selepas ovulasi, anda mungkin akan mengalami sedkit pendarahan dari faraj dan senak pada ari-ari akibat dari implantasi. Anda juga mungkin mengalami keadaan yang sama semasa pada sekitar masa anda sepatutnya datang haid hari pertama.

7. Rasa loya dan muntah
 
Sekiranya anda bernasib baik, morning sickness ini tidak akan menyerang, kecuali selepas beberapa minggu hamil. Tetapi segelintir wanita akan mula merasa mual dan rasa luar biasa pada lidah walaupun cuma selepas beberapa hari mengandng.

8. Suhu asas badan tinggi berpanjangan
 
Sekiranya anda memang sedang membuat pemerhatian dengan mengambil suhu badan asas anda setiap pagi, anda akan mendapati paras susu badan secara konsisten melebihi paras asas sejak dari hari pertama ia naik.

9. Missed period
 
Sekiranya haid anda teratur sebelumnya dan sekarang ia sudah lewat beberapa hari. Inilah masanya untuk anda menjalani ujian air kencing untuk kehamilan.

10. Ujian air kencing yang positif
 
Sekiranya anda sudah beberapa hari ketinggalan haid dan terdapat 2 jaluran pada ujian air kencing, kemungkinan besar anda sudah mengandung. Jumpalah doktor untuk kepastian.
Alhamdulillah...TAHNIAH... kiranya anda ada tanda-tanda seperti ini? sila jaga pemakanan dan terus la cek UPT tau... insyaallah... anda berusaha... Allah maha mengetahui segalannya kan... 
Tapi untuk anda yang belum dan masih lagi berusaha untuk HAMIL.. jangan sesekali merasa putus asa dan jangna sesekali saling menyalahkan pasangan.. sebaliknya teruskan berusaha dan sebolehnya amalkan makanan tambahan (vitamin tambahan untuk bantu kesuburan anda bersama pasangan)
nak hamil, set hamil shaklee
Terdapat SET HAMIL Shaklee yang sesuai untuk para suami dan isteri yang ingin mendapat keserasian dan NAK HAMIL.. insyaallah usaha anda tak akan sia-sia…Antara produk yang sangat mendapat kesan dan terbukti berkesan adalah seperti :-
1/ ESP ~ Membantu kesuburan dan menguatkan rahim dan sebagai hormon semulajadi, menjadikan kulit berseri dan anjal, dan memulihkan pigmentasi.

2/ GLA ~ Berkesan untuk kemurungan, memperbaiki pra-haid dan melancarkan haid setiap bulan dan mengurankan senguggut.

3/ Vitamin E ~ Membantu kesuburan suami isteri, "vitamin cinta" merapatkan hubungan suami isteri, merawat punca kedinginan serta anti-oksidan yang tinggi..

4/ Zink Compex ~ Meningkatkan daya seksual dan pertumbuhan organ, untuk kesihatan prostat serta membantu untuk menyuburkan dan memperbanyakkan mr.spem

5/ CoQhealth ~  Membantu memberi tenaga secara semulajadi, membantu kesihatan jantung dan darah..

nak hamil shaklee
 ============================================
Peluang untuk gandaan kita semua.. gandakan kesihatan kita dan gandakan untuk penjagaan kulit wajah serta kesihatan anak-anak juga... 
============================================
Sedang baca dan sedang mencari untuk dapatkan SPECIAL ini untuk pembelian JIMAT BERGANDA anda??? Boleh terus cari saya kat sini untuk bantuan anda! 
Untuk OFFER #MEALSHAKE (Beli 3 PERCUMA 1) &
 #COLLAGEN POWDER (Beli 6 PERCUMA 1)

=============================
Salam sayang untuk semua 
--> Saya Lin | Kulim | 017-5836865 <-- 
Untuk sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee ... anda boleh terus hubungi saya.
Fb ~ LinzShopee | Page ~ KedaiVitamin
==============================
yang baik datang dariNya..segala kesilapan dan kekhilafan datangnya dari saya sendiri... 

No comments:

Post a Comment

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...