Resepi masak kek dan masak-masak cara saya dan suami

Haaa..petang hujang2 ni ... rasa nak membanking juga...saya baru belajar untuk membaking sebab hero saya ni termasuk ayah pada dua orang anak kami dan suami cinta hati saya ni sukaaa sangat makan kek...

Jom..hari ni nak membaking kek chess coco ... jadi ke tak tak tahu la kan-2..haha..janji suami kata ok saya on je... suami pula..kalu saya masak..mesti dia wajib turun ke dapur...

Ni resepi saya search dari mr.internet a.k.a mr.google... suka tanya dan cari je..mesti jumpa kan2...

BAHAN BAHAN KEK
(Bahan A)
5 biji telur kuning
150 ml susu segar
100 gm gula castor
75 ml minyak jagung
(Bahan B)
165 gm tepung naik sendiri
35 gm serbuk koko
1 tsp nescaffe
1/2 tsp b.powder
1/2 tsp soda bokabonate
* ayak kesemua bahan ini
(Bahan C)
5 biji putih telur
80 gm gula castor
1 tsp esen vanilla
Putar bahan A selama 8 minit.
Masukkan bahan B dan esen vanilla. Ketepikan,
Putar bahan C hingge kental. ( meringue )
Satukan kedua dua bahan dengan kaedah kaup balik.
Bakar kek pada suhu 170 C selama 50 minit hingga 1 jam dengan menggunakan loyang 9 inci.
Sejukkan kek dan potong kepada 4 bahagian.
** Jike mahu mendapatkan kek yang lebih padat putarkan bahan A dan B sekali gus.( campurkan sekali )
**Ade pelbagai versi kek spouge boleh di gunakan ye, ikut citarasa yang mana lebih sesuai ye termasuk lah menggunakan spoung cake mix.

BAHAN MOUSSE PUTIH
100 gm coklat masakan putih
250 gm non dairy whipping cream
100 gm gula icing
150 gm butter ANCHOR ( salted ) - Cari lain pun boleh..asalkan HALAL tau
2 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan putih
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Bahagikan kepada 2 bahagian untuk lapisan di dalam kek.

BAHAN MOUSSE HITAM
150 gm coklat masakan hitam
380 gm non dairy whipping cream
150 gm gula icing
220 gm butter ANCHOR ( salted )- Cari lain pun boleh..asalkan HALAL tau
3 biji kuning telur
Putar whipping hingga kental.
Cairkan coklat masakan hitam
Putar butter dan gula icing hingga kembang, masukkan coklat cair dan kuning telur
Satukan bahan butter dan whipping cream dengan kaedah kaup balik.
Ketepikan 1/3 untuk lapisan didalam kek.

CARA MELAPIS KEK
kek
lapisan mousse puith
kek
lapisan mousse hitam
kek
lapisan mousse putih
kek
Akhir sekali salut keseluruhan kek dengan lebihan mousse hitam.
Sejukkan kek di dalam petisejuk beberapa jam.
Tuang ganache ke seluruh kek.

GANACHE
300 gm coklat masakan
250 gm uht whipping cream
Masak atas double boiler. Bile telah jadi ganache , biarkan ianye sejuk dan pekat sedikit baru tuang ke seluruhan kek.Simpan kek di dalam petisejuk sebelom MAKAN.

Ni gambar hiasan tau..bukan saya buat lagi...
 Dan ni saya membaking....

Jom sediakan menu petang kita hari ni... bila anak-2 tidur di kala sejuk ni..selain kerja-2 rumah dan "office" a.k.a SOHO saya untuk update mana yang perlu... ni la kegemaran dan hobi saya juga....

Having fun mommies semua....



15 comments:

  1. Saya pun suka makan kek!!! :)))) singgah blogwalking sini sebab terjumpa link kat KBBA :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq..boleh..jom link dan bw... kek mmg sangatt sedap.. hihi

      Delete
  2. Yang ni best..jom follow abah plak..
    http://abahbz.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. wahh nampak adunnan tue mcm best je.. InsyaAllah nanti try resepi kek nie..
    btw jemput singgah sini http://aienlieyrusli.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh try..haha..saya pun baru belajar... ^__^

      Delete
  4. Ya Allah, kek ni nampak sedap sgt la kak. Serius, sy dah lama xmakan kek. Huwaaaa, nanti ptg nk ajak suami cari kek. Nak buat sendiri, ermmm bwlum berkesempatan lg. Heheh, thanks kak. Breakfast sedap pg ni. Tp mata je la yg kenyang. Hehehe

    ReplyDelete
  5. waahh sedap nye..terliurrr..sy kalau gn kek mmg hari2 pown x pe..hehehehe

    ReplyDelete
  6. Salam kenal dari Ros :) singgah sini dan follow :)
    mana gambar kek yang siap ?.. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. ros_reeza.. belum masak lagi dah xoxo publish..haha

      Delete
  7. byk stepnya . lapisan cream yg tak guna cream ... saya suka tu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Vee Sandi ...banyakk.. tapi buat time rajin.. Alhamdulillah....

      Delete
  8. wahhh nampak sedapnya...pinjam resepi ya...mau try buat jugak....heee

    ReplyDelete

Impian nak membantu lebih ramai orang untuk hidup sihat secara semulajadi dan lebih ramai surirumah bekerjaya dan berpendapatan bersama Shaklee hanya dari rumah.

Terima kasih sudi singgah dan komen...